Assalamualaikum mommies.
Malam ni rasa macam nak memebebel kisah rumah tangga pulak. Hahai. Memang
macam tak sesuai lah dengan pengalaman yang seciput dan usia perkahwinan yang
tak sampai dua tahun ni. Tapi aku peduli apa, nak cakap jugak-jugak. Hihihi.
Ibu-ibu semua anggaplah ini sekadar pandangan dari seorang isteri yang masih
mentah tentang alam rumah tangga. Saya sekadar berkongsi cerita. Lebih kepada
berkongsi pengalaman (yang tak seberapa tu).
Siapa kata alam rumah tangga itu indah? Saya. Siapa kata alam rumah
tangga itu manis? Saya. Tapi tidak semestinya yang indah itu mudah. Belum tentu
yang manis itu calang-calang cabarannya. Hendak menjadikan dua orang yang
begitu asing secara biologikalnya, fiziknya, spiritualnya bersatu dan saling
memahami bukanlah suatu perkara mudah. Hendak menjadikan kita secara rela
berkongsi hidup dan sanggup berkorban untuk orang asing ini bukannya perkara
enteng. Nah, di sinilah letaknya keindahan sesebuah perkahwinan. Bilamana entah
bagaimana dua insan dari dunia serba asing ini cuba bertolak ansur,
mengenepikan kepentingan diri, saling memaafkan kekhilafan satu sama lain demi
mengecap satu nikmat, BAHAGIA.
Statistik menunjukkan kadar penceraian paling tinggi adalah di
kalangan mereka dalam lingkungan usia perkahwinan 5 tahun dank e bawah. Tidak
hairan dalam usia perkahwinan yang masih mentah, masing-masing mula menunjukkan
‘warna’ sebenar diri masing-masing, pasangan yang baru berkahwin merasa suka
untuk mencari keserasian. Entah kenapa semula mula terasa tidak seindah sewaktu
alam percintaan. Malah ada yang rasa sedikit tertipu dengan karakter pasanga
yang langsung tidak sama sewaktu bergelar kekasih dengan semasa menjadi suami
isteri. Yang rasa tertipu banyak juga ramai. Lumrah manusia, semasa belum
memiliki secara mutlak itulah waktunya dibelai dipuja setinggi langit. Apabila
sudah sah memiliki satu sama lain, nah; sudah mula tunjuk belang.
Coretan di atas adalah pendapat saya tentang alam perkahwinan secara
general dan tidak dapat tidak sebagai golongan yang sudah berkahwin (usia
perkahwinan pula belum mencecah 5 tahun) sedikit sebanyak saya turut merasa. Secara
personal pula, ini cara saya untuk mengatasi konflik yang timbul; tidak kiralah
isu besar atau kecil (sedangkan lidah lagi tergigit). Ingat! Kita tak dapat
merubah orang lain, tetapi kita mampu membuat penambahbaikan untuk diri
sendiri. Jadi, jom ‘upgrade’ diri!
1. GIVE MORE, EXPECT LESS
Point ini saya pilih sebagai prioriti. Ini
yang saya selalu cuba praktis dalam keluarga kecil saya. Sebagai wanita
berkerjaya, saya selalu rasa dikerah sehingga ke sisa-sisa kudrat yang
terakhir. Segala daya fokus telah saya habiskan di pejabat. Pulang ke rumah,
seluruh tenaga, masa dan perhatian saya dedikasikan untuk suami dan anak
(ketika menulis ini saya sedang mengandung anak kedua) sehingga rasanya tiada
apa lagi yang tinggal untuk diri sendiri. Kadang-kadang bila melihat suami enak
tidur ketika saya sedang berjaga, membelek telefon ketika saya sedang bergelut
dengan anak, rasa kecewa, tak puas hati, marah, mula datang. Saya akan mula
jadi pemarah, perengus.
Mama dan along terlebih dahulu melalui ini
dari saya. Nasihat mereka mudah. Ikhlaskan hati. Cuba memberi sebanyak mungkin.
Cari rasa bahagia ketika mencurah keringat untuk keluarga. Kalau boleh, jangan
berharap apa-apa dari pasangan. When you expect something, and your spouse
can’t deliver it dari situlah timbulnya rasa kecewa. Tapi apabila kita tidak
mengharap apa-apa, apabila pasangan menghulur pertolongan, walaupun kecil dari
situ terbitnya rasa syukur. Bak kata mama, “mama tak pernah suruh abah buat
apa-apa. Kalau dia tolong, Alhamdulillah. Kalau dia tak tolong pun tak
apa-apa.” Tapi mama bernasib baik, abah saya memang ringan tulang orangnya.
Sesuailah macam yang abah pernah beritahu saya “kalau kita ikhlas, suatu hari
keikhlasan itu akan kembali pada diri kita sendiri.”
2. SAY THANK YOU & SAY
SORRY
Hargai sumbangannya. Walau sekecil apapun.
Ucaplah terima kasih sebagai tanda kita ‘acknowledge’ apa yang pasangan kita
buat. Dia pun akan rasa lebih motivated untuk lebih banyak membantu, In Shaa
Allah. Put aside your ego. When you make mistakes, admit it. Then, say sorry.
Pernah dengar Dr. Muhaya dalam
ceramahnya memberitahu beliau menjadikan rutin setiap hari sebelum tidur untuk
ucapkan terima kasih sayang, kerana membahagiakan saya hari ini. Saya mintak
maaf atas semua kesalahan saya pada awak hari ini sayang. Andai hari ini hari
terakhir saya, saya harap awak dapat ampunkan semua dosa-dosa saya. Alngkah
bagusnya kalau kita dapat buat macam ni tiap-tiap hari.
3. FORGIVE & FORGET
Ini yang paling susah bagi saya. Untuk
memaafkan itu mudah sebab kita sayangkannya, tapi nak melupakan tu yang
payahnya. In next conversation I’ll raise up isu kelmarin yang belum habis
terbuku dalam hati. Saya jenis yang suka luah dan confront, B jenis yang akan
diam bila marah. In short term, cara B lebih bagus sebab setengah jam lagi saya
akan lupa marah saya dan ok semula. In long term, saya akan kumpul semua
perkara yang saya tak puas hati sebelum-sebelum ini ke persidangan seterusnya.
Siaplah B!
4. NEVER COMPARE
Baru –baru ini saya dengar ceramah Ust.
Abdullah Khairi. Katanya suami kita bukan wali Allah. Suami kita hamba Allah.
Hamba = ada kekurangan. Jika kita redha dengan kekurangannya, maka kita
bahagia. Ya Allah kawan, janganlah membanding suami kita dengan suami orang
lain. Kesian dia. Abah pernah cakap, “yang baik itu milik orang, yang buruk
itulah milik kita. Lebih baiklah redha atas apa yang ditakdirkan Allah ke atas
kita.” Tanya semula diri kita, adakah kita tidak redha dengan pasangan kita
atau sebenarnya kita tidak redha dengan Allah S.W.T yang mentakdirkan si dia untuk kita.
Dari satu sudut lagi, kalau tetap hendak
membanding, bandingkanlah diri kita sendiri dengan isteri-isteri yang kita tahu
lebih baik dari kita. Seorang isteri yang saya kenal, setiap pagi selama 11
tahun menjerang air panas untuk suaminya mandi. Seorang isteri yang saya kenal,
selam 31 tahun tak pernah mengarah-arah suami atau meminta pertolongan suami
tentang kerja-kerja rumah. Seorang isteri yang saya kenal, selama 32 tahun
perkahwinan (sehingga akhir hayat) tak pernah makan berasingan dengan suami.
Jika hendak membanding juga, bandingkanlah diri kita dengan wanita-wanita ini.
Tetapkan standard yang tinggi untuk mencapai tahap solehah. Sentiasa cuba
menjadi lebih baik dari semalamnya.
5. EXPRESS YOUR LOVE
Beritahu dia yang kita mencintainya.
Mungkin tak berbalas, tapi tak mengapa. Fitrahnya sang lelaki, dia tidak pandai
mengekspresikan cinta. Beritahu dia “andai hari ini saya tutup mata, awak
takkan tahu betapa banyak cinta saya pada awak.” Beritahu dia “saya sangat
mencintai awak, dan mahu menggapai syurga supaya dapat abadi di dalamnya
bersama awak.” Lelaki tak pandai luahkan perasaan, jadi biar kita yang pandai
ni buat. Saya menghantar whatsapp setiap hari kepada suami ketika dia di tempat
kerja. Tidak kira sama ada berbalas atau tidak, saya tetap mengirim mesej, kata
cinta, update kejadian di rumah, aktiviti anak-anak, gambar anak-anak sebagai
ubat penat-lelah suami berkerja seharian.
5 tips ini adalah apa yang saya CUBA dan
MAHU buat. Bukan semuanya saya telah berjaya buat. Masih berusaha dan akan
terus berusaha. Saya sering cuba belajar mengalah, cuba mengenang dan beritahu
diri sendiri betapa baiknya dia berbanding saya. Betapa penyabarnya dia
berbanding saya. Andai ada perkara yang saya tak suka dia lakukan, bebelan saya
berlanjutan sampai setengah hari, tapi andai saya yang berbuat perkara yang
tidak disukai dia cuma DIAM. Setiap hari saya bisikkan pada diri sendiri, saya
bertuah memilikinya. Saya bertuah dia memilih saya jadi suri hidupnya. Terima
kasih Allah kerna menjodohkan kami.
Sahabat saya, ibu-ibu yang penyayang.
Setiap kali mahu terhambur kata-kata marah terhadap lelaki ini, pujuklah diri.
Beritahu diri kita, suami kita manusia biasa. Asalnya adalah seorang yang asing
bagi kita, tidak saling mengenali, tidak ada pertalian darah. Kemudian Ijab dan
Kabul dilafaz. Dia mula mengambil alih tanggung jawab yang sebelumnya milik
sang ayah. Dia yang mengerah keringat demi makan dan minum si isteri.
Kadangkala ia terpaksa mengenepikan kepentingan diri demi memenuhi kemahuan si
isteri. Dengan asbab menjadi isterinya, kita memiliki zuriat. Malah, dia mungkin diheret ke neraka
kerana dosa-dosa kita. Maka tidak cukup alasankah untuk kita bertolak ansur sedikit
dengan lelaki yang seorang ini?
|
Gambar saya dan B yang paling feveret sekali. Adam belum lahir lagi masa ni.
|