Pelik tak title entri ni?
Ape hal tetiba anak cikgu jadi isu pulak ni.
Tak. Aku bukan cikgu yang bakal melahirkan zuriat yang bakal bergelar anak cikgu.
Jauh sekali anak seorang cikgu.
Abah dulu bekas kontraktor aje, sekarang dah tak berkerja. Mama pun tak kerja lagi sekarang. Duk rumah layan Adam & Hawa ^____^
Bukan apa, pagi tu aku masuk opis akauntan aku bagitau. Hari ni result UPSR kuar ilah. Rupanya anak saudara dia amek result hari tu. My other colleague pun ada anak yang amek UPSR tahun ni. Dalam parents yang masih dalam mood meng'apply' sekolah yang bagus untuk anak masing2, mana yang anak nak masuk Form 1, Form 4, calon SPM pun masih belum merdeka lagi, sesuai la rasanya nak menulis tentang ini sekarang.
STRAIGHT 'A'S
Aku pernah mention dulu yang aku ada Pusat Tuisyen sendiri. Masa Pusat Tuisyen Nurin Nur belum ada lagi (aku start Sep 2011), demi mencari sesuap nasi (ceewah), aku buat part time as personal tutor. Maknanya, aku pergi ke rumah student dan mengajar personally. Students plak aku rembat semua, dari Darjah 1 sampai Form 5. Budak2 kolej yang nak amek MUET pun aku ajar jugak. Bergantung pada permintaan.
Masa aku gerak as personal tutor, aku ada 3 orang students SPM tahun 2011. Two boys + a girl =). Sebenarnya diorang duk asrama, so weekend baru aku pergi rumah diorang. Alhamdulillah, 2 daripadanya (a boy, a girl) dapat straight 'A's dan sorang lagi walau tak dapat straight 'A's, resultnya masih membanggakan. That boy yang dapat straight 'A's akan further study ke Jepun buat engineering course. Yang pompuan pulak pergi France, maaf aku tak pasti dia further course apa. Last but not least, yang sorang lagi tu pulak dah pergi Mesir. Dia buat dentistry.
Aku bukan nak cakap aku yang superb mengajar. Alaa, aku ngajar 2,3 subjek je pun yang mana yang lemah. Aku cerita pasal diorang ni sebab aku perasan 1 persamaan pada 3 orang budak excellent ni.
Mak diorang FULL TIME HOUSEWIFE~~~
Since their moms are so free, selang dua hari diorang akan call, update perkembangan anak diorang.
"Ilah, anak akak balik minggu ni, datang rumah ye."
"Ilah, Bio dah naik sikit A- tapi kira ok la dari sebelum ni. BI je still rendah lagi."
"Ilah, R****** top 5 kat sekolah periksa baru ni."
"Ilah, budak ni nak engineering pulak. Kalau nak buat medic akak nak hantar Mesir."
Macam tu la excitednye all these mommies menghapdate pasal anak diorang kat aku. Aku tumpang suka je. Anyway, aku tak contribute banyak pun, Budak2 ni memamng pandai + rajin + masuk sekolah bagus yang tentunya cikgu-cikgunya pun bagus2.
Tapi sempatlah aku terfikir dalam kepala otak aku ni, perhaps budak2 yang mak mereka stay at home memang bagus2 camni. Tapi aku ignore je teori ni sebab mungkin cuma satu kebetulan je mak diorang duk rumah & anaknye pulak memamng pandai. Lagipun berapa kerat sangat students aku ada untuk membuktikan kesahihan teori aku nih.
PUSAT TUISYEN
Since last September officially aku bukak Pusat Tuisyen Nurin Nur. Kat sini aku boleh reach lebih ramai students dibandingkan masa aku mengajar dari rumah ke rumah. Bila dah makin ramai, terpaksa la aku hire tutor. Masa tu aku boleh nampak dengan lebih jelas perbezaan perkembangan budak2 yang ibunya berkerjaya a.k.a makan gaji dengan budak2 yang ibunya di rumah @ berkerja sendiri. Especially students yang 10 tahun ke bawah. Aku pun start analyze perangai diorang. Bukan semua camni tau. Kebanyakannya la.
From my observation:-
For 'working' moms -
anak2 biasanya cepat matang. Kecik2 dah pandai berdikari.
Kalau yang tuisyen tu lebih dari seorang, abang @ kakak yang paling tua salalunya sangat protective terhadap adik2nya.
Dalam pelajaran, selalunya sederhana.
Kurang sket semangat bersaing. Dia sibuk pergi kelas sebelah jenguk adik2 dia jek.
Anak2 yang both parents are working selalunya financial family diorang sangat kukuh. Jadi anak2 akan nampak mewah, suka beli jajan merepek malam2, suka belanja kawan + bawak gajet pelik2 datang tuisyen. Budak2 ni siap pakai Samsung la, Sony la, iPhone la.
Miss Principal a.k.a Cikgu Ilah + advisornya Cikgu Hafiz pakai hanset cikai je (T____T)
For 'staying at home' moms -
Anak2 biasanya childish sket. Manja.
Dalam pelajaran, selalunya excellent.
Kuat bersaing. Selalunya mommies diorang dah monitor pencapaian diorang sejak kecil lagi. Kalau anak sulung, they have to be the highest achiever in the family. Kalau adik2 pulak, kena at least sebagus abang + kakak diorang @ lebih bagus lagi.
Anak2 yang mommy nya aren't working selalunya financial family biasa2 aje. Jadi anak2 pun sederhana aje. Tapi dah perangai budak2, diorang akan tumpang tengokk kawan2 yang bawak gajet pelik2 yang kat atas tadi tu main game.
Sekali lagi, Miss Principal a.k.a Cikgu Ilah + advisornya Cikgu Hafiz pakai hanset cikai je (T____T)
Korang jangan salah faham pulak. Bukan bermaksud ibu yang berkerjaya ni tak bagus, tapi kita boleh bezakan pencapaian anak2 dan biasanya ia sangat obvious. Aku bukan cakap kosong, I've been part of their life and I'm trying so hard to see their improvement.
Kadang2 budak2 ni akan cerita dekat aku rutin harian diorang kat rumah bila parents takde. Selalunya because both parents were not at home, anak2 akan penuhkan masa dengan kelas. Habis skool tengahari duduk nursery dulu, biasanya diorang belajar mengaji. Dari nursery pergi kelas fardhu Ain, kalau ade aktiviti kat sekolah, pergi skool semula. Malam pulak tuisyen.
Aku hairan, bila masanya budak2 ni rest.
Suka aku ingatkan sekali lagi that I'm not judging anybody. In fact, kalau dipanjangkan umur, InsyaAllah kalau aku jadi dah jadi mommy nanti, aku pun akan jadi mommy yang berkerjaya jugak. B tak prefer aku kerja, so dia janji kerja kuat2 supaya aku boleh duduk rumah membesarkan body + shopping online (ok, yang last tu aku tokok tambah). B suruh aku beranak ramai2 + jaga anak. Ok, melalut dah. Enough about me.
CEMBURU
Berbalik kepada tajuk entri, aku tak taulah korang tapi zaman sekolah dulu aku selalu jeles dengan anak-anak cikgu. Kenapa?
- Kalau recess diorang mesti tak makan dengan students kan. Diorang makan kat kantin guru. Lauk2 cikgu pun confirm lagi sedap, lagi bersih. Makan pun tak payah bayar, mak bayar.
- Datang sekolah pun dengan mak. Dah sampai mana ada stop kat luar pagar, jalan kaki macam orang lain. Terus masuk naik kereta sampai depan dewan. Kira nasib baik mak dia tak berhenti depan kelas. Kalau hari hujan, boleh nampak orang lain basah lencun, diorang rilex je kering. Mak hantar depan kelas lah katakan. Datang lambat pun tak kena denda.
- Kalau nakal kengkadang cikgu pun tak marah sangat. Cikgu pun segan dengan mak bapak diorang. Tapi tu certain2 cikgu la. Kalau cikgu yang tak makan saman, marah jugak. "peduli hape aku ko ank cikgu ke, anak PM ke" kata cikgu tersebut. Hehe.
- Selalu lepak kat bilik guru. Siap gossip dengan cikgu lain pasal students lain. Wah wah. Sila panggung kau ya!!
Paling syok anak cikgu BI. Aku dulu zaman sekolah English bodoh sket. So, aku selalu bayangkan kalau mama adalah seorang teacher, mesti hari2 aku refer homework aku kat dia. Mesti tak payah spend 5jam++ buat satu essay. Mesti word2 yang aku tak tau aku tak payah bukak kamus. Aku tanya dia je. Zass!! Dapat jawapan. Hoho. Bahagianya.
Tapi mama aku bukan teacher. So, aku pun berbaik2 dengan teacher2 aku kat sekolah. Habis teachers yang ngajar aku jadi mak angkat aku. Dengan principal sekali jadi mak angkat aku. Hamekaw. Teacher Hanisah + Teacher Salma, I love u ^____^
ANAK CIKGU
Dulu (alam persekolahan), kalau aku ada kenal anak cikgu yang pencapaian akademik dia biasa2 je, aku sangat geram kot. Korang tak belajar dengan mak korang ke? Wei, kalau mak bapak aku cikgu, aku dah lama mempergunakan diorang untuk kepentingan aku. Kena ajar aku semua benda yang aku tak tau.
Kalau mak aku ngajar subjek Sejarah, aku nak suruh dia cerita satu2 semua bab yang ada dalam buku teks tu. Kalau dia cikgu Math, aku nak buat beratus-ratus soalan pastu bagi dia tanda. Kasi dia pening. Kalau dia cikgu English, umur 14 aku nak speaking 'London' berhabuk dah. Tengok citer omputih tak payah baca subtitle bawah. Heh.
Lagi best kalau mak @ ayah kita ajar killer subject cam Add Math ke, Fizik ke. Pehhh... Umur 15 aku dah jadi saintis dah. Wooha @__@
Tapi kini bila dewasa ku mula sedar betapa mimpi hanyalah suatu permainan jiwa insan dalam kesepian (koya lagu Ella).
Dekat pusat tuisyen aku ramai jugak anak cikgu. Anak2 diorang biasa aje. Tak terlalu genius tapi tak terlalu slow (maaf, aku memamng ada high expectation pada anak cikgu, tak tau kenapa. Maybe sebab mak bapak dia cikgu kot). Takpe, yang penting mereka komited belajar. Kadang-kadang cikgu-cikgu ni datang mengadu (aku yang mengadu pasal anak diorang dulu). "Macam nilah Ilah. Kita ni cikgu, kita ajar anak orang. Tapi anak sendiri tak sempat nak ajar. Sibuk."
Yezza. Aku rasa aku dah dapat jawapan kepada persoalan2 yang ada dalam kepala aku masa dulu-dulu. Kenapa anak-anak cikgu tak sepandai mak bapak diorang? Sebab parents diorang SIBUK!! Suka diingatkan sekali lagi, bukan semua.
Barulah aku perasan. Aku asyik gunakan anak cikgu untuk jadi subjek perbandingan sebab orang2 yang dekat dengan aku dulu, biasanya anak cikgu je yang ibunya berkerja. Yang lain biasanya mak diorang kat rumah. Isu sebenar kat sini ialah sama ada ibunya wanita berkerjaya atau tidak. Bapak tak masuk buku, sebab bapak memang kena carik duit untuk bagi makan korang. Tahukah korang amat besar perbezaaannya antara mempunyai ibu yang berkerja dengan tidak. Bab ni aku sangat yakin sebab aku adalah salah seorang anak yang pernah melalui keduanya.
GURU PERTAMA
Dulu, masa kecik2 life kitorang normal jek. Pagi2 abah pergi kerja, mama duduk rumah. Masa tu cuma ada aku + along aje. Pagi, breakfast. Pegi sekolah abah hantar. Kadang2 naik motor, kadang2 naik traktor. Bawak bekal RM1. Those yang lahir late 80's mesti sempat lagi syiling emas seringgit yang berat tu kan. Kena kepala benjol. =) Balik sekolah abah amek. Abah masuk kerja balik.
Dah siap mandi, makan, pakai tudung, pergi mengaji pulak. Balik mengaji, haa this is the best part, mama dah siap2 dah kat rumah. Buat apa?
Dia dah tanda semua page dalam kamus bergambar yang aku kena hafal maksud dia. Cara dia camni. Aku baca dalam 10 minit lepas tu tutup buku. Mama akan tulis word English dia, aku tulis makna dia.
Ruler --------> Pembaris
Eraser ---------> Pemadam
Pastu tukar, mama tulis in Malay, aku pulak tulis English words dia. Ini untuk tujuan spelling.
Pembaris ---------> Ruler
Pemadam ----------> Eraser
Aku kena buat 1-2 page tiap2 hari. Tak boleh banyak2, takut lupa. Sweet sangat mama. Maths pulak, mama lipat kecik hujung page dalam buku kerja yang dia nak suruh aku buat. Aku baru darjah 1 kot masa tu, tapi aku kena buat 50-100 soalan sehari. Tapi aku seronok. Sebab buat dengan along, lumba siapa lagi cepat siap, siapa lagi banyak betul (opkos la kakakku), paling best siapa yang dapat betul semua. Dapt kiss mama + dapat request nak makan nasik lauk apa malam tu. yumyum ^____^
Petang, main sampai lebam.
Maghrib, kena naik rumah sebelum abah balik. Mandi, makan, pergi mengaji sesi malam pulak. Sesi malam ni penat sket, sebab orang ramai. Kena tunggu lama. Balik mengaji, abah + mama teman buat homework. Pastu tengok cerita P.Ramlee. Biasanya cerita P.Ramlee sambung lepas berita dunia jam 10. Kitorang mesti tidur dulu pastu pesan mama dengan abah suruh kejut lepas berita dunia habis. Sedar2 dah pagi, dalam bilik. Tak sedar pun bila abah dukung masuk bilik. Sambil siap2 nak pergi skool, tanya mama camne ending cerita P.Ramlee semalam. Hehe.
My mama is the one who:-
- thought me how to read & write.
- thought me all English basic words.
- being my first Math teacher.
- reward every single achievement.
- told me that knowledge is everything.
My abah is the one who:-
- carry along & me during chilhood to bedroom everynight without fail.
- thought me how to perform Solah.
- thought me how to recite Al-Fatihah & Ayatul Qursi
- thought me how to solve fraction + percentage questions.
- thought me how to read a clock.
- thought me how to drive.
P/s: Thanks mama. Sampai hari ni angah tak lupa camne nak spell 'tounge' dengan 'elephant' ^____^
FASA KEHIDUPAN
Langit tak selalu cerah. Kena ingat tu. When I was 11 years old mama terpaksa berkeja. Well, the rest is history.
Kami masih kira beruntung sebab ada abah temankan kami kat rumah, cuma bila mama kerja, semua jadi lain. Sangat berbeza dengan masa mama full time jaga rumah.
Tak mau ingat kisah lama dah sebab sekarang bila anak2 dah kerja, kami dah simpan mama kat rumah balik. Teman kitorang tengok Adam & Hawa ^___^
Percayalah, anak-anak kita tak perlukan guru terbaik, mereka cuma perlu seorang ibu di rumah.
No comments:
Post a Comment