Semalam dah masuk 1 November 2013.
Maksudnya bagi negeri-negeri pantai timur ni monsun timur laut dah bermula. Kalau tak paham jugak, maknanya musim hujan dah start la. Bulan ni last la nelayan pergi 'kelaut' sebab Disember biasanya dah start tengkujuh. Kalau kelaut jugak, menempah maut tu namanya.
Kalau korang masuk perkampungan nelayan, contohnya Kuala Kemaman, start bulan 9 lagi diorang dah rancak menjemur ikan, bekalan musim-musim macam sekarang ni. Bulan 10 yang lepas ni pun boleh katakan selang sehari je kita akan jumpa hari yang betul-betul panas terik.
Yang best pasal musim hujan ialah bila nak balik rumah lunch, takdelah rasa macam masuk dalam oven bila masuk kereta. Dah kereta pun berjemur tengah panas. Kat office takde car porch, kat rumah pulak kereta abah je muat masuk car porch. Kenalah bagi big boss kan, tanda kita respek dia. Kereta aku, kereta B, kereta abang teh, kereta ateh semua bersusun kat luar di tengah terik mentari. Tu belum bila along dengan abang long balik lagi tu. Kereta banyak, car porch tak muat. Krik krik (bunyi cengkerik).
Itu yang best. Yang tak best pulak, musim-musim macam ni payah la nak dapat makan ikan. Ikan mahal woo. Terpaksalah makan daging dengan ayam je sokmo. Tapi, bukan ke daging dengan ayam pun mahal jugak? ooopss!! Nak makan sardin, mahal jugak. Makan ubi kayu la nampaknya.
Lagi, yang tak best ialah payah nau nak jemur baju kasi betul-betul kering. Rindu tau nak angkat baju yang suam-suam dari ampaian. Aku dahlah basuh baju hujung minggu je. Ala, baju aku dengan B je pun. So, takde banyak sangat. Basuh takde hal pasal aku sumbat dalam washing machine aje. Nak menunggu kering tu yang problem. Buatnya hujung minggu tu matahari tak nak keluar, ha takkan nak panggil Doraemon pulak alihkan awan. Impossible.
Selain itu (penyambung wacana), orang-orang yang duduk dalam paya macam aku ni paling bimbang banjir =( Walaupun dah banyak pengalaman, tapi masih tak mampu bertenang menghadapi banjir. Dulu pun aku ada buat entri pasal banjir kat tempat aku kan.
Musim tengkujuh tiba lagi.
Musim tengkujuh tiba lagi -part ii.
Musim tengkujuh tiba lagi -part iii.
Kalau hari panas kereta kena jemur, musim banjir lagilah problem. Kalau tak alih kereta kat tempat lebih tinggi awal-awal, rosaklah enjin. Tau-tau nanti air surut, kereta takleh start. Conclusion, baiklah kena jemur panas dari kena rendam air.
Bukan kereta je sakit musim-musim banjir ni, 1001 penyakit bakal datang. Musim hujan selalunya, separuh kucing kitorang akan mati. Especially yang kecil-kecil, yang imun badan tak kuat. Haiwan satu hal, tuannya pun tak sihat. Habis banjir satu badan gatal-gatal.
No more recreation musim camni. Nak keluar rumah, hujan. Pantai pun tak cantik. Kalau biasa air laut warna hijau, sekarang akan jadi coklat, berkeladak plus ombak besar.
2ND TRIMESTER
Aku dah makin kuat. Makan semakin berselera dan dah jarang sakit. Morning sickness dah takde langsung, Alhamdulillah.
Maybe faktor cuaca yang tak menentu sekarang ni, semalam aku demam. Selepas sekian lama tak demam. Pertama kali dalam 2nd trimester ni rasanya. Kat office rasa tak larat sangat. Selsema teruk + cirit-birit lagi. Lepas dah 5, 6 kali berry hadoi tak larat dah. Kena balik rehat dulu.
Tuptup masa nak balik, ada problem pulak kat office. Entah macam mana orang Singapore salah hantar barang pulak. Aduh. Lately, aura di office semakin positif. Orang tak kacau hidup aku dan aku kerja dengan tenang. Honestly, seronok datang office sebulan dua kebelakangan ni. Dengan fizikal yang sihat, kerja pun jadi beres and I manage to handle everything within my reach. Tapi hari ni ada problem. Terfikir jugak, ada yang tak kena ke. rupa-rupanya lupa baca doa yang abah ajar. Ok, baca doa dulu.
Before balik lunch, manager datang cari aku. "Ilah, barang tu tak salah. Akak dah check tadi, typo je pada tagging." Alhamdulillah sangat-sangat. Kalau tak satu hal pulak nak kena return barang salah lagi, hantar barang yang betul. Serik dah kena camtu.
MEE KARI SEMAMBU
B selalu main badminton dengan kawan-kawan dia sekarang. Yelah, nak ajak aku pun aku dah memboyot camni takleh lah main dah. Biasanya dia main lepas habis shift malam. Balik kerja pagi tu, dari Gebeng terus singgah Semambu main kat sana dengan kawan-kawan tempat kerja dia.
Last week B pergi masa off day. Sebab kitorang memang planning nak pergi jenjalan kat bandar Kuantan, jadi aku ikut sekali. Habis main makan dengan kawan-kawan dia kat restoran dekat Semambu. B order mee kari. Aku order sama. Sedap weh, RM4.30 complete ayam, tauhu, kerang, telur, sayur dengan telur puyuh lagi. Haa, next time nak order yang mee kari special pulak tengok apa ada kat dalam. Apa yang special sangat.
Semalam B pergi Semambu lagi main badminton. Kirim lah mee kari tu dengan dia. Pukul 12 B kol dah nak dekat sampai rumah. Tapi dia cakap lupa belikan mee kari. "Alamak, camne ni abang pusing balik pergi beli ek?" Gila hape, ingat dekat ke Semambu. Takpelah, next week kalau dia pergi main lagi boleh makan lagi. Tak larinya court badminton tu. Eh silap, tak lari pun mee kari dikejar. Tapi B cakap, "ayang balik dulu ye. Abang nak kena siap pergi Jumaat pulak."
Sampai je kat rumah, tadaaaaaa......................
Mee kari restoran Semambu yang menjadi idaman. |
Dahlah ayang demam, dapat pulak makan mee kari. Terima kasih banyak abang ^_^
P/s: minggu lepas kawan-kawan B sakat aku suruh order ikan Arowana dalam aquarium restoran tu. Suruh B tangkapkan. Masalahnya, ada ke orang makan ikan hiasan tu? Huhu~~~
No comments:
Post a Comment