Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Bukan Sempurna



MEMBEBEL

Pernah suatu masa lepas dah berbakul-bakul membebel dekat B, aku tanya B (kurang asam, dah bebel kat orang tu pastu boleh interview pulak).

"Kenapa selalu kalau sayang marah abang diam je?"

Aku jenis tak suka bercakap dengan tunggul. Kalau kita luahkan perasaan@ bebel @ marah (memang akan rasa lega) tapi kalau tak dapat response aku jadi confuse. Kadang2 jadi semakin hangin.

Adakah orang tu marah dengan apa yang keluar dari mulut kita?
Orang tua2 cakap, diam tanda setuju. Adakah diam kerana setuju? Atau kerana tidak setuju, tapi malas berbalah panjang lebar mungkin?
Takpun memang malas nak layan. Lantak ko lah cakap sensorang sampai penat.

Nak tau apa jawapan B?


Ape tengok-tengok? Ngee~~~

MUHASABAH

"Abang diam untuk berfikir. Abang memilih untuk anggap abang bukan sempurna. Kalau ada perbuatan abang yang buat sayang kurang senang, itu kerana abang tak sempurna. Tak sempurna untuk betul serba-serbi, tak sempurna untuk betul dalam segala hal."

"Sayang tau tak, bila kita anggap diri tak sempurna, kita takkan melenting bila dimarahi. Kalaupun pada abang, abang betul dan sayang salah abang akan 'tune' balik pemahaman sayang tu. Tapi bukan sekarang. Bila marah sayang dah reda nanti" .......pandang aku, pastu senyum.

Aku???

~~~Diam sampai rumah~~~


Anak Cikgu


Pelik tak title entri ni?
Ape hal tetiba anak cikgu jadi isu pulak ni.
Tak. Aku bukan cikgu yang bakal melahirkan zuriat yang bakal bergelar anak cikgu.
Jauh sekali anak seorang cikgu.

Abah dulu bekas kontraktor aje, sekarang dah tak berkerja. Mama pun tak kerja lagi sekarang. Duk rumah layan Adam & Hawa ^____^

Bukan apa, pagi tu aku masuk opis akauntan aku bagitau. Hari ni result UPSR kuar ilah. Rupanya anak saudara dia amek result hari tu. My other colleague pun ada anak yang amek UPSR tahun ni. Dalam parents yang masih dalam mood meng'apply' sekolah yang bagus untuk anak masing2, mana yang anak nak masuk Form 1, Form 4, calon SPM pun masih belum merdeka lagi, sesuai la rasanya nak menulis tentang ini sekarang.



STRAIGHT 'A'S

Aku pernah mention dulu yang aku ada Pusat Tuisyen sendiri. Masa Pusat Tuisyen Nurin Nur belum ada lagi (aku start Sep 2011), demi mencari sesuap nasi (ceewah), aku buat part time as personal tutor. Maknanya, aku pergi ke rumah student dan mengajar personally. Students plak aku rembat semua, dari Darjah 1 sampai Form 5. Budak2 kolej yang nak amek MUET pun aku ajar jugak. Bergantung pada permintaan.

Masa aku gerak as personal tutor, aku ada 3 orang students SPM tahun 2011. Two boys + a girl =). Sebenarnya diorang duk asrama, so weekend baru aku pergi rumah diorang. Alhamdulillah, 2 daripadanya (a boy, a girl) dapat straight 'A's dan sorang lagi walau tak dapat straight 'A's, resultnya masih membanggakan. That boy yang dapat straight 'A's akan further study ke Jepun buat engineering course. Yang pompuan pulak pergi France, maaf aku tak pasti dia further course apa. Last but not least, yang sorang lagi tu pulak dah pergi Mesir. Dia buat dentistry.

Aku bukan nak cakap aku yang superb mengajar. Alaa, aku ngajar 2,3 subjek je pun yang mana yang lemah. Aku cerita pasal diorang ni sebab aku perasan 1 persamaan pada 3 orang budak excellent ni.

Mak diorang FULL TIME HOUSEWIFE~~~

Since their moms are so free, selang dua hari diorang akan call, update perkembangan anak diorang.

"Ilah, anak akak balik minggu ni, datang rumah ye."

"Ilah, Bio dah naik sikit A- tapi kira ok la dari sebelum ni. BI je still rendah lagi."

"Ilah, R****** top 5 kat sekolah periksa baru ni."

"Ilah, budak ni nak engineering pulak. Kalau nak buat medic akak nak hantar Mesir."

Macam tu la excitednye all these mommies menghapdate pasal anak diorang kat aku. Aku tumpang suka je. Anyway, aku tak contribute banyak pun, Budak2 ni memamng pandai + rajin + masuk sekolah bagus yang tentunya cikgu-cikgunya pun bagus2.

Tapi sempatlah aku terfikir dalam kepala otak aku ni, perhaps budak2 yang mak mereka stay at home memang bagus2 camni. Tapi aku ignore je teori ni sebab mungkin cuma satu kebetulan je mak diorang duk rumah & anaknye pulak memamng pandai. Lagipun berapa kerat sangat students aku ada untuk membuktikan kesahihan teori aku nih.



PUSAT TUISYEN

Since last September officially aku bukak Pusat Tuisyen Nurin Nur. Kat sini aku boleh reach lebih ramai students dibandingkan masa aku mengajar dari rumah ke rumah. Bila dah makin ramai, terpaksa la aku hire tutor. Masa tu aku boleh nampak dengan lebih jelas perbezaan perkembangan budak2 yang ibunya berkerjaya a.k.a makan gaji dengan budak2 yang ibunya di rumah @ berkerja sendiri. Especially students yang 10 tahun ke bawah. Aku pun start analyze perangai diorang. Bukan semua camni tau. Kebanyakannya la.

From my observation:-

For 'working' moms -
anak2 biasanya cepat matang. Kecik2 dah pandai berdikari.
Kalau yang tuisyen tu lebih dari seorang, abang @ kakak yang paling tua salalunya sangat protective terhadap adik2nya.
Dalam pelajaran, selalunya sederhana.
Kurang sket semangat bersaing. Dia sibuk pergi kelas sebelah jenguk adik2 dia jek.
Anak2 yang both parents are working selalunya financial family diorang sangat kukuh. Jadi anak2 akan nampak mewah, suka beli jajan merepek malam2, suka belanja kawan + bawak gajet pelik2 datang tuisyen. Budak2 ni siap pakai Samsung la, Sony la, iPhone la.
Miss Principal a.k.a Cikgu Ilah + advisornya Cikgu Hafiz pakai hanset cikai je (T____T)

For 'staying at home' moms -
Anak2 biasanya childish sket. Manja.
Dalam pelajaran, selalunya excellent.
Kuat bersaing. Selalunya mommies diorang dah monitor pencapaian diorang sejak kecil lagi. Kalau anak sulung, they have to be the highest achiever in the family. Kalau adik2 pulak, kena at least sebagus abang + kakak diorang @ lebih bagus lagi.
Anak2 yang mommy nya aren't working selalunya financial family biasa2 aje. Jadi anak2 pun sederhana aje. Tapi dah perangai budak2, diorang akan tumpang tengokk kawan2 yang bawak gajet pelik2 yang kat atas tadi tu main game.
Sekali lagi, Miss Principal a.k.a Cikgu Ilah + advisornya Cikgu Hafiz pakai hanset cikai je (T____T)
   
Korang jangan salah faham pulak. Bukan bermaksud ibu yang berkerjaya ni tak bagus, tapi kita boleh bezakan pencapaian anak2 dan biasanya ia sangat obvious. Aku bukan cakap kosong, I've been part of their life and I'm trying so hard to see their improvement.

Kadang2 budak2 ni akan cerita dekat aku rutin harian diorang kat rumah bila parents takde. Selalunya because both parents were not at home, anak2 akan penuhkan masa dengan kelas. Habis skool tengahari duduk nursery dulu, biasanya diorang belajar mengaji. Dari nursery pergi kelas fardhu Ain, kalau ade aktiviti kat sekolah, pergi skool semula. Malam pulak tuisyen.

Aku hairan, bila masanya budak2 ni rest.

Suka aku ingatkan sekali lagi that I'm not judging anybody. In fact, kalau dipanjangkan umur, InsyaAllah kalau aku jadi dah jadi mommy nanti, aku pun akan jadi mommy yang berkerjaya jugak. B tak prefer aku kerja, so dia janji kerja kuat2 supaya aku boleh duduk rumah membesarkan body + shopping online (ok, yang last tu aku tokok tambah). B suruh aku beranak ramai2 + jaga anak. Ok, melalut dah. Enough about me.



CEMBURU

Berbalik kepada tajuk entri, aku tak taulah korang tapi zaman sekolah dulu aku selalu jeles dengan anak-anak cikgu. Kenapa?

  • Kalau recess diorang mesti tak makan dengan students kan. Diorang makan kat kantin guru. Lauk2 cikgu pun confirm lagi sedap, lagi bersih. Makan pun tak payah bayar, mak bayar.

  • Datang sekolah pun dengan mak. Dah sampai mana ada stop kat luar pagar, jalan kaki macam orang lain. Terus masuk naik kereta sampai depan dewan. Kira nasib baik mak dia tak berhenti depan kelas. Kalau hari hujan, boleh nampak orang lain basah lencun, diorang rilex je kering. Mak hantar depan kelas lah katakan. Datang lambat pun tak kena denda.

  • Kalau nakal kengkadang cikgu pun tak marah sangat. Cikgu pun segan dengan mak bapak diorang. Tapi tu certain2 cikgu la. Kalau cikgu yang tak makan saman, marah jugak. "peduli hape aku ko ank cikgu ke, anak PM ke" kata cikgu tersebut. Hehe.

  • Selalu lepak kat bilik guru. Siap gossip dengan cikgu lain pasal students lain. Wah wah. Sila panggung kau ya!!
Aku bukan setakat ada kawan anak cikgu, anak principal pun sekolah sekali. Bayangkanlah. Tapi bukan salah diorang. dah memang mak bapak diorang cikgu nak buat macam mana. Diorang pun tak mintak dilayan special. Kalau mak bapak kita pun cikgu, mesti kita pun camtu jugak.

Paling syok anak cikgu BI. Aku dulu zaman sekolah English bodoh sket. So, aku selalu bayangkan kalau mama adalah seorang teacher, mesti hari2 aku refer homework aku kat dia. Mesti tak payah spend 5jam++ buat satu essay. Mesti word2 yang aku tak tau aku tak payah bukak kamus. Aku tanya dia je. Zass!! Dapat jawapan. Hoho. Bahagianya.

Tapi mama aku bukan teacher. So, aku pun berbaik2 dengan teacher2 aku kat sekolah. Habis teachers yang ngajar aku jadi mak angkat aku. Dengan principal sekali jadi mak angkat aku. Hamekaw. Teacher Hanisah + Teacher Salma, I love u ^____^



ANAK CIKGU

Dulu (alam persekolahan), kalau aku ada kenal anak cikgu yang pencapaian akademik dia biasa2 je, aku sangat geram kot. Korang tak belajar dengan mak korang ke? Wei, kalau mak bapak aku cikgu, aku dah lama mempergunakan diorang untuk kepentingan aku. Kena ajar aku semua benda yang aku tak tau.
Kalau mak aku ngajar subjek Sejarah, aku nak suruh dia cerita satu2 semua bab yang ada dalam buku teks tu. Kalau dia cikgu Math, aku nak buat beratus-ratus soalan pastu bagi dia tanda. Kasi dia pening. Kalau dia cikgu English, umur 14 aku nak speaking 'London' berhabuk dah. Tengok citer omputih tak payah baca subtitle bawah. Heh.
Lagi best kalau mak @ ayah kita ajar killer subject cam Add Math ke, Fizik ke. Pehhh... Umur 15 aku dah jadi saintis dah. Wooha @__@

Tapi kini bila dewasa ku mula sedar betapa mimpi hanyalah suatu permainan jiwa insan dalam kesepian (koya lagu Ella).
Dekat pusat tuisyen aku ramai jugak anak cikgu. Anak2 diorang biasa aje. Tak terlalu genius tapi tak terlalu slow (maaf, aku memamng ada high expectation pada anak cikgu, tak tau kenapa. Maybe sebab mak bapak dia cikgu kot). Takpe, yang penting mereka komited belajar. Kadang-kadang cikgu-cikgu ni datang mengadu (aku yang mengadu pasal anak diorang dulu). "Macam nilah Ilah. Kita ni cikgu, kita ajar anak orang. Tapi anak sendiri tak sempat nak ajar. Sibuk."

Yezza. Aku rasa aku dah dapat jawapan kepada persoalan2 yang ada dalam kepala aku masa dulu-dulu. Kenapa anak-anak cikgu tak sepandai mak bapak diorang? Sebab parents diorang SIBUK!! Suka diingatkan sekali lagi, bukan semua.

Barulah aku perasan. Aku asyik gunakan anak cikgu untuk jadi subjek perbandingan sebab orang2 yang dekat dengan aku dulu, biasanya anak cikgu je yang ibunya berkerja. Yang lain biasanya mak diorang kat rumah. Isu sebenar kat sini ialah sama ada ibunya wanita berkerjaya atau tidak. Bapak tak masuk buku, sebab bapak memang kena carik duit untuk bagi makan korang. Tahukah korang amat besar perbezaaannya antara mempunyai ibu yang berkerja dengan tidak. Bab ni aku sangat yakin sebab aku adalah salah seorang anak yang pernah melalui keduanya.


 
GURU PERTAMA

Dulu, masa kecik2 life kitorang normal jek. Pagi2 abah pergi kerja, mama duduk rumah. Masa tu cuma ada aku + along aje. Pagi, breakfast. Pegi sekolah abah hantar. Kadang2 naik motor, kadang2 naik traktor. Bawak bekal RM1. Those yang lahir late 80's mesti sempat lagi syiling emas seringgit yang berat tu kan. Kena kepala benjol. =) Balik sekolah abah amek. Abah masuk kerja balik.

Dah siap mandi, makan, pakai tudung, pergi mengaji pulak. Balik mengaji, haa this is the best part, mama dah siap2 dah kat rumah. Buat apa?

Dia dah tanda semua page dalam kamus bergambar yang aku kena hafal maksud dia. Cara dia camni. Aku baca dalam 10 minit lepas tu tutup  buku. Mama akan tulis word English dia, aku tulis makna dia.

Ruler --------> Pembaris
Eraser ---------> Pemadam

Pastu tukar, mama tulis in Malay, aku pulak tulis English words dia. Ini untuk tujuan spelling.

Pembaris ---------> Ruler
Pemadam ----------> Eraser

Aku kena buat 1-2 page tiap2 hari. Tak boleh banyak2, takut lupa. Sweet sangat mama. Maths pulak, mama lipat kecik hujung page dalam buku kerja yang dia nak suruh aku buat. Aku baru darjah 1 kot masa tu, tapi aku kena buat 50-100 soalan sehari. Tapi aku seronok. Sebab buat dengan along, lumba siapa lagi cepat siap, siapa lagi banyak betul (opkos la kakakku), paling best siapa yang dapat betul semua. Dapt kiss mama + dapat request nak makan nasik lauk apa malam tu. yumyum ^____^

Petang, main sampai lebam.

Maghrib, kena naik rumah sebelum abah balik. Mandi, makan, pergi mengaji sesi malam pulak. Sesi malam ni penat sket, sebab orang ramai. Kena tunggu lama. Balik mengaji, abah + mama teman buat homework. Pastu tengok cerita P.Ramlee. Biasanya cerita P.Ramlee sambung lepas berita dunia jam 10. Kitorang mesti tidur dulu pastu pesan mama dengan abah suruh kejut lepas berita dunia habis. Sedar2 dah pagi, dalam bilik. Tak sedar pun bila abah dukung masuk bilik. Sambil siap2 nak pergi skool, tanya mama camne ending cerita P.Ramlee semalam. Hehe.

My mama is the one who:- 
  • thought me how to read & write.
  • thought me all English basic words.
  • being my first Math teacher.
  • reward every single achievement.
  • told me that knowledge is everything.

My abah is the one who:- 
  • carry along & me during chilhood to bedroom everynight without fail.
  • thought me how to perform Solah.
  • thought me how to recite Al-Fatihah & Ayatul Qursi
  • thought me how to solve fraction + percentage questions. 
  • thought me how to read a clock.
  • thought me how to drive.

P/s: Thanks mama. Sampai hari ni angah tak lupa camne nak spell 'tounge' dengan 'elephant' ^____^



FASA KEHIDUPAN

Langit tak selalu cerah. Kena ingat tu. When I was 11 years old mama terpaksa berkeja. Well, the rest is history.
Kami masih kira beruntung sebab ada abah temankan kami kat rumah, cuma bila mama kerja, semua jadi lain. Sangat berbeza dengan masa mama full time jaga rumah.
Tak mau ingat kisah lama dah sebab sekarang bila anak2 dah kerja, kami dah simpan mama kat rumah balik. Teman kitorang tengok Adam & Hawa ^___^

Percayalah, anak-anak kita tak perlukan guru terbaik, mereka cuma perlu seorang ibu di rumah.

Tiga Tahun (Part 2)


Lom habis lagi rentetan cerita anniversary kami. Susah jumpa B lately sebab kerja. B seronokla, poket tebal bulan ni, but I hardly see him anymore. Balik pun dah lambat, sampai rumah pukul 9 malam pastu dia pun dah penat. Sekarang pulak dah ada rutin yang pelik. Sampai rumah pukul 6 ptg , pukul 8 malam masuk balik. Sampai rumah pukul 8 malam, pukul 12 masuk balik. Balik pagi esok.

Siang malam pagi petang keje. Kayalah B, aku jugak yang merana.

Finally, semalam kami keluar jugak. Tapi pening nak decide tempat. Nak pergi tempat biasa, anniversary dinner kot. Nak cari tempat special sangat pun, B tak mau pergi jauh2. Penat katanya.

Last2 pergi Restoran Terapung. Dekat. Sedap. Romantik. Terapung atas sungai. Teroleng2 tiap kali ada bot lalu. Tapi tak romantik dinner kitorang semalam sebab mata B asyik fokus ke TV tengok bola. Sekali-sekala mengeluh sebab lepas sebijik, sebijik Singapore sumbat gol. Match semalam ended with Harimau Malaya defeated by Singa Seberang Tambak by 0-3. Boooo K Rajagobal!! Tak sokong, rasa macam tak patriotik. Dah sokong kalah pulak.




Gambar lama. Masa bawak famili dtg makan kat terapung =)

Untuk mengubat hati kitorang yang duka lara tu, kitorang pun cuba distract masing2 punya attention ke isu2 lain. Dari cerita persiapan kawen, tuition centre aku yang dah nak start sesi 2013 pulak ni, ASB loan as part of future plan + macam-macam lagi lah.

Lepas tapaukan sup + tomyam untuk mama abah, dah siap bayar, balik. Kira not bad la walaupun mood distracted oleh kekalahan memalukan pasukan Malaysia semalam.

After all, yang penting dapat spend masa dengan B tersayang (^_______^)

P/s: Terpaksa tempek gambar lama sebab semalam dua2 lapo tak hengat sampai tak sempat bergambar pun. Sebab takde gambar baru untuk entri ni, layan jela lagu Astrid, Tentang Rasa ni. Best lagu ni ^_^

Tentang Rasa

Aku tersesat menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tiga Tahun



24 NOVEMBER 2009

Tup tup dah tiga tahun B. Sekejap je.
Hari ni belum cukup 3 tahun lagi. Masuk pukul 1am nanti baru genap.
Tak ada celebration, makan2, kua ke mana2 rasanya kerana kami masih berkabung atas kehilangan baru2 ini.

Terlalu banyak dah berlaku dalam 3 tahun.
Kami bermula dengan masing2 cuma ada cinta utk diberikan pada satu sama lain.
Dengan keadaan aku yang lukanya masih belum sembuh kesan cinta lama.
Datang abg mengubat penuh sabar (even sedang final year).
Perlahan-lahan merangkak, bertatih, sampai kini berjalan bersama, kami makin matang dalam menjaga perhubungan ini. Sayang B sgt.


Garang giler B bila ada kutu kacau aku...Huhu~~~


 
24 NOVEMBER 2012

Terima kasih abg, sebab approach sayang 3 tahun lepas.
Terima kasih kerana terlalu banyak memberi tanpa pernah meminta balasan.
Terima kasih sebab ikhlas menerima seadanya walaupun masa tu sayang bagitau tak pasti dgn perasaan ni.
Terima kasih sebab meyakinkan sayang utk terima cinta abg. 
Ingat lagi kata2 abg time tu, cinta abg pun dah cukup untuk kita berdua.
Terima kasih sebab buat saya hepi tiap2 hari dalam 3 tahun ni.
Terima kasih sebab selalu ada ruang untuk berdiskusi tiap kali kita bermasaalah.
Terima kasih kerana sering beralah.
Terima kasih sebab sentiasa ada masa susah senang.
Terima kasih untuk segalanya. Ayang Sayang B.



Spek abg long jadi mangsa >_<


B jahat!


Sekarang, masing2 dah berkerjaya.
Dah bertunang + tak berjauhan lagi. Dulu zaman2 blaja, rindu-merindu jela. Jauh satu hal, duwet pun tak banyak nak topup slalu2. Dalam suffer, tetap bahagia.
Saat entri ini ditulis, kurang dari 4 bulan lagi sebelum mengikat janji setia, mengucap lafaz keramat untuk disatukan selamanya dengan ikatan yang sah.
B pun dah jadi kesayangan famili (belum jadi menantu lagi tuh).
Semalam pun have fun maen badminton dgn cousin kat kampung, siap boleh buli aku pulak tu.
Hampeh la B. Tapi Ayang tetap sayang B.

Nak tempek print screen zaman memadu cinta, tapi tak feeling la pulak sebab B letak gambar Kapten Piya jadi profile pic. Potong la B (^______^)



p/s: sgt buruk bila org tua layan jiwang (T______T)


Perpisahan Abadi


21 NOVEMBER 2012 (7 Muharram 1434)


Perjalanan terakhir seorang insan kerdil menghadap Penciptanya. Pulang ke asal dari mana dia diciptakan. Cek dah pergi, buat selamanya. Meninggalkan suami, anak + menantu, cucu cicit serta sahabat handai yang akan selalui merindui ketiadaannya.

Pasti kosong rumah di kampung. Sunyi. Kebelakangan ini cek tak berupaya lagi berjalan sendiri tanpa bantuan anak cucu, Jadi, sampai sahaja di kampung mesti masuk bilik cari cek. Cium tangannya, cium pipinya. Bertanya khabar, walaupun kadang-kadang cek lupa siapa yang sedang bercakap dengan dia.

Sungguh, bila menatap wajah Ku, hati aku kosong. Tiba-tiba datang sayu, tapi tiada air mata. Wanita itu yang dinikahi 62 tahun lalu. Terlalu banyak suka duka bersama. Paling sayu saat Ku menatap jenazah cek, sempat dia menutur "Arah, aku ampun semua dosa-dosa mu. Aku halal segala makan minum mu. Aku redha semua atasmu".

Tuhanku, sedang suaminya redha atas insan ini, ampunkan segala dosanya Ya Allah, kasihani dia, tempatkan dia di kalangan hambaMu yang Kau kasihi Ya Allah.

Sempat kami hadiahkan ayat-ayat suci, bekalan untuk cek di sana. Sempat menatap wajahnya kali akhir, mengucup dahi. Cukuplah sebagai pengubat rindu, kerana kita takkan berjumpa lagi buat selamanya.

Alhamdulillah, urusan pengkebumian cek tidak rumit. Bermula saat dibawa ambulans pulang ke rumah, anak cucu mengaji bersilih ganti, saat dimandikan, dikafan, diusung ke pusara, ada ramai anak cucu membantu. Alhamdulillah, semua dipermudahkan. Pengalaman yang sangat menginsafkan bila kehilangan orang yang rapat dengan kita.

Familiku, saat kalian kenangkan arwah, matanya yang tidak tertutup rapat saat tubuh berbalut rapat kain putih dari hujung kepala hingga hujung kaki, ingatlah kalian. Mungkin dia teringin melihat anak-anaknya bersatu. Hidup berkasih sayang. Yang muda hormat pada yang lebih tua, yang tua kasihkan yang muda. Redhakan pemergiannya kerana akhirnya, kita juga akan kembali ke sana, cuma tak tahu saatnya bila.








Al-Fatihah buat Tengku Zaharah Bt Tengku Muda.
Semoga Cek dikurniakan Jannah, Amin.



Bertunang - Alahai Photographer 2




MY INBOX

Masuk office pagi Selasa minggu lepas, bukak fb, tgk2 ade message noti. (kantoi pagi2 bukak fb kat office =P).

Ade orang tanya pasal photographer majlis tunang aku. Hah? Pehal pulak ni? Aku bermonolog sendirian. (Gaya novel tak penulisan aku?) Ceh.
Tak habes lagi rupanya kisah abang photographer bertuah aku ni. Kalau korang blur, kena baca cerita photographer ni dulu. Dah baca? Bagus ^________^



'ANGRY' KAKAK

Aku dapat custom album tu 4 Nov. This 'angry' kakak drop a message in my inbox on 6 Nov, Selasa. Korang baca sendiri la. Panjang lebar conversation kitorang. Siap bersambung hari Khamis pulak. Pompuan. Bila dah gossip.

P/s: That's me. Talking to a totally stranger. Macam dah kawan 8 tahun. Ehee ^________^


 
Click pic for larger image ^_____^

 


Click pic for larger image ^_____^



As for me, it's a big relief since I got my album safely and satisfied with the outcome (despite of prolonged period to have it in my hand). Ok la kan dari tak dapat langsung. Syukur sangat.

But as for that 'angry' kakak, kesian la dia. Aku buat album tunang aje. Aku pilih pakej yg below RM1k. Tapi carilah kat mana2 pun, pakej photography for wedding takde nye korang jumpa yang below RM1k. Siapa tak marah dah bayar beribu, lambat siap. Bak kata kakak tu, dari kawen sampai nak terberanak dah. Dah siap, boleh salah pulak.

Paling tak menahan, ada gambar aku dengan B dalam album akak tu. Apa kejadahnye? Bila masa pulak kami menempel?

Dan abang photographer boleh dengan rasa tak bersalah bagi macam2 alasan tak logik. Nak edit balik yang salah tu, berapa bulan lagi baru dapat?



PENGAJARAN

Kadang2 benda ni nasib jugak. Bukan tak berhati2. Tapi bila dah photographer ada page fb sendiri, dalam tu pulak dah berpuluh wedding album. Mesti la rasa confident.

Tengok pulak bangsa kita. Takkan la buat camni sesama kita ye dak? Nak nak pulak orang yang beragama. Takkan simply2 nak makan duit haram camtu. Yes, truth is damn hurt. Tapi itulah realiti.

Kalau kita fikir logik, orang yang business in this line, apa faedahnya menipu? Dapat la bawak lari duit orang let say RM2k/customer. Pastu buat camtu dekat 2,3 orang. Setakat dapat 5,6 ribu, lepas tu orang dah tau. Kena pindah randah. Tak boleh bisnes kat tempat yang sama dah.

Big question mark.........WHY?

  • FB page got 600++ like. Very big network connection. Good promotional job.
  • Very talented photographer. Hasil kerja dia outstanding.
  • Very attractive persona. Kalau korang tgk cara dia sembang, dengan handsomenya, dengan muka suci + kain pelekat + songkok macam baru lepas sembahyang, the way he hold the camera then cakap "ni tak jual, camera cari makan", korang takkan expect langsung!
  • Lapangan photography yang menjanjikan kesenangan.
  • Kerja yg santai + kreativiti = Kaya.
Tengok jela pakej2 wedding, engagement, cukur jambul, konvokesyen. Semua nak professional photographer utk capture special moments tu.

Orang tak kisah berhabis duit asalkan puas hati. Especially momen2 yang takkan berulang lagi. Once in a lifetime. Tapi, orang2 yang tak amanah ni, derang sanggup tabur pasir dalam periuk nasik sendiri. Tak paham aku.

Bagi pengguna macam kita pulak, please, please, please remember!!

1. Jangan bayar habis!
Jangan sekali-kali bayar habis untuk servis macam ni. Make sure bayar half dulu ke. Another half, bila barang dah ada kat tangan. (Thanks so much abang long for remind me. Sayang abang long.) Please take note because this is very important. Confirm2 nasib aku macam kakak ni kalau aku bayar masa event ritu. Sigh.

2. SURVEY, SURVEY & SURVEY
Sentiasa survey pakej2 camni. Biar ambil masa. Takpe. Cari awal2. 6 bulan sebelum event ke. Jangan macam aku. Tengok berapa ramai customer dia ada. Baca komen2 dekat page tu. Amacam rensponse customer, diorang puas hati ke tak. Of course la admin akan delete komen2 yg tak membina kan. Tapi mana tahu kebetulan time orang complain kita sempat terbaca ke. Tanya kawan2 yang dah kawen. Pakej mana yang ok. How's their experience. Harga macam mana. How's the photographer treat them during event day. Kita ni bukan model kengkawan. Kalau photographer macam tunggul, main klik klik aje, tak ajar cara pose, hancur la gambar kita jawabnya. Pastu tanya berapa lama boleh siap album tu. Kalau dah ada 2, 3 pakej yang kita berkenan, bolehla compare and choose our best choice.

3. Simpan Resit
Pesanan 'angry' kakak to me. Sebagai bukti kita dah buat payment. Kalau transaction online, senang boleh print transaction record tu. Macam 'angry' kakak tu, bila dia ugut cakap nak report polis, baru abang tu ada effort nak siapkan album. Mungkin terkocoh-kacah sangat tu yang tempek gamba aku + B dalam album kakak tu. Happada.


4. Contact person.
If possible, dapatkan lebih dari seorang contact person. At least, kalau tak dapat reach yang sorang tu, boleh call yang lain. Biasanya photographer jarang yang lone ranger. Diorang biasanya ada team. Bila sorang, tak menang tangan sebab business camni, customer ramai. Nak pergi photoshoot lagi, pilih gambar lagi, nak edit lagi, buat album lagi.

Last but not least, nak tau gambar mana yang aku berkenan sangat sampai aku pilih photoghrapher ni?
Bukannya rumah aku ada lampu dinding cenggini pun. Sama macam korang. Aku pun tak paham.


Bertunang - Alahai Photographer





FLASHBACK

Aku nak tunang lagi lebih kurang sebulan time tu, so aku survey2 photographer kt dalam fb. Senang sket nak cari area2 Kemaman jek. So aku pun menjejaki kawan2 dalam fren list aku yang dah kawen, tgk album kawen diorang. Nak tgk cantik ke tak. Stalker tak aku neh??

Kalau ikut budget aku, aku nak je suh sape2 amek gamba tunang aku. Tapi masa tu orang2 yang aku kenal yg ada DSLR sendiri, semua belum professional lg + belum familiar dgn custom album.

Aku berkenan dengan 1 photographer ni. Gamba2 dalam fb derang cantik je. So, aku pun contact abang ni.



Click pic for larger image (^_^)


P/s: Berani mati tak aku ni? 9 Jun tunang. 10 May baru terhegeh-hegeh cari photographer.

 

9 JUN

Dipendekkan citer, aku nak bertunang dah hari ni. Sebab mini pelamin dah dipasang sehari sebelum, pagi tu aku rilex2 je sebab majlis aku pun lepas Zuhur. Famili bakal mertua pun gerak dari Kuala Krai, so estimate dalam pukul 2 ptg jugak baru sampai Kemaman.

Pukul 12.00 tepat photographer sampai. Dua orang. Both guys. Terkezut tengok aku belum make up lagi. Aku cakap la famili belah lelaki lambat lagi sampai. Tapi dah sampai tak kan nak balik kan. Aku suruh minum2 dulu. Diorang cakap alang2 dah minum, baik amek gambar hantaran dulu.

Derang pun terjah barang2 hantaran.

Dalam pukul 12.30 Kak Leya a.k.a mak andam pun smpai. Photographer tak dibenarkan masuk bilik sebab aku takmau bertudung masa make up. Rimas!

Tengah make up tu Kak Leya bukak cerita.


"Ilah amek R*** ke jadi photographer?" "Ha'ah, nape kak?" "Lah, nape amek dia? Tau tak dia pernah bawak lari duit orang beribu-ribu, pastu album tak siap. Dulu kalau nak tau, dia bukak kedai dekat C*** L******. Tapi sebab banyak tipu duit orang, dia pun tutup kedai dia kat situ." "Lah, ye ke kak? Mana saya tau, saya pun cari kat fb".
Bayangkanlah debaran aku tyme tu. Dah la tgh make up. Nak bertunang kejap lagi nih. Tetiba dapat tau pasal benda2 camni. Duit 2nd punya hal. Tapi kalau dia lesap camtu, gambar aku camne?

P/s: Aku bukan tunang 14 kali setahun!


OUTDOOR

Actually, masa aku request nak ada outdoor session tu, aku cuma nak tangkap gambar kat luar rumah je. Yela, luar rumah ada pokok2 bunga hape. Aku duduk balik pokok bunga. B nyorok belakang pasu. Kira outdoor la tu. Sekali photographer tu ajak kami pegi outdoor kat pantai. Murah hati betul.

Rasa over pun ada. Aku tunang je pun. Nak outdoor segala, bukan boleh pegang2 pun. Tapi dek kerana kemurahan hati abang2 photographer tu, kitorang ikut jugak. Dan hasilnya.................................






  




Ni semua gambar yang 'raw' abang tu bagi kat aku 2, 3 days after event . Belum touch + buat apa2 lagi. Even belum edit, aku dah sangat suka hasilnya. Memang teruja banget nak tunggu custom album tu siap.

Photoshoot tu sangat enjoy sebab:-

  1. Abang tu sabar gila mengajar aku yang kayu ni posing. Abang tu cakap, B pandai posing. Siot la B.
  2. Tempat outdoor tu, heavenly beautiful.
  3. Abang tu amek byk giler gambar. Aku dgn B dah penat, abang tu cakap sikit lagi, sikit lagi. Bukan selalu bertunang dik.
  4. Photographer sgt professional + sporting habes.
Even orang yg tak biasa bergambar, berposing macam aku pun boleh enjoy the session. Best abang photographer tu.

P/s: Dah memang keje dia camtu.



BAYAR HABIS

Berakhir je sesi photoshoot kami hari tu, abang photographer tu mintak bayar habis balance payment dia. Aku ingat nak bayar je. Masa tu penat + aku sangat happy + bahagia + abang tu sgt99x baik yang tak membenarkan akal logik aku merasa suspicious walaupun aku dah di'warning' Kak Leya awal2 tadi.

Aku baru nak amik wallet dalam kereta, masa abang long (abg ipar aku + along + adik aku semua datang. Derang bikin derang pny photoshoot sendiri) tanya aku.

"Angah nak bayar habis ke?"

"Ha'ah. Nape abang long?"

"Sorry, just nak cakapla. Selalunya benda2 camni, orang akan bayar once hasilnya dah ada dalam tangan. Especially service macam ni. Bukan apa ngah, abg long takut dah bayar habis, lambat dapat album tu nanti. But still, up to you la." Tu dia, speaking bagai abg long aku.

Aku pun dengan konpidennye cakap kat abang tu " abang, as per our deal la k. Saya dah bayar 60%, sekarang saya bayar 20%, another 20% saya bayar bila album siap k. Bila boleh dapat album ni?"

"Hmm, tak pasti. Sebab ramai lagi yang menunggu ni. Ikut turn la".

P/s: ~~Pitam~~




5 BULAN


We still tak dapat album tu.
Tanya kat fb, suruh call admin.
Phone tak angkat.
Message tak reply.
Dahla abang ni tak ada kedai kat mana2.
5 bulan & we still tak dapat album tu. Putus asa dah kami cari abang photographer.
Until one day masa kami tengah sibuk cari anak kerbau yang  dicuri (yg ni stori entri lain ye), ada call dari photographer nak jumpa kat rumah. Nak bagi album.
Dia pun bagi album, B bagi balance duit then abang tu pass album.
Selamba dia cakap tukar no dah. Hello. kot ye pun, awak orang bisnes. Dah tukar no update la customer.
Paling best, dia tak say sorry pun sebab lambat.

Tapi takpe. Balik rumah, tgk album tu ramai2.

Alhamdulillah. Hasilnya sangat superb! Dengan tak sampai 1k yang kami bayar, dapat album yang sangat comel. Cover warna putih. Ada gambar B dgn aku kat cover depan + belakang.

Pueh hati.

P/s: So, kami maafkan abang photographer walaupun dia lambat.


Bila Orang Buat Kita Marah



Bila orang buat kita marah,
Tenanglah, mungkin kita ada buat salah. Jadi kita patut dimarahi.



Tapi, kalau kita rasa kita takde buat kesalahan pun,
Tenanglah, mungkin kita ada silap yang tak disedari. Jadi kita patut ditegur.



Tapi, kalau kita takde buat silap pun,
Tenanglah, orang itu mungkin lebih tua. Jadi dia layak dihormati.



Tapi, kalau dia lebih muda @ sebaya,
Tenanglah, mungkin kita pernah menyakitinya sebelum ini. Renungkan dosa2 lampau kita.



Tapi, jika kita rasa tak pernah berdosa kepadanya,
Tenanglah, fikirkan kebaikan yang pernah dia buat untuk kita sebelum ni. Jadi kenanglah kebaikannya.



Tapi, kalau dia tak pernah berbuat baik pada kita,
Tenanglah, manusia ini lemah. Jadi ia selalu diselubungi Amarah.



Tapi, bagaimana jika insan ini insan yang mampu menggoyah kedudukan kita,
Tenanglah, kedudukan itu sementara. Redha Allah kekal selamanya.



Tapi, bagaimana jika insan ini mengganggu periuk nasi kita,
Tenanglah, rezeki itu hak milik mutlak Allah SWT. Allah yang lebih berhak atasnya.



Tapi bagaimana jika ia memfitanah, kredibiliti kita tercalar,
Tenanglah, ikhlaskan hati menerimanya. Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ وإِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ
"Kepadamulah semata kami beribadah dan kepadamulah sahaja tempat kami memohon pertolongan" (Al Fatihah : 5) Source:
ustaznaim.



Tapi, jika perbuatannya memberi kesan pada hati nurani kita,
Sabarlah, Allah bersama kita. Al-Quran sebagai senjata mukmin.
Lafazkanlah:-


Source: DuasfromtheQur-an


Ada orang buat saya marah T_______T


 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol