Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Muharram 1434H


Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Makkah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Mihajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta


SELAMAT TAHUN BARU

Salam Maal Hijrah.
First Announcement: The Union of Islamic Communities of Spain and Islamic Commission of Spain announce that Thursday, November 15, 2012, is the first day of the month of Muharram, Islamic New Year 1434. Source Islam Espana.

Kalau tak sure jugak, boleh refer Makkah Calendar =)


CUTI

So, esok secara rasminya, mostly negeri2 kat Malaysia ni cuti la kan. Kecuali negeri2 yang tak amek. Ada ke yang tak amek?

Kami quite beruntung la, even private company, in fact Austria based company, Islamic holiday kitorang dapat jugak. Kira bersyukur la kan utk kita yang non-gov servant ni =)

Sebagai Muslim, tak eloklah kalau kita cuma concern pasal cuti je masa awal Muharram ni kan. Sama macam perayaan lain jugak. Aidilfitri, Aidiladha, Maulud Nabi. Kena tahu + hayati cerita di sebalik peristiwa. 


PERISTIWA PENTING

Maal Hijrah adalah peristiwa penting bagi umat Islam. Rasul junjungan kita berhijrah dari Kota Makkah ke Madinah Al-Munawwarah. Tahun Rasulullah SAW berhijrah ni jadi pemulaan kiraan kalendar hijrah.

Banyak kisah tentang Hijrah Rasulullah, kalo aku start karang nanti, entri ni akan jadi terlalu panjang. Kalau korang malas beli buku, korang google je hokkey =)


Tahukah korang?
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharam – Dinamakan hari ‘Asyura’. Sunat puasa pada 10 Muharram. “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (HR. Muslim) Source: Ulamasunnah.
Sempena tahun baru ni jugak, jom baca Doa akhir tahun dan doa awal tahun ni. Semoga kita selamat sepanjang tahun ni. Doa akhir tahun tu, lepas Asar hari ni dah boleh baca. Sengaja aku post doa ni dalam entri lain. Aku plan nak put all du'a + zikir under satu label. Senang nak cari.


SIMBOLIK

Satu lagi perkara penting berkaitan hijrah yang bagi aku umat Islam akhir zaman ni terlepas pandang ialah simbolik Hijrah itu sendiri. Pernahkah kita fikir, adakah Rasulullah lari kerana bahaya atau ancaman kafir Quraisy? dan kenapa pula Rasulullah perlu takut mati?

Rasulullah tidak mengejar kuasa atau harta. Semua tu tak ada nilai bagi baginda. Sudah pasti baginda tidak mengutamakan diri sendiri selain kepentingan umat Islam semata-mata. Penghijarahan baginda adalah perintah Allah SWT. Setiap perbuatan baginda adalah wahyu.

Lebih tepat lagi, ianya sebagai panduan agar umat akhir zaman berterusan melakukan hijrah. Hijrah dari segala aspek kejahilan & negatif kepada celik ilmu & segala aspek positif. Hijrah dari kufur kepada syukur.

Hijrah itu sendiri adalah satu jihad.

Jom kita berhijrah, setiap hari, setiap bulan, setiap tahun, sampai kita mati.


AZAM TAHUN BARU

Sempena tahun baru 1434H ni, aku berazam nak :-
  1. Nikah
  2. Mantapkan business pusat tuisyen aku
  3. Jaga kesihatan (include tamao skip breakfast lagi + amek suppliment + jogging at least 2x seminggu, hahah verangan sangat kan)
  4. Lebih tegas dengan financial plan.
  5. Datang office awal, lalala....
  6. Besarkan rumah.
Tak payahla banyak2, takut tak terbuat. Tahun depan kalau panjang umur, kita review balik tercapai tak azam2 kita tahun ni.


No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol