Minum Air Gula - 6th Check Up


6th CHECK UP (31st Dec 2013)


                Last day of 2013. Hari ni aku ada agenda penting sebelum tahun baru : MINUM AIR GULA. Dulu-dulu yang aku dengar, kalau mak bapak kita tak ada any Diabetic history tak payah minum air gula ni melainkan kalau umur dah 35 above. Tapi sekarang tak kira mak bapak tok nenek sekalipun tak pernah ada diabetis, bila si ibu dah berusia 25 tahun ke atas, automatik kena check mana tau kot-kot kita ni diabetic during pregnancy. Dan macam aku yang dah kertu ni (nak wat camne, kawen lambat T_T ) terpaksalah minum air gula.

Pic source: kaskus

                Start pukul 10 malam semalam aku dah kena puasa. Memang seksa la. Sekarang aku faham kenapa ramai yang muntah masa sesi minum air gula ni. Bayangkan, perut dah kosong almost 10 jam, pastu benda yang mula-mula masuk tekak air manis yang likat pekat tu. Pagi ni, mula-mula sekali:-
ü  Kena amek darah dulu.
ü  Lepas tu minum air gula. Segelas pulak tu. Air kosong sikit je dia bagi.
ü  Pergi lab. Bagi urine sample dan tunggu result.
ü  Consult nurse. Check perut, timbang berat, check Hb (prick hujung jari).
ü  Pergi lab sekali lagi. Result Hb aku tadi rendah sket (dia dah turun lagi), kena check sekali lagi. Kali ni amek darah kat lengan pulak. Adoi.
ü  Consult doktor. Doktor cakap takde problem pun. Maybe Hb aku rendah sebab skip makan vitamin masa banjir ritu. Hb ni macam tulah, senang turun payah nak naik, kata doktor tu.
ü  Cucuk kancing gigi, 2nd dos.
Sudahnya macam tulah. Ke sana ke sini, patutnya nak masuk office lambat sikit, last-last terpaksa amek cuti half day jugak.

Air gula punya pasal.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol