Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Bukan Sempurna II

Salam readers =)

               Maafkanlah my emotion fluctuation dalam entri cerita nikah kahwin semalam. Bila aku baca balik, mood aku pun jadi bercampur-baur. Jap mood happy, jap mood marah. Faham-faham ajelah kalau dah makhluk yang namanya WANITA. Apapun, entri itu berniat baik. Tegurlah secara berhemah dan pandanglah semua perkara dari sudut positif. Kita bukan maksum. Pasti ada kekurangan di sana sini.
               Anyway, aku nak share satu cerita dengan korang. Kisah yang selalu diulang cerita oleh abah kat aku kalau aku tengan marah-marah kat sesapa. Kalau aku ada cerita kat abah yang aku tengah marah kat sape2 jek, orang tu perangai cambez2 jek, tiap kali tu lah aku akan dengan cerita ni.

               Kisah seorang wali dan seekor anjing. Alkisah, seorang wali Allah yang agak mahsyur di zamannya ketika itu sedang dalam perjalanan ke Masjid untuk solat Subuh. Sedang dia berjalan, ternampak pulak seekor anjing ni tengah duduk rilek-rilek kat tepi jalan. Usai ternampak oleh si wali ni tadi akan anjing yang sedang lepak kat situ, lantas dia menyingkap jubah yang dipakai agak tinggi. Bimbang terkena  anjing tadi la gamaknya. Husnuzon ye sahabat. Mungkin dia bimbang, kalau terkena anjing tu, nak samak bagai, menyusahkan dan melambatkan solat Subuhnya pagi itu. Barangkali.

               Tapi Allah itu Maha Mengetahui. Walau sebesar zarah terbit riak di hati wali agung itu, Allah S.W.T tetap tahu.


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". Al-Baqarah, 2:30.

               Dek kerana wali tadi telah mencapai makam rohani yang tinggi, maka teguran dari Allah tiba saat itu juga (Allah S.W.T takkan membiarkan hamba yang dikasihi dalam kealpaan). Dengan izin Allah, anjing tadi bersuara.
"Tubuhku kering, dan aku tidak melakukan kesalahan apa-apa".
               Hairan jugak wali tadi. Benarkah anjing ini bersuara, atau dia yang masih mamai di pagi hari. Anjing itu berbicara sekali lagi
"Wahai Abu Yazid, andai aku kering tidak mengapa, tapi sekiranya aku basah sekalipun engkau boleh menyucikan tubuhmu dengan air bercampur tanah tujuh kali. Tetapi engkau menyingkap jubahmu dengan kesombongan dan kebencianmu padaku, maka dari apa hendak kau basuh kebencianmu itu? Sedang air dari tujuh lautan tidak dapat menyucikan dirimu."
               Wali tadi cepat-cepat tersedar yang anjing tadi merasa terhina dan dia telah melakukan kesilapan besar. "Wahai anjing, benar katamu. kamu kotor secara lahiriah, tetapi aku kotor secara batiniah. Mahukan engkau berteman denganku dan kita sama2 menyucikan diri kita?". Wali itu cepat2 sedar kekhilafannya dan cuba menebus rasa bersalahnya dengan memohon maaf dari anjing yang kotor itu. Anjing itu lantas berkata "Kamu tidak pantas menjadi sahabatku. Semua orang menghindari aku, tapi semua orang menyambut kedatanganmu. Apabila bertemuku mereka melempari aku dengan batu, tapi menyambutmu bagaikan raja di kalangan mereka. Aku tidak punya sepotong tulang untuk hari esok, tapi kau mempunyai sekarung gandum untuk makanan hari esok." Anjing itu lantas berlalu. Tinggallah wali itu seorang di situ, menangis teresak-esak. Mengenang dosanya kerana tanpa sedar telah menghina sesama makhluk (hanya dalam hati) tanpa sebab yang jelas.
"Ya Allah, andai aku tak layak bersahabat dan berjalan dengan seekor anjing milikMu pun, bagaimana aku dapat bersamaMu yang Maha Agung dan Maha Sempurna?"
               Sahabat, itu cerita wali. Ahli Sufi. Hamba yang dekat dengan Allah. Solatnya beratus rakaat sehari semalam. Kita ini bukan wali. Jauh sekali nabi. Jadi dengan apa kita boleh merasa begitu sempurna? Sehingga kita membuta-tuli menghukum-hakam sana sini. Semua orang jahat. Semua orang jahil. Semua orang masuk neraka.

Sungguh kita ini bodoh!!
Pergi naik haji, kita rasa sempurna.
Solat 5 waktu, kita rasa sempurna.
Pakai jubah, kita rasa sempurna.
Bagi sedekah, kita rasa sempurna.
Puasa sunat, kita rasa sempurna.
Kahwin muda, kita rasa sempurna.

Suci kita ini. Sempurna kita ini. Maka kita layak untuk syurgaNya. Orang lain, biarkan diorang masuk neraka. Sape suruh jahat sangat? Macam tu? Wujudkah kesempurnaan bagi kita? Baik untuk kita, Jahat bagi orang.

Sesungguhnya, hanya disisiNyalah akan segala kesempurnaan itu. Wallahualam.

P/s: Ahli sufi dalam cerita ni ialah Kiyai Abu Yazid Al-Bustami.

2 comments:

  1. Assalamualaikum :) Jom jom visit blog Dibah, nak introduce produk best punya. Hihihi.

    1) http://dibahspa.blogspot.com/2013/03/natural-aqua-cure-gel-best-exfoliater.html

    2) http://dibahspa.blogspot.com/2013/03/jamu-asli-sihat-cantik-jamu-no-1-wanita.html


    Thank you Puan Bazilah :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, akan blog walking bila ada masa di rumah nanti. Selalunya tak layan blog bila kat office, amanah dengan masa & tanggungjawab =)

    ReplyDelete

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol