Sabarlah Ateh

Assalamualaikum mommies.
Hari ini hari jadi ateh. 02.02.2015. 22 tahun. Tapi hari yang sepatutnya bergembira ini ateh berduka. Masih ingat baby Zufar? Bayi yang ateh ambil sebagai anak angkat. Hari ini keluarga bio mum Zufar datang tuntut anak syurga ini. Frust juga awalnya sebab ingatkan abah dan ateh nak fight for ateh punya right. Nak pertahankan baby Zufar. Rupanya, abah suruh ateh pulangkan. Abah cakap, kalau abah duduk di tempat datuk Zufar, abah akan buat yang sama. Abah tak kan biarkan keturunan abah bertebaran di muka bumi Allah ni dijaga oleh entah siapa-siapa.
Beratnya dugaan ditanggung ateh. Sudah bersengkang mata, menghabiskan duit, masa, tenaga menjaga bio mum Zufar selama dua bulan ni. Uruskan pendaftaran buku pink, kena hadap nurse-nurse yang mengata, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mendesak. akhirnya, sempat seminggu saja mendakap baby comel ni, dah diambil family dia semula. Itu belum ambil kira hati dan perasaan yang hancur berkecai.
Sekali fikir, aku tak marah pada family Zufar. Aku marah pada ateh. Sempat aku tanya ateh "kenapa nak buat macam ni dekat diri sendiri? Kenapa sanggup lukakan hati sendiri? Kenapa tak ada masalah pergi cari masalah?" Patutlah Fynn Jamal selalu pesan, hati-hati dengan keadaan macam ni. Sebab lebih dari manusia, di kebanyakan masa kita akan terjumpa anjing yang tersepit. Berhati-hatilah supaya hati dan perasaan kita tidak menjadi korban. Jangan sampai naluri keibuan menjadi tawar kerana hati telah terluka.
Kami raikan juga harijadi ateh hari ini. Ateh kuat. Kerana cuma yang kuat mampu melepaskan. Ateh kuat. Kerana cuma yang kuat mampu menyayangi tanpa mengharap balasan. aku pun tak dapat tahan air mata tengok ateh cium Zufar tengahari tadi. "Zufar anak umie sampai bila-bila."

Adam masih tidur. Tak faham apa-apa. Tah faham hilang, tak faham sedih.
Lena.
Dengan anak syurga.
Mama, Adam, Umie. Ibu pun turut berkongsi sedih dari jauh.
Chenta Hati
Maksu Izzah.
Penguat semangat kami.

Dari seorang ibu, kita belajar memahami erti menjadi seorang ibu.
Kek birthday yang jadi hiasan. Tak dijamah orang.
Dalam pilu, masih mampu redha dan senyum. Alhamdulillah.


Masih berselera makan nampaknya.







Tak apalah ateh. Kita kan dah ada anak-anak syurga. Ammar, Adam, Ummar, baby yang dalam perut ni. Anak-anak angah dan along anak ateh juga.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol