Assalamualaikum mommies.
Salam Jumaat dam moga mommies semua ceria selalu seperti jugak saya yang sedang teruja tunggu kedatangan baby baru. Hari ni dah 30 minggu tau.
Anak mama dah besar. |
From Baby Center, panjang baby sekarang lebih kurang 39cm (hah, pergi ambil pembaris sekarang). Berat lebih kurang 1.3kg. Lepas ni tumbesaran dari segi 'length' akan slow down tapi berat akan terus bertambah sampai dia lahir. Paru-paru dan sistem penghadaman baby dah hampir 'siap'. Mata dia mula bukak tutup, bukak tutup. Dan boleh membezakan cahaya (gelap dan terang), Subhanallah. Lebih comel lagi, baby sekarang dah ada kening dan dah pandai mengerdipkan bulu mata!!
Sekeliling baby sekarang ada lebih kurang 1 Liter air ketuban dan makin lama makin berkurang bila baby makin besar dan ruang makin sempit. Page ni pun ada warning tak lama lagi aku akan rasa sesak nafas, tapi jangan bimbang. Sebenarnya itu cuma rahim menekan diaphgram sebab baby dan makin besar dan perlukan lebih banyak space =) Chill baby!!
Pic source |
Done with baby's development. Sekarang nak cont. cerita pasal preparation menyambut baby pulak. Hari ni Adam tak ada. Dia ikut nenek pergi Puncak Alam semalam. Dah alang-alang berjauhan dengan buah hati, baik fully utilize masa free yang ada ni untuk perkara yang bermanfaat. Contohnya, KEMAS BARANG BABY.
Ingat lagi dengan storage box ni? Balik kerja tadi, aku buat operasi keluarkan semua barang-barang dalam tu,
basuh dan keringkan box tu. Bukannya kotor sangat pun, cuma berhabuk sikit. Kemudian susun balik barang-barang yang dah keluarkan tadi.
Then only I realize betapa banyaknya baju baby yang dah sedia ada dan barangkeperluan baby yang lain dah almost 95% lengkap. Mana taknye, Adam baru je 11 bulan
kot. Barang-barang dia masih baru dan tak luak pun. Baju Ammar dan Ummar masa
baby pun semua along dah wakafkan kat aku. Bayangkanlah betapa banyaknya baju baby aku ada. In fact, kalau my 2nd
baby ni babyboy jugak, aku cuma kena beli 2, 3 pasang je baju baru dan tak payah beli
apa-apa lagi dah. Fuh, untung jugak kalau anak rapat-rapat ni ek?
No comments:
Post a Comment