No Changes - 7th Check Up

 Assalamualaikum mommies. 
Baca tajuk pun dah boleh agak apa progress minggu ni kan. Hb masih tak ada perubahan. Naik pun, naik sikit sangat. Tak signifikan pun. Aku dah mula bimbangkan orang kat dalam ni. Cukup khasiat tak dia? Start masuk 7 bulan ni, aku sangat kuat makan. Aku pun bukan jenis yang memilih sangat. Sayur pun aku makan jek. Aku pun tak paham dengan badan aku nih. Kau dah kenapa yang payah sangat nak serap zat besi ni? (monolog aku dekat badan aku sendiri). Yang peliknya berat elok je naik saban minggu. Hb yang tak naik-naik.
Berat, naik 49.5 - 51.0kg.
Hb, naik 9.1 - 9.3


Inilah hasil pemeriksaan aku tadi. Bila dah Hb tak cantik camni, nurse dekat klinik kesihatan ni mulalah suruh pergi klinik lagi satu (Klinik Hazabedah) untuk refer doktor. Punyalah malas. Kinik tu dahlah ramai orang. Memang sia-sia jelah jawabnya cuti aku hari ni. Elok-elok boleh main dengan Adam, nak kena tunggu giliran yang tak kunjung tiba dekat klinik geliga tu. Nurse pun dah pesan siap-siap, dah masuk 7 bulan ni kena prepare siap-siap dah barang-barang baby dan beg baby yang nak kena bawak ke hospital tu. Yang pasal refer doktor tu, aku buat bodoh dan tak pergi pun. Aku siap bawak balik lagi kad pink aku tuh. Bosan. Sikit-sikit refer doktor. Sikit-sikit refer doktor. Baik aku duk rumah cuddle cuddle dengan Adam. Ada jugak pekdahnya.
 Sebenarnya, aku masih lagi consume jus pamoga tu. Tapi tak tau kenapa awal-awal dulu aje menjadi. Hb aku macam degil giler lately. Payah nau nak naiknya. Maybe sebab baby pun dah makin besar kot. Dia yang banyak consume zat besi tu. 

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol