Assalamualaikum mommies.
Nak tengok tak result consultation dengan doktor hari ni?
Tadaaaa!!!
Hamekaw. Sampai penuh satu muka
surat doktor punya comment & recommendation. Memang banyak benar masalahnya with my 2nd pregnancy ni. But main problemnya ialah HB tu lah. Drop from 9.3 - 8.9 within 16 days dan sepanjang tempoh ni aku
tiap-tiap hari consume Iberet. Iberet ni consider multivitamin yang dah agak
tinggi kandungan zat besi dia. So, korang boleh bayangkan sendiri betapa
kroniknya masalah Hb aku nih. Iron tablet tak jalan, Obimin tak jalan, usaha
terakhir aku iaitu Iberet pun tak jalan. That’s it. Doktor Izza cakap, kalau
kes macam aku ni maknanya makanlah segala jenis ubat apapun Hb tu memang takkan
naik balik. Dia cakap makin besar baby, darah aku pun akan makin mencair. Dan
untuk avoid tumpah darah during labor, doctor suggest untuk aku ambil suntikan
Inferon selama 7 hari berturut-turut.
Aku ni bukanlah jenis yang takut
jarum, tapi dari cerita-cerita orang yang dah pernah kena suntikan ni, diorang
cakap memang sangat sakit (T_T). Apalah nasib aku ni. Aku rasa aku tak adalah
memilih makan sangat. Nasi memang aku makan banyak (sepanjang mengandung ni
memamg aku kuat makan), sayur pun aku makan, makanan laut aku bantai jek sebab
aku takde alergik makanan laut (resdung tu adalah, tapi demi makan aku abaikan
jek). So, apa masalahnye ek?
Sekarang ni, nak fikir pun dah
terlambat. Doktor pun dah suruh cucuk Inferon. Hadap jelah ek. Takut memang
takut, tapi demi baby harung jugalah. Haih.
Baby, please please please stay strong. Survive. Baby kena kuat semangat, sihat, dan keluar jumpa mama. The rest, leave it to
me. I’ll fight my hardest and always pray to Allah. May Allah ease our journey sayang.
Amin.
No comments:
Post a Comment