Test Dose Inferon

Assalamualaikum mommies.
Semalam kan Dr. Izza suruh aku mulakan suntikan Inferon untuk naikkan Hb aku ni. Aku bajet hari ni ialah suntikan pertama. Rupanya hari ni cuma test dose. Maksudnya, test dose + 7 kali suntikan, total semua ada 8 kali aku kena cucuk. Adoi, akettt, akettt....
Staff nurse cakap test dose ni sebab nak trigger sama ada aku ada alergik terhadap ubat ni. Kuantiti ubat yang dia suntik tu pun sikit aje nak compare amaun sebenar. Tak silap aku lebih kurang 2cc (aku pun tak paham pebende cc tu). Lepas ni nurse cakap kalau aku tak alergic dan tak react badly terhadap suntikan tu, aku akan kena suntik 4cc setiap kali sebanyak 7 kali.
Maka aku pun dicucuklah dengan jayanya. Dan memang sakit giler. Perit rasa macam kena sengat tebuan, kalau korang pernah kena sengat tebuan korang pahamlah rasaya.
Pehh. Macam mana nak hadap full dose pulak ni? 7 kali pulak tu. Dem!!

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol