Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Bila Orang Buat Kita Marah



Bila orang buat kita marah,
Tenanglah, mungkin kita ada buat salah. Jadi kita patut dimarahi.



Tapi, kalau kita rasa kita takde buat kesalahan pun,
Tenanglah, mungkin kita ada silap yang tak disedari. Jadi kita patut ditegur.



Tapi, kalau kita takde buat silap pun,
Tenanglah, orang itu mungkin lebih tua. Jadi dia layak dihormati.



Tapi, kalau dia lebih muda @ sebaya,
Tenanglah, mungkin kita pernah menyakitinya sebelum ini. Renungkan dosa2 lampau kita.



Tapi, jika kita rasa tak pernah berdosa kepadanya,
Tenanglah, fikirkan kebaikan yang pernah dia buat untuk kita sebelum ni. Jadi kenanglah kebaikannya.



Tapi, kalau dia tak pernah berbuat baik pada kita,
Tenanglah, manusia ini lemah. Jadi ia selalu diselubungi Amarah.



Tapi, bagaimana jika insan ini insan yang mampu menggoyah kedudukan kita,
Tenanglah, kedudukan itu sementara. Redha Allah kekal selamanya.



Tapi, bagaimana jika insan ini mengganggu periuk nasi kita,
Tenanglah, rezeki itu hak milik mutlak Allah SWT. Allah yang lebih berhak atasnya.



Tapi bagaimana jika ia memfitanah, kredibiliti kita tercalar,
Tenanglah, ikhlaskan hati menerimanya. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
"Kepadamulah semata kami beribadah dan kepadamulah sahaja tempat kami memohon pertolongan" (Al Fatihah : 5) Source:
ustaznaim.



Tapi, jika perbuatannya memberi kesan pada hati nurani kita,
Sabarlah, Allah bersama kita. Al-Quran sebagai senjata mukmin.
Lafazkanlah:-


Source: DuasfromtheQur-an


Ada orang buat saya marah T_______T



No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol