Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Mommy & Daddy HIV Test - 2nd Check Up


2nd CHECK UP (10th Sep 2013)

Assalamualaikum.
             Entri ni ialah sambungan dari entri Buku Pink dulu. Saje je nak mengimbau kenangan. Aku terfikir nak refer Buku Pink tu, pastu nak update cerita pasal both, baby check up dan baby scanning ni ikut kronologi masa.

Kenapa tak update terus masa pergi check up tu? 

  1. Yelah, masa tu kan 1st trimester. Aku sedang dilanda alahan yang sangat teruk. Nanti aku cerita pasal dugaan masa 1st trimester but for now ceritanya pasal masa aku pergi 2nd check up. 
  2. Masa tu my little baby baru je 14 minggu. Sangat vulnerable dan macam tak elok cerita banyak-banyak sangat pasal baby masa awal kehamilan kan.
             Seperti yang kita semua tau (kalau tak tau, meh nak bagitau), sekarang ni bukan bila nak kawen je kena buat blood test. Sekarang, setiap kali hamil both husband & wife kena buat blood test. Dari pembacaan aku sebelum-sebelum ni, tujuan blood test ni dijalankan adalah untuk mengesan perbezaan rhesus(Rh) darah suami dan isteri. Kalau lain, nanti problem kat baby =( Ok, malas nak bebel, sila baca di sini. Selain tu, blood test during pregnancy jugak adalah untuk kesan kalau-kalau ibu ada sebarang infection contohnya:-
  • rubella (German measles)
  • Sifilis
  • Hepatitis B
  • Hepatitis C
  • HIV
Tapi, aku pun tak sure dekat Klinik Kesihatan ni ada ke tak buat test-test ni semua. Yang aku ingat, B cuma kena prick dekat hujung jari (untuk HIV test) tapi aku kena cucuk dekat lengan dengan jarum besar gabak pastu banyak giler darah aku nurse amek (sungguh tidak adil). But I feel relief for him sebab B memang takut jarum. Mujur jugak dia tak kena cucuk dekat lengan.

Botol camnilah diorang penuhkan dengan darah aku. Pic source: blood test
             Aku dan baby tak ada sebarang masalah, syukur Alhamdulillah. Masa tu doktor yang consult aku Dr. Nur Syazwani. Dia tanya ada apa-apa masalah ke. Aku ceritalah yang aku amek Piriton/Cetrizine sebab aku ada resdung. Tapi bila mengandung ni aku stop amek semua medication selain vitamin untuk orang hamil. "So, apa suggestion doktor?" aku tanya dia sebab selsema pagi-pagi dan alergi pada habuk ni memang agak menggangu kehidupan seharian aku la. Doktor tu suggest Normal Saline sebab itu cuma Sodium Chloride a.k.a air garam yang tak bagi effect pada baby.

P/s: sampai hari ni aku tak beli pun Normal Saline tu. Aku cuci muka pakai sabun D'Qisty aje bila gatal-gatal muka datang. Hilang jek gatal tu, kira ok la tu. Hehe.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol