Adam 11 Month

Assalamualaikum mommies.
Hari ni Adam dah cukup 11 bulan. Dah besar. Rasanya macam baru semalam berjuang hidup dan mati lahirkan dia. Waa, ayat mesti nak cliche' jek. Aku perasan bulan ni banyak sangat entri pasal Adam. Sebabnya dia dah nak dekat setahun, dah besar, dah makin banyak keletahnya. Jom tengok!

Dia akan tidur dan bangun ikut suka hati dia, tak ada masa yang tetap. Semalaman sampai dua tiga kali bangun. Last-last abah dia ajak teman tengok TV. Dah tak nak tidur sangat.



Dah pandai makan sendiri dan tiap kali mesti nak kaki masuk dalam pinggan.




Dah pandai merajuk dan protes kalau ada benda tak kena dengan kemahuan dia.



Baru-baru ni Adam demam teruk. Sampai tak mau makan minum, sampai meracau dalam tidur. Rupa-rupanya bukan demam biasa-biasa. Adam kena demam campak. Tapi yang miracle nya, 3 hari je demam dah kebah. Tak pergi klinik pun. Terima kasih aki, tolong tawarkan demam Adam.





Tak boleh renggang langsung dengan nenek. Me so jealous =(


Ceria dan camera friendly.


Kuat minum susu. Eh, yang ni sejak berapa kurun nan lalu dah memang macam ni.


Lately, sangat suka selfie.


Adam pun dah boleh pronounce kalau word tu satu sukukata macam 'bird' dan kalau lebih satu sukukata dia akan sebut yang hujung aje. Lagi, dia suka main tiup bubble dengan abah dia, kalau naik kereta dia akan hulur tangan ikut tingkap nak tangkap angin. Adam dah besar, tapi sampai sekarang nenek dia still mandikan dengan air suam dan kalau aku mengelat mandikan cucu dia dengan air sejuk sebab malas nak jerang air, siaplah kena marah. Sekarang ni kami dah slow-slow biar dia belajar mandi air sejuk. Dah sebelas bulan kot, bukan sebelas hari.
Bulan depan Adam dah masuk setahun. In shaa Allah. Semoga anak mama terus membesar sihat, cerdik dan terus memceriakan kami semua. Thank you Adam, for being a part of mama's life. No words can describe my love for you.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol