Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Kain Batik oh Kain Batik

Korang pandai pakai kain batik tak?

Aku tak pandai. Tak pernah pandai sejak dari dulu dan jenis yang cepat give up bila tak jugak pandai-pandai selepas beberapa percubaan.

In fact lepas kahwin, aku ada berapa helai sangat pun kain batik. Tu pun ehsan dari atuk aku, mama dan hadiah orang bagi masa kahwin. Aku sendiri pun tak pernah bother nak beli. Dah memang aku tak pakai. Dari zaman sekolah, sampai masuk U, sampai kerja, sampailah dah kawen ni aku lebih selesa pakai seluar dari pakai kain. Lebih praktikal dan senang nak bergerak bebas. Huhu. Adik aku yang umur jauh lagi muda pun lagi pandai pakai kain batik. B lagilah, malam-malam pakai kain pelekat. Nak gi Jumaat pakai kain pelekat. In 5 second, kilas-kilas, tadaaaa....Da siap. Kagum aku. Laki aku lagi expert pakai kain dari aku ni.

Aku? Siang pakai seluar, malam pakai baju kelawar. Krik krik (bunyik cengkerik).

Bukan aku tak pernah belajar pakai. Masa buat degree sem 3, roommate aku semua pandai pakai kain batik. Diorang pun gigihlah nak ajar aku. Masalahnya masa tu aku underweight (sekarang ni pun), jadi ukur lilit pinggang aku kecik sangat-sangat. Bapaknye payah nak suruh kain tu lekat kat pinggang. Sikit-sikit dia makin longgar pastu melorot. Mulalah tak selesa. Asyik-asyik nak kena betulkan. Last-last, bukak kain, sarung seluar balik semula. Selesai masalah.

Pernah sekali tu, aku pergi rumah bakal mak mertua. Hehe, rumah ma aku la tu. Sampai je, ma terus hulur kain batik suruh salin. Orang kampung ni, bagi diorang pakaian yang macam biasa-biasa kita sarung tu adalah pakaian pergi berjalan. Duduk rumah biasanya pakai kain batik aje. Mama dan adik aku pun macam tu jugak. Sampai rumah, terus salin kain batik. Aku dengan along je terpengaruh dek arus metropolitan. Ceit.

Mujurlah aku dah ada trick aku yang aku dah pikir siap-siap dari rumah. Aku ada sepasang baju kurung (the one I wore during my Convocation Day). Baju kurung ni, baju dia kain chiffon plain kaler maroon, kain dia pulak kain batik. Hah, aku pun bawak kain batik yang dah siap berjahit ni, bawak balik rumah B. Ma nampak macam aku pandai jek pakai kain, terletak elok je kain tu siap dengan susun tepi lagi. Padahal kain tu elok je dengan getah pinggang, dengan zip nye sekali. Ha, nampak tak tahap hipokrasi di hadapan bakal ibu mertua. Imej kena jaga beb.

Itu cerita 3 tahun lepas. Sekarang dah selamat jadi isteri orang pun. Ma bukan setakat tau menantu dia ni tak pandai pakai kain, terkial-kial kat dapur pun ma tahu jugak. Tapi ma sayang jugak. Huhu, perasan mesti lebih.

Minggu lepas ada Tok Seh datang rumah. Aku ni tak minat hutang-hutang ni jadi tak layan la. Dia ada bawak kain batik. Mama dengan ateh sebulat suara je paksa aku suruh beli. Manalah aku nak. Aku bukan pandai pakai pun. Nasib baik mama tak smack down aku depan orang Pakistan tu sebab melawan cakap. Tapi dia sembur jugaklah sejibik,
Habih tu berpantang nanti angah nak pakai ape?
Hah? Pakai ape yek? Pakai seluar tak boleh ke? Mana aku tau, bukan pernah beranak pun. Adik aku cakap, bersalin nanti mana boleh pakai seluar. Kan bawah tu luka, sakitlah nanti. Wah, wah, advance sangat kau ye. Tapi kan ke betul cakap adik aku tu. Pastu bagi menguatkan lagi hujah dia, mama cakap nanti duduk rumah sendiri kenalah spare kain batik. Kot-kot sedara-mara datang rumah. Nak salin, tuan rumah haram selai kain pun takde.

Nak tak nak, aku pun sambarlah 5 helai. 5 helai RM110. Cukup tak? Tak cukup pun lantaklah. Dah pakai nanti basuhlah balik. Dah bayar aku pun menonong gi letak dalam lemari. Selamatlah kau dalam tu.

Dua tiga hari kemudian mama tanya aku, "angah dah hantar jahit belum kain batik hari tu?" Lah, jahit apa pulak dah ni. "kain batik tu kan batik lepas, kenalah jahit tepi, baru jadi kain sarung."

"Kalau batik lepas orang tak pakai, orang buat tutup orang mati!"

Astaghfirullah, sampai camtu sekali tahap kenaifan aku tentang kain batik.

Jadinya malam tu aku pun bawak kain-kain aku tu kat tempat tuisyen, pastu dengan muka tak malunya mintak tolong ustazah jahitkan tepi. Ustazah pulak buat hal tak mau amek upah. Takpelah, nanti siap mama suruh kasi je duit upah tu kat anak-anak dia yang kecik-kecik tu.


Aku pun tak tau nape Tiga Serangkai ni feymes amos sangat kat Terengganu ni.

  

Selamat Pengantin Baru Abang Alif, Highland Tower & Final Piala Malaysia


Salam penghulu segala hari. Jom ambil keberkatan Jumaat ni, istighfar dan selawat banyak-banyak. Jom!

WARNING!! Entri ini sangat panjang.

SELAMAT PENGANTIN BARU ABANG ALIF

Rasanya dulu aku pernah cerita, ada cousin aku yang patutnya kahwin bulan 5, tapi dianjakkan ke bulan 3. Last-last dia nikah Mac & aku nikah Mei. Latest update, Kak Wa pun dah sama-sama pregnant macam aku. Due date dia awal seminggu je dari aku. Subhanallah, perancanganNya adalah yang terbaik.

3hb baru ni, dalam rakyat Malaysia duk sibuk-sibuk nak tengok final Piala Malaysia, sepupu aku yang lagi sorang (adik bongsu pada K.Wa yang kawen bulan Mac ritu), dia pulak kawen. Ekceli, nikah 1hb Nov, sanding 2hb Nov dan sambut menantu 3hb Nov. Sebab kami pihak lelaki, kami attend yang majlis sambut menantu tu. Sambut menantu ye, bukan hantu.

Majlis di rumah pengantin lelaki ni diorang tak besanding sebab baru semalam sanding kan. Dahlah mempelainya sekampung, orang yang sama je attend wedding dua-dua belah pihak. So, diorang malas nak sanding banyak-banyak kali. Yang tak best nye, aku tak sempat ambil banyak-banyak gambar. Tetiba je mual-mual + tak sihat masa kat kenduri tu. Ipad aku pulak, tengok-tengok batt low. Aku dah charge penuh-penuh, tapi mak adik dah bantai main game masa kat rumah Ku (datuk aku).

So, ni ajela sedikit sebanyak gambar yang ada.

Nampak tak. Mengandung, mengandung pun garang lagi tu.

Hambek kau. Sekali mata tutup da..

Kebak kebak keboom. Dah sampai pengantinnya.

Hamboi, sengeh2 kau ye dapat bini. Huhu.

Pengantin lama. Silap pulak letak handbag depan perut. Hadoyai.



Hah, tangkap dia! Tangkap dia! Pastu hambek gambo. Baru dia tau erti penyesalan.

Mama tu excited nak bergambo, abah pulak tengah lapar nasik. Haik, situasi nih macam sama je dengan aku dengan B macam selalu-selalu kan. Hehe. Like mother like daughter.


HIGHLAND TOWER

Misi aku dan B belum lagi berakhir. Aku kena pergi Kuantan buat safety glasses B. B kerja dalam chemical plant. Dia kena pakai safety glasses, tapi yang problemnya B dah memang sedia rabun. So, dia pakai spec dia, pastu baru pakai safety glasses kat luar. Mak aih, walaupun tak pernah tengok aku boleh bayangkan kelakar tak kelakar muka B pakai camtu.

Company pun arahkan B buat safety glasses yang dah siap-siap dengan power sekali. Tapi kedai tu dekat Kuantan dan kitorang sekarang dah jarang-jarang dapat peluang pergi Kuantan. Aku sejak pregnant ni macam dah malas sikit nak keluar, suka duduk rumah bermalas-malasan.  Sementelah dah ada kat Pekan ni, kami nak singgah Kuantan la buat spec B. Sambil-sambil tu boleh la mengelak tengok final Piala Malaysia kat Pekan. Tak sampai hati nak biar B tengok bola di kalangan penyokong-penyokong Pahang ni. Huhu. Kami gerak ke Kuantan terus dari rumah Cek Long jadi tak sempat ambil beg baju dan barang-barang kat rumah Ku. Pesan kat mama aje suruh bawak balik.

Kuantan yang dulu bukanlah yang sekarang, dulu jalannya senang sekarang dah macam gampang (baca dengan nada lagu Tegar).

Mak aih, pening siot jalan kat Kuantan sekarang. Semua dah jadi jalan sehala. Dah lah dekat setengah jam berpusing-pusing dekat area Kamdar tak tau nak masuk camne, sekali dah jumpa jalan Kedai Liu Optical tu tutup pulak. Diorang pergi makan maruku (Deepavali kot rini). sob sob. Dah terlanjur datang tu, kami pergi MegaMall yang dah dekat sangat dengan Kamdar.

Dekat MegaMall ada ekspo buku Popular. B sempat lagi rembat buku sebuah, mahal gabak pulak tuh.

GAMBAR

Dah settle, kitorang beli tiket wayang. Hari ni nak tengok Highland Towers. Nampak cam best. Best jugakla, nanti aku bagi movie review wokeh. Tapi dalam entri lain ye. Penuh giler panggung hari yang kitorang tengok tu.

GAMBAR TIKET

FINAL PIALA MALAYSIA 2013

Dalam kepenatan berjalan sepanjang hari, kami masih berkobar-kobar balik Kemaman nak tengok Final Piala Malaysia. Sampai kat rumah, abah message cakap tak mau balik lagi, maybe esok baru balik. Tengok dulu macam mana. Ini bermakna, aku dan B malam ni tak ada selimut feveret kitorang, towel, deodorant, bedak, berus gigi pun takde. Huhu. B kata, jom yang kita pergi kedai dulu beli barang-barang pastu baru pergi kedai biasa, tengok bola.

Macam yang kita semua tahu malam tu TRW tak mempamerkan aksi terbaik dan tumpas kepada Pahang 1-0. Aku blame Bojan semata-mata sebab letak Piya kat posisi 2nd striker dan kuakan dia masa perlawanan berbaki 8 minit. Mana tak moral down sumer orang bila Kapten Marvel kua. Plus he did his best job as midfielder, hari tu memamng kucar-kacir giler. Ceit. Pastu Azizi Mat Rose tu, hish geramnye tengok dia. Tahniah Pahang sebab main dengan bertenaga malam tu. They deserved to win.
I love you Piya!! Huhu. Source: antarapos.com
Papepun, hari tu berakhir dengan B yang muram dan lemah longlai. Masuk kete, B siap cakap pelan je

nasib baik tak tengok bola kat Pekan.  

SPM oh SPM

Officially, SPM 2013 bermula 6 Nov dan berakhir 5 Dis. Tapi bebudak Tuition Center aku paling last 27 Nov, subjek Biology. Subjek aku ngajar tuh. Selepas tarikh tu semua subjek-subjek yang tak signifikan dengan aku atau dengan kata lainnya subjek yang aku tak offer kat Pusat Tuisyen Nurin Nur.

Bulan ni paling last la aku dapat tolong diorang habis-habisan sebelum bercuti panjang. Dengan perut yang semakin membulat ni aku dah semakin tak larat nak angkut baby panjat tangga office. Both, office Hoerbiger dan office Nurin Nur. Aku decide untuk let go dulu tuisyen ni sampai selamat bersalin dan selepas berpantang dengan jayanya.

Bila korang tengok tajuk entri ni, jangan salah faham pulak. Aku bukan nak cerita pengalaman aku menghadapi SPM tahun 2004 dulu (oh, aku sudah tua rupanya, sigh~~) , memberi soalan spot, mahupun tips-tips menghadapi peperiksaan. Yang itu, korang google lah di blog-blog para ilmuan dan pakar-pakar motivasi yang lain. Ada ramai lagi yang lebih layak dari daku ini (tacing tak memasal).

Yang aku nak share adalah aku punya uneasy feeling nak lepaskan anak-anak aku nih. Bila dah bulan-bulan last ni, aku macam emosi semacam bila fikir confirm susah giler aku nak jumpa bebudak ni lagi lepas diorang habis SPM, sob sob. Bebudak sekolah rendah ni takde hal, InsyaAlllah tahun depan diorang masuk balik, itupun kalau mak bapak diorang masih percaya dengan khidmat tempat tuisyen aku.

Dahlah bulan lepas aku dah kena berpisah dengan bebudak Form 3, bulan ni dengan bebudak Form 5 pulak. Haih, yang peliknya masa aku ngajar kolej dulu aku tak pulak ada feeling macam ni walaupun student silih berganti tiap semester. Salah satu faktor dia kau rasa sebab masa tu jarak umur aku dengan student tak jauh sangat. Aku 22, student 19, 20 tahun camtu. So aku treat diorang macam adik-adik. Tapi this time, ish segan pulak nak cakap, aku rasa macam nak hilang anak.Wuuwuuuwuu~~~~

Korang percaya tak, aku rasa aku sayang diorang macam anak!

Budak2 form 3 probably akan masuk sekolah teknik tahun depan, kemungkinan besar susah nak jumpa diorang lagi. Yang form 5 pulak akan masuk unibesiti...Huwaa, mesti aku rindu budak-budak nih.

Student aku ni macam-macam ragam, macam-macam pe'el, tapi entah. Diorang manja dengan aku. Baik lelaki atau pompuan. Nakal. Suka nyanyi kuat-kuat. Kuat mengusik, menyakat, gelak kuat-kuat. Selalu buat aku sakit kepala, tapi bila absent aku jadi teringat aje. Diorang start tuisyen this year aje tapi itu bermakna diorang kenal aku start zaman anak dara, sampai dah kahwin, sampai dah membuyung sekarang. Diorang excited tengok perkembangan perut aku, soal macam-macam macam diorang pulak nak dapat adik baru.

"Teacher, kenapa perut teacher kecik sangat?" "Baby teacher dah brape bulan?" "Nak beranak bila? Kat mana?" "Nak bagi nama apa?" "Babyboy ke babygurl?"


Ni bebudak form 3. Si nakal. Nampak tak bunga sekuntum tu? Selalu jadi bahan usikan Sang Kumbang.

Jangan terpedaya dengan diorang ni. Buat-buat rajin je bila orang nak snap gambar.
From left: Fatin, Azim, Luqman, Danial, Shakir.


Ada sekali Luqman cerita, "teacher tau tak, kat skolah kita ada senior nama Firdaus." Aku tanya, "hah, kenapa dengan dia?" "Nama aje macam nama syurga, perangai macam setan" Astaga, boleh pulak macam tu.

Hah, yang ni Huda. Sedang bermain-main dengan ipad aku.

Ni lagi dua orang. Bebudak Form 5 ni. Syida & Tini.

Syida, Tini, Bani & Ashraf

Sibuk je semua nak bergambar, padahal tengah belajar tu.

Tengok, makan sepah-sepah. Jap lagi aku la yang kena kemas tu.
From left: Izham, Basit, Imran, Shairie & Syafiq

Ni pun sama, berlakon rajin je ni.

Ada sekali tu, sorang student aku pergi umrah so dia tak dapat attend aku punya wedding. Balik tu dia hadiahkan aku sejadah dari Mekah. Thanks so much dear =)
Yang paling best, dia datang kat aku cakap

"Teacher, masa saya kat Padang Arafah ada orang bagitau kat sini tempat pertemuan semula Nabi Adam dengan Hawa lepas turun dari syurga. Kat sana saya doakan jodoh teacher dan cikgu Hafiz kekal sampai bila-bila. Bahagia sampai syurga."

Seyes weh, aku rasa nak nangis depan-depan dia jek. Tapi aku kan emak, mestilah berlagak kuat depan anak-anak.

P/s: Dear all my sayang, teacher just nak cakap teacher dah halalkan semua ilmu yang teacher share dengan korang. Walau sebesar zarah apa yang disampaikan, semuanya milik Allah, guru sebagai penyampai sahaja. Semoga berjaya dalam hidup dan buat pilihan menguntungkan di hadapan kalian, baik dunia atau akhirat. Semoga apa jua yang disampaikan, dapat sama-sama kita ambil kebaikan darinya. Baik untuk kalian, mahupun untuk diri teacher sendiri ^_~


 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol