Muhammad Hanif Zufar

Assalamualaikum mommies.
2nd day cuti. Hari ini anak syurga ateh lahir ke dunia. Ateh adopt baby ni dan sejak dua bulan lepas ateh dah start jaga dia punya bio mum. Hari ni Zufar lahir. Dah la sama dengan birthday maksu Izzah. Yay, dua celebration dalam satu hari. Nanti baby Zufar boleh sambut birthday sama-sama dengan maksu.



Selamat datang sayang. Semoga Zufar bawa bahagia yang sangat banyak pada keluarga kami. Baby Zufar prematured, so kena tahan kat spital dulu. Belum boleh bawak balik. Tak sabar nak main dengan baby (mengada, padahal Adam pun belum setahun lagi).
Aku sepatutnya ada baby checkup hari ni. Tapi aku cancel sebab nak jaga Adam. Hari Selasa baru pergi. Adam demam pulak hari ni. Kesian nengoknye. Tidur aje. Mujur aki ada. Selalunya kalau Adam demam tak sempat bawak pergi hospital dah baik. Aki yang tolong tawarkan, tolong jampi. Adam serasi betul dengan aki. Nanti mama mintak tolong aki baca doa untuk anak mama ye.

Tidur pun tak nak lepas stacker. Cepat-cepat sembuh ye anak mama.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol