Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tema Raya.

Assalamualaikum mommies.
Aku hairan sebenarnya. Semenjak belum start puasa lagi ramai betul orang duk tanya aku
Tema warna apa raya tahun ni?
Mak aih. Aku kecik-kecik dulu takde bertema bagai. Mama beli baju raya mesti pattern sama jek aku dengan along. Kaler je lain-lain. Aku biru, dia merah. Aku hijau dia kuning. Hah, tema kebendanye camtuh? Tapi mungkinlah kan, mungkinlah sebab aku ni dah ada famili sendiri, famili kecil aku dengan dua orang anak aku ni, so orang duk terfikir mestilah aku dengan B nak pakai baju sama-sama dengan anak-anak kami gamoknye. Aku ni, first time beraya berdua dengan B tahun 2013 dulu, dia kerja malam raya. Baju melayu yang aku beli tu memanglah dia pakai, tapi terbongkang je tidur sepanjang hari. Aku raya dengan keluarga aku jelah. macam zaman-zaman single. Masa tu tema purple.
Hamekaw...Tido dengan kain samping tu.
B penat sangat kerja semalam, so aku raya je dengan adik-adik dan sepupu sepapat.
Tahun kedua barulah beraya bersama suami. Tapi malam raya pertama tu B kena kerja jugak. Cuma nasib je malam raya tak kerja, kalau tak mesti dia tidur macam tahun lepas jugak. Tahun ni special sebab tahun pertama beraya dengan Adam. Tahun 2014 tema pink. tapi tak jumpa baju pink untuk Adam, aku pakaikan dia jubah yang comel sangat. Kopiah pun ada tapi dia tak nak pakai.
Ni jelah momen-momen kami beraya sama-sama. Tak puas beraya. Tengahari tu B dah kena rest sebab petang tu dah nak kena masuk kerja. T_T


Comel tak jubah Adam?
Tahun lepas tahun pertama aku beraya dengan keluarga mertua. Akhirnya merasa jugak beraya jauh dari keluarga. Sedih woo. Bukan tu je, 2015 juga tahun pertama kami beraya dengan Aisya. Yezza, memang keje aku tiap-tiap tahun asyik beranak jek. Dan juga tahun terakhir aku sepatutnya beraya dengan arwah abah. Sebab abah meninggal 9 Syawal. [Al-Fatihah] Tapi sebab tahun tu bukan turn raya kat kampung aku, maka redha je. Jauh di sudut hati, memang terasa sebak sangat kalau teringat. Tak apelah dah takdir macam tu. Tak ada rezeki aku nak raya dengan abah kali terakhir.
Tahun lepas, memang raya agak dull dan tak bergambar sangat pun. Aisya pun asyik tidur sepanjang hari. Gambar famili satu pun takde. Ateh cakap kat Kemaman pun raya kurang meriah. Cuma menziarah saudara-mara yang sakit. Tak meriah macam tahun-tahun sudah. Mungkin petanda arwah abah nak tinggalkan kami.
Itu jelah cerita raya aku semenjak tiga tahun jadi isteri orang ni. Tahun ni tak tahu lagi macam mana. Sambutan kami sederhana sahaja. Maklumlah kali pertama beraya tanpa abah. Takut nak fikir. Aku dah beli sikit-sikit baju raya, tapi anak-anak punya je. Aku punya macam tak ada mood lagi. Tak ada masalah kot, baju dewasa standard size cam aku berlambak yang dah siap. Lagi nak dekat raya nanti lagi banyak diskaun.
Tema raya pulak, cadang-cadangnya nak buat kaler camni.
Pic source
Suka warna ni sebab nampak fresh dan ceria. Kalau tak dapat baby blue camni, mint green pun ok gak.
Cantik kan?


2 comments:

  1. tema kaler harus ada. WAJIB !! Tapi xada la smpai nk menyebok tahu org lain punya tema kan??? hihi tak ada smpai menanya jek. Mungkin kita2 jek la tahu. Yang org lain punya tema, lantak la. hihi tp lumrah manusia mmg suka amik tahu. Wow nice tema tahun ni. Dah siap ke baju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli anak2 punya je kak mescya. Saya tak ada mood lagi nak raya sbab tahun ni abah takde. Nanti saya beli yang dah siap je kot. Seronok akak tahun ni first raya dengan Lana=)

      Delete

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol