Assalamualaikum. Hari Selasa ritu, tertunai dah hajat aku sekian lama nak buat makan-makan sikit untuk bebudak yang belajar kat tempat tuisyen aku tuh. Dah asyik bertangguh-tangguh dari tahun lepas. Hajatnya nak buat makan-makan kecil je di pusat tuisyen. Buat simple-simple. Mee hoon goreng, keropok goreng, air tea o. Best woo, makan ramai-ramai. Tapi susah jugak nak kumpulkan semua serentak, sebab ada hari yang derang takde kelas, masa pun tak sama.
So, kebetulan ateh dah bukak ABAH'S CORNER di Banggol Night Town dekat bandar Chukai neh, senanglah. Aku bawak je bebudak ni makan kat sini. Sambil melunaskan niat aku tu, boleh jugak bantu bisnes ateh =) Ateh pun baru sebulan lebih start bisnes. Kencang weh ^_^ Ni kira support bisnes anak-beranak lah. Sambil-sambil tu memantapkan aku punya mutual relationship dengan bebudak neh.
Bebudak ni tak banyak songeh bab-bab makan nih. Derang pun datang sendiri dengan motor memasing. Aku dah warning awal2, yang ada lesen dan dapat permission mak bapak jek buleh datang (kena saman teacher tak tanggung ye).
Terkilan jugak tak dapat bawak si comels yang kecik-kecik tu. Yela, kitorang pergi pun dah malam. Lepas habis kelas. Keselamatan diorang kat luar ni sape nak jamin ye dak? Esok sekolah pulak tu. Budak-budak yang dah besar ni takde hal. Aku tanya "ok ke balik lewat ni?" Selamba je jawab "balik rumah lepas balik sekolah esok pun takpe". Nasib korang bukan anak haku. Kalo anak haku memang korang tidur luar la jawabnya.
So, ni lah wajah-wajah kesayangan hamba. Disebabkan diorang ni jarak umur jauh dengan aku, tapi memasing dah besar panjang aku treat diorang macam kawan & adik aku sendiri. Bukan apa, biar diorang selesa belajar & bertanya. Aku zaman belajar dulu pun stress kalau cikgu garang-garang sangat neh =) Tapi disebabkan diorang ni nakalnya agak boleh tahan jugak, kadang2 tak jadi macam adik dah, macam anak pun ada.
Jom, berkenalan dengan my babies ^____^
|
Gabung 5 meja tu... |
|
Bincang2 nak makan apa. Masakan panas ada, lempeng ada, monster burger ada, western ada. Tempat kosong kat tengah tu reserve utk Cikgu Ilah & Cikgu Hafiz. |
|
Bunga dua kuntum ni, aku yg angkut datang. Tak dibenarkan naik motor sama jantan =) |
|
Muka2 yg kena paksa karaoke. |
|
Sekian sahaja meeting kita pada hari ini. |
|
Bila makanan mau sampai neh? |
|
Budak2 ni kalau dah sembang, start isu sekolah, dating, lahad datu, politik, macam2 lagi lah. Boleh tahan. |
|
"Adik manis, sapa mau makan lempeng nyior?" Kata abg teh. |
|
Tokey2 kedai. Bergabung, meletop!! |
|
"Terima kasey daun keladi, kalau sudi datanglah lagi" kata tokey kedai.
|
No comments:
Post a Comment