Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Adam's 2nd Birthday Celebration

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari Khamis lepas, 10hb Mar 2016 ialah birthday Adam yang ke-2. Kebetulan tarikhnya sama dengan Khaleesa sepupu aku, jadinya kami rancang nak buat sekaligus. Planning asalnya nak buat on weekend sebab adik-adik B nak datang dari kampung, tapi last minute cancelled. Entah macam mana tanpa dirancang sebab dah kebetulan along sekeluarga dah balik dan B pun cuma ada masa semalam (Jumaat malam) je hari lain kena kerja pulak, tergesa-gesa kami buat hari Jumaat tu jugak.
Menu: Nasi Ayam. Event Planner: Ateh.
Aku macam berat hati nak buat semalam. Kalau boleh nak buat hari Ahad, maka sempatlah hari Sabtu nak beli barang dan hari Ahad tu tinggal nak masak aje. Tak adalah terkocoh kacah sangat. Tapi tulah, tak best pulak buat birthday anak masa babahnye tak ada sekali.
Aku pun last minute apply half day dan terus ikut ateh pergi DIY beli barang2 deko, pergi Secret Recipe cari kek, dan last sekali pergi pasaraya cari barang-barang nak masak. Bayangkanlah, semua ni kami buat petang tu dan event tu malamnya, lepas Isya'. Macam nak pengsan penatnya.
Hasil tangkapan di DIY. Topeng, topi, ballon, whistle, etc, etc...
Adik, tulis cantik-cantik ye.
Aku dah tau, walaupun amik masa 1/2 jam atau sejam sekalipun memilih, aku tetap akan pilih choc Indulgence akhirnya.
This is Birthday boy & Birthday girl. Nampak tak, topi diorang spesel sket? Huhu. Kakak Khaleesa nampak happy. Adam je, macam ada mood swing sikit malam tu. Adam ni jenis baby yang ada 'strangers anxiety'. Dia dah terbiasa dalam dia punya zon selesa, his own space dan orang yang sama surrounds dia setiap hari, jadi faham-faham jelah bila orang ramai dan bising-bising camni. Dia macam gelisah sikit. 
Ternyata makhluk yang paling happy malam tu ialah................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SAYE!!! Happynya orang sambut birthday saya. Eh bukan ek?
Lantak pi lah....
Betul. Aisya yang paling happy semalam. Bergambar sakan. Senyum mengalahkan birthday boy dgn birthday girl. Ni aku compile gambar dia semalam. Ceria sepanjang majlis.
Semoga kedua-dua anak mama terus happy dan senyum camni sampai bila-bila ^_^ Mama sayang korang sangat-sangat.
Next, ini gambar sepanjang majlis. Aku kumpul dari kamera tetamu yang datang. Aku sendiri memang tak sempatnye nak snap-snap gambar dah. Cukup dengan melayan budak-budak je. Tak menang tangan dibuatnya.
Nenek, ibu + Sufi, umi + Arissa
mama + Aisya
 

 
 
Seronok-seronok jugak. Majlis kami memang kecoh giler sebab bebudak ni duk berebut nak potong kek, nak tiup lilin. Yelah, dah nama pun budak kan. Bukan dia hirau itu birthday siapa pun. Dia coquer macam dia punya jek. Anak aku yang lagi sorang ni, Si Ummar. Perhatikan budak comel pakai baju merah topi pink tu.
Sepanjang majlis duk gelakkan dia. Selamba badak je abih orang nyanyi happy birthday, dia pun tiup kasi padam semua lilin atas kek. Tak sempat khaleesa nak tiup. Adam toksah kira lah, bad mood dari start majlis sampai habis. 
Ummar mula merapati kek. Adam dah mula gelisah nak lari.

Budak only: From left, Puteri Safwa Qaisara, Puteri Nuraisya Humaira, Nur Khairin Nadhirah (muka tak nampak), Muhammad Adam Falahuddin, Nur Khaleesa Nadiah, Muhammad Ammar Faris & Muhammad Ummar Rifqi (kalau nenek tak pegang, mesti dah lompat atas kek tu).



Nampak macam baik je. Nampak macam tak nakal je semua kan. Tapi tak sebenarnya. Heheh. >_<

Sesi tiup lilin ramai-ramai. Tak kesahlah birthday sape pun.

Semangatnya ibu julang Sufi tinggi-tinggi.


Yay, Sufi dan Arissa dah join clan.














Oklah inilah kisah dan kenangan kami sepanjang majlis. Majlis ni kecik saja, tapi yang paling best dapat berkumpul ramai-ramai satu famili, dapat tengok anak-anak happy dapat main dan makan kek. Bila tetamu balik, dapat bukak wrapping gift sama-sama. Adam Happy sangat dapat hadiah ultraman. Itulah yang paling best sekali. Dalam happy-happy pun, sangat terasa ketiadaan arwah abah. So, tak lupa Al-Fatihah buat arwah abah. Aki, cucu-cucu aki dah besar tau.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol