Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

1st Baby Scan


1st BABY SCAN (19th Sep 2013)


Assalamualaikum readers.
             Semoga petang hari anda ceria seperti saya juga. Sambungan kisah my 1st pregnancy kali ni adalah rentetan daripada selepas saya dan hubby buat Blood Test semasa check up 2nd time hari tu (sungguh formal rasanya menggunakan 'saya' instead of 'aku'). 

             Oklah, back to our throwback. Hari cuti aku dengan B cuma beberapa kali aje sama dalam sebulan. So, kami terpaksa set satu date yang kami berdua sama-sama free pada waktu malam on weekdays. On weekends, Klinik Zainab yang kami nak pergi ni tutup. Aku insist jugak-jugak nak pergi Klinik Zainab ni sebab di area Chukai ni she has very good reputation. Ramai orang cakap Dr. Zainab explain about the baby sangat-sangat detail pastu her guess about baby punya jantina selalunya tepat even on early pregnancy. Well, because of years of experience of course.

              Berdebar sangat masa tu. Dahlah baby baru 15 minggu. Tak taulah nampak apa. Bila masuk tu, terkezut aku tengok doktor. Pakai purdah rupanya Dr Zainab ni. Nampak mata dia je kelip-kelip, pastu suara macam garang je. Actually lebih kepada tegas la. 

               "Ok puan, baring lepas tu relaks ye." Bila doktor mula letak scan gel yang sejuk tu atas perut, pastu start golekkan benda alah yang apa benda namanya aku pun tak tau, persepsi aku berubah habis. Doktor ni memang macam mak-mak orang, sangat friendly but at the same time sangat details dengan penerangan dia. Mula-mula sekali aku nampak tompok kecil warna hitam. Doktor pun start bercerita. 

"Ni lah keadaan dalam rahim awak. Tompok hitam tu menunjukkan dalam ni dah dihuni satu 'makhluk'. Daripada yang kita nampak, satu 'makhluk' je. Bukan kembar ye. Ok, sekarang kita nak besarkan gambar ni bagi nampak jelas. 

Sekejap lepas tu muka doktor berkerut-kerut. "Kejap ye puan, anak puan tak nak duduk diam langsung ni. Payah nak fokus nak tengok jantina dia." Aku pun tengok kat screen. Betullah doktor cakap, aku tengok 'makhluk' kecil tu macam tengah berjoget-joget. Jap pusing sana, jap pusing sini. Pastu angkat dua-dua kaki tinggi-tinggi (yang ni salah B, baby awal-awal lagi dah minat tendang bola). "Tengok kaki dia, dah macam tiang bendera. Tegak aje. Tulang kaki, tangan nampak tak ada masalah ye puan. Ha, yang ni pulak jantung dia. Doktor kuatkan volume, then aku boleh dengar bunyi heart beat. Bercelaru bunyinya, tapi aku seronok sangat. 

"Jantung dia bunyi kuat. Bagus, bagus." 

Itu yang doktor cakap. Bagi aku, aku dengar bunyi macam ribut petir aje. Aku rasa macam tak percaya tengok baby tu aktif macam tu, padahal perut aku takde rasa apa-apa pun. 

               Aku sempat jeling B, dia diri kat hujung bed tu. Dia senyum je kat aku. Sekarang doktor nak check baby punya jantina pulak. Doktor cuba fokuskan dekat celah kangkang baby, pastu dia cakap

"nampak macam babyboy ni puan. Tapi saya tak boleh confirm dulu ye. Baby ni kecil lagi, maybe yang kita nampak tu bukan penis dia sebab kadang-kadang dekat celah kangkang ni tali pusat dia. Puan datang lagi bila 6 atau 7 bulan nanti ye untuk confirm sekali lagi."

Aku boleh nampak effort doktor nak jugak-jugak bagi aku nampak jantina baby, tapi baby memang tak nak duduk diam langsung. Lepas tu doktor sambung lagi, 

"maaf puan, memang tak jelas. Tapi firasat saya kata anak puan ni lelaki. Tengok dia. Buas sungguh."

Doktor tu pakai purdah, tapi tengok mata dia aku tau dia tengah senyum kat aku. Lepas setel semua, aku dengan B tanya doktor, if ada apa-apa lagi yang kami perlu tau. Tapi doktor cakap, so far tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa? Macam tu je? "Well, no news means good news. Puan faham kan. Yang kita takut nak dengar bila doktor cakap saya ada perkara nak bincang dengan puan. Ha, yang tu baru kita takut." 

        Betul jugak cakap doktor. No news means good news lah. So, inilah hasilnya. Jeng, jeng, jeng................

'Makhluk' kecik ni tamao duk diam. Eh, hidung dia macam hidung aku. Thihihi ^_^

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol