Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Aku Pun Tengku


KERABATKAH AKU?

"Sultan adil sultan disembah, Sultan zalim sultan disanggah."
Cerita hitam putih dulu-dulu banyak dialog cenggini kan. Aku pun Tengku. Tapi aku haram tak pernah masuk istana pun. Lalu depan istana selalu la. Dah nama kampung aku pun Pekan Bandar Diraja.

PM kita sekarang dan ayahandanya arwah Tun Abdul Razak pun asal Pekan jugak. Hehe. Saja nak highlight.
Sebab pangkal nama aku ada Tengku, dari kecik aku familiar dengan soalan camni :-

"Kenapa nama awak Tengku? Awak anak raja ke?"

Atau ayat camni, "Cikgu letak nama awak Tg je dalam name tag ye. Sebab panjang sangat"
Pernah sekali tu, student pelatih yg aku bawak pegi camping "Tg. tu ape komander? Tanjung ek?"
Ko hengat hape? Tanjung Puteri? Tanjung Jara? Siti Tanjung Perak??


BUKA CERITA

"Abah, kita ni raja ke?" Abah senyum. "Bukan".

"Abeh tu yang nama Tengku tu?"
"Ada darah raja mengalir dalam diri kita ni. Keturunan kita dulu-dulu. Tapi kita bukan orang istana".
"Tapi abah pernah makan nasik dengan Sultan abu Bakar tau, masa abah kecik-kecik dulu. Mak Ngah Yam tu anak angkat dia (aku tak kenal mak ngah Yam). Sultan selalu la suruh dia masak kalau-kalau terasa nak makan nasik kat rumah dia. Alkisahnya, pernah la abah merasa Sultan sendukkan nasik dan lauk dalam pinggan abah."
Pastu abah pun pot pet pot pet citer pasal Tuanku masuk pasar beli ikan tak ambil duit baki la, berdaulat la, macam2 lagi la sampai penat dengar.
Kagum giler aku dengar citer abah. Masa dulu tu aku kagum sebab abah dapat makan nasik saing (orang Ganu je tau ape tu makan nasik saing) dengan Sultan. Sekarang baru aku kagum bila fikir betapa humblenye baginda Sultan dgn rakyat marhaen.



ORANG PENTING

Cerita abah tak habis kat situ je. Abah bukak cerita lagi. Dia cakap tahun 1970an dulu, negara asyik berkabung aje. 1973, seniman agung P.Ramlee meninggal dunia. Korang taula betapa feymesnye P.Ramlee. Tahun 1974 Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang pulak mangkat. Dari cerita abah, orang Pahang memang sayang sangat dengan sultan diorang, Sultan Abu Bakar. Last sekali, 1976. Tun Abdul Razak pula meninggal sebab leukemia (Abah sangatt obses dgn Tun. PM dia paling sayang). Seorang lagi pemimpin berjiwa rakyat. Abah kata, dalam masa terdekat, tiga orang tokoh pergi.
Manalah I tau abah, masa tu I pun tak idup lagi. Nasib baik ada abah tolong cerita =)


SUATU MASA

Aku pernah tengok betapa abah berang bila imuniti Raja-Raja Melayu dihapuskan. Perkara ni adalah rentetan daripada peristiwa Prebet Adam dan arwah adiknya. Kalau nak tau baca sendiri.

Source: awieomar.blogspot.
p/s: baca dgn niat mengetahui sejarah. Tak payah nak menghukum-hakam.

Maybe sebab abah ni ada darah kerabat kot, sebab tu la dia bengang sangat. Sampai sekarang dia still aim sesetengah pemimpin tu sebagai pengkhianat bangsa. Menangguk di air keruh. Mengambil kesempatan dari tragedi yang menimpa adik Prebet Adam tadi yang membawa kepada penghapusan imuniti Raja-Raja Melayu. Well, everybody can have their thoughts rite.

Musim tu semua channel TV duk ulang-ulang cerita Hang Tuah, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Singapura Dilanggar Todak dan banyak lagi filem Melayu lama zaman purbakala yang meng'highlight'kan kezaliman Sultan-sultan Melayu dahulukala. Lagi zalim watak sultan dalam cerita tu, makin keraplah cerita tu diulang tayang. Tapi, tak boleh nak salahkan sesiapa kan. Sejarah tak dapat nak kita ubah.

Betapa bengangnya jiwa kanak2 aku masa tu tengok Sultan suruh org belah perut wife Laksamana Bentan sebab makan nangka dia. Seulas pulak tu. Happadaa. Sebelum terlupa, Seniwati Maria Menado yang berlakon sebagai perempuan malang yang perutnya dibelah tu ialah Permaisuri Pahang, permaisuri kepada Sultan Abu Bakar. Hah, berani kau Pak Maun belah perut permaisuri.

Just my 2 cents, kadang2 kita akan decide sesuatu perkara tu berlandaskan keadaan dan situasi yang berlaku pada masa tu. Mungkin tindakan itu yg kelihatan paling sesuai pada masa tu. Mungkin kerana tu pemimpin pada masa itu bertindak sedemikian (bukan tindakan membelah perut sebab makan nangka ye, tapi tindakan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu).

Tapi terfikirkah kita impak yang lebih besar yang mungkin berlaku akibat tindakan kita tadi? Let say nasib bangsa dan agama kalau takde batu asas ynag jadi tugu simbol kedaulatan bangsa dan kesucian agama kita. Tak kisahlah mereka cuma simbol ke, function atau tak ke, yang penting kerana mereka ada orang luar tau yang tentang Ketuanan Melayu dan agama rasminya, ISLAM.

Tapi kita lebih berminat menghakimi orang, yang ni jahat, yang tu suka berfoya-foya, yang ini makan duit rakyat, tak buat kerja, zalim, bla bla bla. Seolah-olah kita lupa Tuhan ada. Tak payah bizi bodi lah nak mempertikaikan diorang. Tahukah korang mereka2 ni akan jadi antara yang terawal disoal di akhirat nanti. Rileks la. Diorang ada bahagian diorang. Kita ada bahagian kita.


ZAMAN SEKARANG


Sekarang kita dah ada Sultan yang back to basic. Aku salute Sultan Kelantan sekarang. Sultan Muhammad V. Islamik. Humble. Sangat berjiwa rakyat. Terharu aku tgk gamba ni. 


Sultan sendiri sembelih lembu, yang pegang tu Kapten TRW. Badhri Radzi.

Tambah-tambah terharu bila tahu Baginda Sultan jemput rakyat untuk Qiamullail sama2 dekat istana. Waa...

Diimamkan Sultan Muhammad V

Malah tolong menyempurnakan jenazah hamba rakyat.

Mulia sungguh hati tuanku.

Aku pun suka tgk Sultan Johor masuk kampung dengan Motorbike dia. Pernah tgk kat TV, masa Sultan masuk round2 Johor, ada satu mak cik ni dengan excited hulur air sirap kat Tuanku Sultan. "Tengku! Tengku!" Dia panggil. Mesti mak cik tu bangga giler dapat pass air sirap kat Tuanku.

Bagi aku, kalaulah Sultan-Sultan yang ada sekarang Sultan yang islamik, lantang memperjuangkan hak agama dan bangsa, immuniti Sultan-Sultan Melayu perlu dikembalikan. Penting bagi kesucian Islam terjaga. Pasti nasib bangsa terbela.

Dengan syarat Sultan itu sendiri akur bahawa dia pemimpin umat manusia, tidak membelakangkan ulama & tetap hadir sebagai hamba di sisi Pencipta. Kalau setakat nak bersultan di mata, beraja di hati, baik tak payah!


No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol