Bulan ni paling last la aku dapat tolong diorang habis-habisan sebelum bercuti panjang. Dengan perut yang semakin membulat ni aku dah semakin tak larat nak angkut baby panjat tangga office. Both, office Hoerbiger dan office Nurin Nur. Aku decide untuk let go dulu tuisyen ni sampai selamat bersalin dan selepas berpantang dengan jayanya.
Bila korang tengok tajuk entri ni, jangan salah faham pulak. Aku bukan nak cerita pengalaman aku menghadapi SPM tahun 2004 dulu (oh, aku sudah tua rupanya, sigh~~) , memberi soalan spot, mahupun tips-tips menghadapi peperiksaan. Yang itu, korang google lah di blog-blog para ilmuan dan pakar-pakar motivasi yang lain. Ada ramai lagi yang lebih layak dari daku ini (tacing tak memasal).
Yang aku nak share adalah aku punya uneasy feeling nak lepaskan anak-anak aku nih. Bila dah bulan-bulan last ni, aku macam emosi semacam bila fikir confirm susah giler aku nak jumpa bebudak ni lagi lepas diorang habis SPM, sob sob. Bebudak sekolah rendah ni takde hal, InsyaAlllah tahun depan diorang masuk balik, itupun kalau mak bapak diorang masih percaya dengan khidmat tempat tuisyen aku.
Dahlah bulan lepas aku dah kena berpisah dengan bebudak Form 3, bulan ni dengan bebudak Form 5 pulak. Haih, yang peliknya masa aku ngajar kolej dulu aku tak pulak ada feeling macam ni walaupun student silih berganti tiap semester. Salah satu faktor dia kau rasa sebab masa tu jarak umur aku dengan student tak jauh sangat. Aku 22, student 19, 20 tahun camtu. So aku treat diorang macam adik-adik. Tapi this time, ish segan pulak nak cakap, aku rasa macam nak hilang anak.Wuuwuuuwuu~~~~
Korang percaya tak, aku rasa aku sayang diorang macam anak!
Budak2 form 3 probably akan masuk sekolah teknik tahun depan, kemungkinan besar susah nak jumpa diorang lagi. Yang form 5 pulak akan masuk unibesiti...Huwaa, mesti aku rindu budak-budak nih.
Student aku ni macam-macam ragam, macam-macam pe'el, tapi entah. Diorang manja dengan aku. Baik lelaki atau pompuan. Nakal. Suka nyanyi kuat-kuat. Kuat mengusik, menyakat, gelak kuat-kuat. Selalu buat aku sakit kepala, tapi bila absent aku jadi teringat aje. Diorang start tuisyen this year aje tapi itu bermakna diorang kenal aku start zaman anak dara, sampai dah kahwin, sampai dah membuyung sekarang. Diorang excited tengok perkembangan perut aku, soal macam-macam macam diorang pulak nak dapat adik baru.
"Teacher, kenapa perut teacher kecik sangat?" "Baby teacher dah brape bulan?" "Nak beranak bila? Kat mana?" "Nak bagi nama apa?" "Babyboy ke babygurl?"
Ni bebudak form 3. Si nakal. Nampak tak bunga sekuntum tu? Selalu jadi bahan usikan Sang Kumbang. |
Hah, yang ni Huda. Sedang bermain-main dengan ipad aku. |
Ni lagi dua orang. Bebudak Form 5 ni. Syida & Tini. |
Syida, Tini, Bani & Ashraf |
Sibuk je semua nak bergambar, padahal tengah belajar tu. |
Tengok, makan sepah-sepah. Jap lagi aku la yang kena kemas tu. From left: Izham, Basit, Imran, Shairie & Syafiq |
No comments:
Post a Comment