My Babygirl

Assalamualaikum mommies.
Tadi ajak ateh pergi scan baby dekat Klinik Nabilah, Chukai. Baby sihat, alhamdulillah. Dr. Masrina tanya, nak tau tak baby ni babyboy ke babygirl? Aku cakap nak. Doktor cakap baby awak babyboy. Bila dengar doktor cakap Camtu, aku tak terkejut pun sebab dari awal preggy lagi aku pun rasa macam baby ni babyboy. Aku dah boleh terbayang-bayang diorang main-main dua orang, berebut mainan, mandi sama-sama, share bilik yang sama, pergi skool sama-sama, mesti diorang jadi rapat giler sebab umur pun setahun sorang. Entahlah, aku rasa pemikiran aku banyak dipengaruhi Ammar & Ummar (sebab aku selalu bayangkan Adam dan baby ni akan jadi macam Ammar & Ummar, dua-dua babyboy) dan lagipun pregnant kali ni tak banyak beza pun simptom dia dengan 1st pregnancy dulu.
Tiba-tiba doktor cakap, "jap, jap. Saya silap la. Nampak macam babygirl ni. Nampak tak kat sini, ada tiga line, ini ialah faraj dia. Tadi tu silap. Saya ingat itu 'bird' dia."Aku pun bersungguh-sungguh angguk ala-ala macam aku nampak la tiga line tu padahal hampeh, tak nampak ape pun. Lepas tu aku macam kena electric shock kejap. WHAT!!! Babygirl? Yay, kalau betul-betul babygirl maknanya aku bakal dapat anak sepasang la ni? Ya Allah, comelnya. Aku pandang ateh. Ateh dah senyum-senyum.
Wait! Ini jugak bermakna aku nak kena ajak B pergi shopping baju babygirl la lepas ni. Hah, yang ni yang buat lagi excited nih.
Balik rumah terus ajak ateh pergi rumah abah. Sampai jek, bukak pintu tak dan bagi salam dah
Abah, teka anak angah lelaki ke pompuan? PEREMPUAN.
Ceh, orang tua ni, tak kasi can buat seprais langsung.


It's a GIRL!!
P/s: Teruja bila fikir boleh beli barangan baby warna pink tanpa batasan. Heheh.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol