Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Bertunang - Alahai Photographer 2




MY INBOX

Masuk office pagi Selasa minggu lepas, bukak fb, tgk2 ade message noti. (kantoi pagi2 bukak fb kat office =P).

Ade orang tanya pasal photographer majlis tunang aku. Hah? Pehal pulak ni? Aku bermonolog sendirian. (Gaya novel tak penulisan aku?) Ceh.
Tak habes lagi rupanya kisah abang photographer bertuah aku ni. Kalau korang blur, kena baca cerita photographer ni dulu. Dah baca? Bagus ^________^



'ANGRY' KAKAK

Aku dapat custom album tu 4 Nov. This 'angry' kakak drop a message in my inbox on 6 Nov, Selasa. Korang baca sendiri la. Panjang lebar conversation kitorang. Siap bersambung hari Khamis pulak. Pompuan. Bila dah gossip.

P/s: That's me. Talking to a totally stranger. Macam dah kawan 8 tahun. Ehee ^________^


 
Click pic for larger image ^_____^

 


Click pic for larger image ^_____^



As for me, it's a big relief since I got my album safely and satisfied with the outcome (despite of prolonged period to have it in my hand). Ok la kan dari tak dapat langsung. Syukur sangat.

But as for that 'angry' kakak, kesian la dia. Aku buat album tunang aje. Aku pilih pakej yg below RM1k. Tapi carilah kat mana2 pun, pakej photography for wedding takde nye korang jumpa yang below RM1k. Siapa tak marah dah bayar beribu, lambat siap. Bak kata kakak tu, dari kawen sampai nak terberanak dah. Dah siap, boleh salah pulak.

Paling tak menahan, ada gambar aku dengan B dalam album akak tu. Apa kejadahnye? Bila masa pulak kami menempel?

Dan abang photographer boleh dengan rasa tak bersalah bagi macam2 alasan tak logik. Nak edit balik yang salah tu, berapa bulan lagi baru dapat?



PENGAJARAN

Kadang2 benda ni nasib jugak. Bukan tak berhati2. Tapi bila dah photographer ada page fb sendiri, dalam tu pulak dah berpuluh wedding album. Mesti la rasa confident.

Tengok pulak bangsa kita. Takkan la buat camni sesama kita ye dak? Nak nak pulak orang yang beragama. Takkan simply2 nak makan duit haram camtu. Yes, truth is damn hurt. Tapi itulah realiti.

Kalau kita fikir logik, orang yang business in this line, apa faedahnya menipu? Dapat la bawak lari duit orang let say RM2k/customer. Pastu buat camtu dekat 2,3 orang. Setakat dapat 5,6 ribu, lepas tu orang dah tau. Kena pindah randah. Tak boleh bisnes kat tempat yang sama dah.

Big question mark.........WHY?

  • FB page got 600++ like. Very big network connection. Good promotional job.
  • Very talented photographer. Hasil kerja dia outstanding.
  • Very attractive persona. Kalau korang tgk cara dia sembang, dengan handsomenya, dengan muka suci + kain pelekat + songkok macam baru lepas sembahyang, the way he hold the camera then cakap "ni tak jual, camera cari makan", korang takkan expect langsung!
  • Lapangan photography yang menjanjikan kesenangan.
  • Kerja yg santai + kreativiti = Kaya.
Tengok jela pakej2 wedding, engagement, cukur jambul, konvokesyen. Semua nak professional photographer utk capture special moments tu.

Orang tak kisah berhabis duit asalkan puas hati. Especially momen2 yang takkan berulang lagi. Once in a lifetime. Tapi, orang2 yang tak amanah ni, derang sanggup tabur pasir dalam periuk nasik sendiri. Tak paham aku.

Bagi pengguna macam kita pulak, please, please, please remember!!

1. Jangan bayar habis!
Jangan sekali-kali bayar habis untuk servis macam ni. Make sure bayar half dulu ke. Another half, bila barang dah ada kat tangan. (Thanks so much abang long for remind me. Sayang abang long.) Please take note because this is very important. Confirm2 nasib aku macam kakak ni kalau aku bayar masa event ritu. Sigh.

2. SURVEY, SURVEY & SURVEY
Sentiasa survey pakej2 camni. Biar ambil masa. Takpe. Cari awal2. 6 bulan sebelum event ke. Jangan macam aku. Tengok berapa ramai customer dia ada. Baca komen2 dekat page tu. Amacam rensponse customer, diorang puas hati ke tak. Of course la admin akan delete komen2 yg tak membina kan. Tapi mana tahu kebetulan time orang complain kita sempat terbaca ke. Tanya kawan2 yang dah kawen. Pakej mana yang ok. How's their experience. Harga macam mana. How's the photographer treat them during event day. Kita ni bukan model kengkawan. Kalau photographer macam tunggul, main klik klik aje, tak ajar cara pose, hancur la gambar kita jawabnya. Pastu tanya berapa lama boleh siap album tu. Kalau dah ada 2, 3 pakej yang kita berkenan, bolehla compare and choose our best choice.

3. Simpan Resit
Pesanan 'angry' kakak to me. Sebagai bukti kita dah buat payment. Kalau transaction online, senang boleh print transaction record tu. Macam 'angry' kakak tu, bila dia ugut cakap nak report polis, baru abang tu ada effort nak siapkan album. Mungkin terkocoh-kacah sangat tu yang tempek gamba aku + B dalam album kakak tu. Happada.


4. Contact person.
If possible, dapatkan lebih dari seorang contact person. At least, kalau tak dapat reach yang sorang tu, boleh call yang lain. Biasanya photographer jarang yang lone ranger. Diorang biasanya ada team. Bila sorang, tak menang tangan sebab business camni, customer ramai. Nak pergi photoshoot lagi, pilih gambar lagi, nak edit lagi, buat album lagi.

Last but not least, nak tau gambar mana yang aku berkenan sangat sampai aku pilih photoghrapher ni?
Bukannya rumah aku ada lampu dinding cenggini pun. Sama macam korang. Aku pun tak paham.


No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol