Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Cerita Nikah Kahwin II - Wedding postpone

               Hah, nampak ni. Amboi, tengok pada Daisypath memang tak berpada. Nampak tak bride tu nak sampai sangat2 dah dekat groom nyer.
                                    4 HARI LAGI AKU NAK KAWEN WEI!! 
               Betullah orang cakap, kita merancang Allah menentukan. Dan perancangan aku nak jadi isteri pada bulan Mac ni tak diizinkan atas sebab-sebab yang tertentu dan mungkin juga sebab-sebab lain yang hanya Allah yang tau =)
               Alkisahnya, ramailah cucu-cucu Tengku Mat & allayarhamah Tengku Zaharah nak nikah 2013 ni. Nak avoid 'traffic jam', kitorang dah susun cantik2 siapa nak kawen bulan berapa. Cek Long siap bilang dengan jari, ayah Chik kamu bulan 2, ilah bulan 3, Kak Wa bulan 5, Safiah bulan 6. Bajet cantik la tu. Planning tu bagus la kan, takut bertembung. Sekali ntahapahapa jadinya. Yang patut nak kawen bulan 9 tahun lepas jadi bulan 8 tahun ni. Yang patut Mei jadi Mac. Yang patut Mac pulak jadi Mei (haku lah tu, thehehehe).
               Aku seyes tau nak kawen bulan 3. B dah cakap, tamau tunggu lama2 dah. Huhu, gatal itu budak! Tapi abah cakap macam rushing sangat. Sempat ke nak buat semua dalam masa 3 bulan ni? Untuk yang dah kemaruk nak berumah dan bertangga macam aku dan B ni, opkos la sempat sangat-sangat kan... Awalnya, abah setuju dengan suggestion kitorang. Lepas belek2 date cuti sekolah, belek2 kalendar hijrah, demi kasih sayangnya yang tak sampai hati nak hampakan aku, abah pun bagilah date, 29 March bersamaan Hari Jumaat  hari nikahnya =)
                Date dah set, tapi kitorang main2 lagi. Busy kan awal2 tahun tengah set up tuition, dengan planning, student duk daftar lagi. Sekali cek long singgah rumah masa attend kenduri kahwin sepupu jugak dekat2 sini.
"KORANG DAH TEMPAH KAD KAHWIN BELUM?"
                Rupanya, bakal menantu cek long request nak cepatkan tarikh kahwin diorang bulan 3 jugak. Hah!Betul tak orang cakap, kalau orang tua awal2 lagi dah warning, konfem ada aral kat tengah jalan. Hadus, patutnya awal2 lagi dengar cakap abah. Takpe, no prob sebab kad belum tempah. Lagipun, kenalah bagi laluan kat mereka2 yang lebih senior. All the way nak sampai bulan Mei ni (date kahwin kami yang abah dah adjust), barulah ternampak banyak hikmahnya tak buat majlis kitorang bulan 3 ni. Bagus jugak tak jadi walaupun terpaksa merana 2 bulan lagi. Hamboih, 8 tahun boleh tunggu, 2 bulan takkan takleh kot ^_^

1st of all, abah cakap bulan 3 tu monsoon timur laut tak abis lagi. So, cuaca still tak menentu. Dia nak hujan , nak panas ikut suka hati dia jek. Ramalan ni dibuat abah aku awal tahun ritu. Masa orang still sibuk2 tengah banjir. Ni aku tengok elok je cuaca cerah, hari pun panas. Ceh.

Tetiba ramai giler sedara mara aku kahwin bulan 3 ni. Yang patut kahwin bulan 2 dgn bulan 5, dua2 jadi bulan 3. Huhu. Sampai sambut menantu buat sekali harung.

Bulan 3 cuti sekolah. Berebut-rebut dengan B2B lain nak tempah package bridal, kanopi, catering. Sampaikan satu date yang sama tu, 5, 6 majlis dalam satu kampung. Taktau orang kampung nak pergi mana satu.Huhu.

Kawan2 aku pun ada jugak nak kawin. Kalau sibuk duk pergi wedding orang, hape jadi wedding sendiri aku pun taktau.

Betul ke bulan 3 nak bubar parlimen? Tak bubar pun sampai sekarang. Aku sibuk nak kawin, kampung aku penuh bendera dacing dengan bulan. Huduh siot!!

Rushing beb, nak setel macam2 hal dalam 3 bulan. Memang tak sempat. Kerja lagi, tuition lagi, personal la, kereta buat hal, nak prepare for wedding. Memang hazab la.

Yang paling best, tempat yang sepatutnya aku pacak aku punya kanopi kenduri. Tadaaaaaa!!!!!!!!!!




Hah, kalau aku jadi kahwin bulan 3, kat sinilah korang menjamu nasik minyak aku. Harharhar!! Eloklah tu. Elok sangat.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol