Projek Memikat Suami

Assalamualaikum mommies.
Since Si Hijau rosak masa pergi Puncak Alam that day, kami ada tugasan baru kena add up on our daily schedule. HANTAR ADIK SEKOLAH. Depends pada kereta siapa yang ada la. Kalau Persona ada boleh la aku  tolong hantarkan. Tapi kalau Waja ke, Kancil ke, ateh la yang hantar sebab aku tak pandai bawak kereta manual (I have much respect to those yang pandai bawak kereta manual, especially girls). Patutlah abah selalu bebel suruh belajar bawak kereta manual.
So, how’s this affect our life? Morning usually is our leisure time. Aku, pukul 9 pagi baru masuk office (5 minit je dari rumah, tak rushing nak keluar awal pagi). Ateh, sepanjang hari duduk kat rumah. Selalunya rutin selepas Subuh kitorang yang tak produktif ni, ialah lepak-lepak, sembang-sembang sambil breakfast, nak kena dengan timing pulak (contohnya hari hujan) siap boleh bergulung dalam selimut balik. Tapi itu dulu. Masa tu kami belum insaf lagi. Kesedaran belum datang. Hihihi. Sekarang, bila pagi-pagi lagi dah kena hantar adik pergi sekolah, masa pagi tu terasa panjang pulak. Tak tau nak buat apa. Then, ateh came out with this idea. 
PROJEK MEMIKAT SUAMI. 
Ceh, memikat la sangat ko kan. Usul yang pertama dicadangkan dalam projek ini ialah make sure suami breakfast sebelum keluar pergi keje setiap hari. Bagi memastikan suami dapat menghayati penangan kasih sayang yang tulus suci ni (buwekk), breakfast mestilah dimasak. Beli tak aci. Tak kiralah hatta sekadar telur rebus atau biskut cecah air teh o panas sekalipun. Lepas tu Sang Isteri mestilah tunggu depan muka suami dia sampai la dia habis makan, lepas tu tengok suami pergi kerja sampailah hilang dari pandangan. Ewah, sampai macam tu sekali kertas cadangan ateh. Entah terbuat ke idak. Bagi memastikan perlaksanaan projek kami ni berjaya, kami pun mulalah beria-ia sediakan menu untuk sarapan suami masing-masing. Hari ni nasik goreng merah, esok telur masak separuh, lusa jemput bilis, lepas tu nasik goreng kampung, nasik goreng putih, nasik goreng cina dan bermacam-macam jenis nasik goreng lagilah untuk melengkapkan menu untuk seminggu tu. Ni kalau suami tak sayang jugak, memang tak taulah nak cakap apa. Hikhik. 
Kadang-kadang bila atuk dan mama tengok kami anak-anak layan suami masing-masing diorang geleng kepala. Nature pasangan suami isteri hari ini, kita berkenalan, bercinta, sebelum kahwin. Kita dah kenal satu sama lain lama sebelum disatukan. Maka kita ada tendency untuk melayan pasangan seperti kawan-kawan dan kalau suami tu kira macam best buddy la. Kita percaya pada kekuatan komunikasi antara satu sama lain. Maksudnya kalau suami tu dahaga, dia ada mulut, maka dia boleh bagitau suruh kita bancuh air. Senang. Nanti kita bancuh air panas, dia nak minum air batu. Bila kita hiding air batu dia nak minum air panas pulak. Kalau dengar cerita generasi terdahulu, (especially atuk) macam mana cara mereka layan suami (dan betapa dominannya seorang suami dalam rumahtangga diorang), rasanya kita ni ketinggalan beribu batu kalau nak masuk kategori solehah tu. Tak mengidam pun (mungkin tak mampu) title isteri solehah tu, cukuplah sekadar suami rasa senang hati dengan kita setiap hari. Banyak lagi nak kena belajar. Masih belajar dan akan terus belajar.
Eh, balik kepada projek memikat suami tadi. Next punya usul, nak hantar air dekat laki sebelum dia mintak. Kuikuikui. Benda yang basic camni pun ko nak berprojek bagai. Tapi untuk tujuan penambahbaikan tak salah kan =)

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol