Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Give More, Expect Less

Assalamualaikum mommies.
Malam ni rasa macam nak memebebel kisah rumah tangga pulak. Hahai. Memang macam tak sesuai lah dengan pengalaman yang seciput dan usia perkahwinan yang tak sampai dua tahun ni. Tapi aku peduli apa, nak cakap jugak-jugak. Hihihi. Ibu-ibu semua anggaplah ini sekadar pandangan dari seorang isteri yang masih mentah tentang alam rumah tangga. Saya sekadar berkongsi cerita. Lebih kepada berkongsi pengalaman (yang tak seberapa tu).
Siapa kata alam rumah tangga itu indah? Saya. Siapa kata alam rumah tangga itu manis? Saya. Tapi tidak semestinya yang indah itu mudah. Belum tentu yang manis itu calang-calang cabarannya. Hendak menjadikan dua orang yang begitu asing secara biologikalnya, fiziknya, spiritualnya bersatu dan saling memahami bukanlah suatu perkara mudah. Hendak menjadikan kita secara rela berkongsi hidup dan sanggup berkorban untuk orang asing ini bukannya perkara enteng. Nah, di sinilah letaknya keindahan sesebuah perkahwinan. Bilamana entah bagaimana dua insan dari dunia serba asing ini cuba bertolak ansur, mengenepikan kepentingan diri, saling memaafkan kekhilafan satu sama lain demi mengecap satu nikmat, BAHAGIA.
Statistik menunjukkan kadar penceraian paling tinggi adalah di kalangan mereka dalam lingkungan usia perkahwinan 5 tahun dank e bawah. Tidak hairan dalam usia perkahwinan yang masih mentah, masing-masing mula menunjukkan ‘warna’ sebenar diri masing-masing, pasangan yang baru berkahwin merasa suka untuk mencari keserasian. Entah kenapa semula mula terasa tidak seindah sewaktu alam percintaan. Malah ada yang rasa sedikit tertipu dengan karakter pasanga yang langsung tidak sama sewaktu bergelar kekasih dengan semasa menjadi suami isteri. Yang rasa tertipu banyak juga ramai. Lumrah manusia, semasa belum memiliki secara mutlak itulah waktunya dibelai dipuja setinggi langit. Apabila sudah sah memiliki satu sama lain, nah; sudah mula tunjuk belang.
Coretan di atas adalah pendapat saya tentang alam perkahwinan secara general dan tidak dapat tidak sebagai golongan yang sudah berkahwin (usia perkahwinan pula belum mencecah 5 tahun) sedikit sebanyak saya turut merasa. Secara personal pula, ini cara saya untuk mengatasi konflik yang timbul; tidak kiralah isu besar atau kecil (sedangkan lidah lagi tergigit). Ingat! Kita tak dapat merubah orang lain, tetapi kita mampu membuat penambahbaikan untuk diri sendiri. Jadi, jom ‘upgrade’ diri!
1.       GIVE MORE, EXPECT LESS
Point ini saya pilih sebagai prioriti. Ini yang saya selalu cuba praktis dalam keluarga kecil saya. Sebagai wanita berkerjaya, saya selalu rasa dikerah sehingga ke sisa-sisa kudrat yang terakhir. Segala daya fokus telah saya habiskan di pejabat. Pulang ke rumah, seluruh tenaga, masa dan perhatian saya dedikasikan untuk suami dan anak (ketika menulis ini saya sedang mengandung anak kedua) sehingga rasanya tiada apa lagi yang tinggal untuk diri sendiri. Kadang-kadang bila melihat suami enak tidur ketika saya sedang berjaga, membelek telefon ketika saya sedang bergelut dengan anak, rasa kecewa, tak puas hati, marah, mula datang. Saya akan mula jadi pemarah, perengus.
Mama dan along terlebih dahulu melalui ini dari saya. Nasihat mereka mudah. Ikhlaskan hati. Cuba memberi sebanyak mungkin. Cari rasa bahagia ketika mencurah keringat untuk keluarga. Kalau boleh, jangan berharap apa-apa dari pasangan. When you expect something, and your spouse can’t deliver it dari situlah timbulnya rasa kecewa. Tapi apabila kita tidak mengharap apa-apa, apabila pasangan menghulur pertolongan, walaupun kecil dari situ terbitnya rasa syukur. Bak kata mama, “mama tak pernah suruh abah buat apa-apa. Kalau dia tolong, Alhamdulillah. Kalau dia tak tolong pun tak apa-apa.” Tapi mama bernasib baik, abah saya memang ringan tulang orangnya. Sesuailah macam yang abah pernah beritahu saya “kalau kita ikhlas, suatu hari keikhlasan itu akan kembali pada diri kita sendiri.” 
2.       SAY THANK YOU & SAY SORRY
Hargai sumbangannya. Walau sekecil apapun. Ucaplah terima kasih sebagai tanda kita ‘acknowledge’ apa yang pasangan kita buat. Dia pun akan rasa lebih motivated untuk lebih banyak membantu, In Shaa Allah. Put aside your ego. When you make mistakes, admit it. Then, say sorry. Pernah dengar  Dr. Muhaya dalam ceramahnya memberitahu beliau menjadikan rutin setiap hari sebelum tidur untuk ucapkan terima kasih sayang, kerana membahagiakan saya hari ini. Saya mintak maaf atas semua kesalahan saya pada awak hari ini sayang. Andai hari ini hari terakhir saya, saya harap awak dapat ampunkan semua dosa-dosa saya. Alngkah bagusnya kalau kita dapat buat macam ni tiap-tiap hari.
3.       FORGIVE & FORGET
Ini yang paling susah bagi saya. Untuk memaafkan itu mudah sebab kita sayangkannya, tapi nak melupakan tu yang payahnya. In next conversation I’ll raise up isu kelmarin yang belum habis terbuku dalam hati. Saya jenis yang suka luah dan confront, B jenis yang akan diam bila marah. In short term, cara B lebih bagus sebab setengah jam lagi saya akan lupa marah saya dan ok semula. In long term, saya akan kumpul semua perkara yang saya tak puas hati sebelum-sebelum ini ke persidangan seterusnya. Siaplah B!
4.       NEVER COMPARE
Baru –baru ini saya dengar ceramah Ust. Abdullah Khairi. Katanya suami kita bukan wali Allah. Suami kita hamba Allah. Hamba = ada kekurangan. Jika kita redha dengan kekurangannya, maka kita bahagia. Ya Allah kawan, janganlah membanding suami kita dengan suami orang lain. Kesian dia. Abah pernah cakap, “yang baik itu milik orang, yang buruk itulah milik kita. Lebih baiklah redha atas apa yang ditakdirkan Allah ke atas kita.” Tanya semula diri kita, adakah kita tidak redha dengan pasangan kita atau sebenarnya kita tidak redha dengan Allah S.W.T yang mentakdirkan  si dia untuk kita.
Dari satu sudut lagi, kalau tetap hendak membanding, bandingkanlah diri kita sendiri dengan isteri-isteri yang kita tahu lebih baik dari kita. Seorang isteri yang saya kenal, setiap pagi selama 11 tahun menjerang air panas untuk suaminya mandi. Seorang isteri yang saya kenal, selam 31 tahun tak pernah mengarah-arah suami atau meminta pertolongan suami tentang kerja-kerja rumah. Seorang isteri yang saya kenal, selama 32 tahun perkahwinan (sehingga akhir hayat) tak pernah makan berasingan dengan suami. Jika hendak membanding juga, bandingkanlah diri kita dengan wanita-wanita ini. Tetapkan standard yang tinggi untuk mencapai tahap solehah. Sentiasa cuba menjadi lebih baik dari semalamnya. 
5.       EXPRESS YOUR LOVE
Beritahu dia yang kita mencintainya. Mungkin tak berbalas, tapi tak mengapa. Fitrahnya sang lelaki, dia tidak pandai mengekspresikan cinta. Beritahu dia “andai hari ini saya tutup mata, awak takkan tahu betapa banyak cinta saya pada awak.” Beritahu dia “saya sangat mencintai awak, dan mahu menggapai syurga supaya dapat abadi di dalamnya bersama awak.” Lelaki tak pandai luahkan perasaan, jadi biar kita yang pandai ni buat. Saya menghantar whatsapp setiap hari kepada suami ketika dia di tempat kerja. Tidak kira sama ada berbalas atau tidak, saya tetap mengirim mesej, kata cinta, update kejadian di rumah, aktiviti anak-anak, gambar anak-anak sebagai ubat penat-lelah suami berkerja seharian. 
5 tips ini adalah apa yang saya CUBA dan MAHU buat. Bukan semuanya saya telah berjaya buat. Masih berusaha dan akan terus berusaha. Saya sering cuba belajar mengalah, cuba mengenang dan beritahu diri sendiri betapa baiknya dia berbanding saya. Betapa penyabarnya dia berbanding saya. Andai ada perkara yang saya tak suka dia lakukan, bebelan saya berlanjutan sampai setengah hari, tapi andai saya yang berbuat perkara yang tidak disukai dia cuma DIAM. Setiap hari saya bisikkan pada diri sendiri, saya bertuah memilikinya. Saya bertuah dia memilih saya jadi suri hidupnya. Terima kasih Allah kerna menjodohkan kami.
Sahabat saya, ibu-ibu yang penyayang. Setiap kali mahu terhambur kata-kata marah terhadap lelaki ini, pujuklah diri. Beritahu diri kita, suami kita manusia biasa. Asalnya adalah seorang yang asing bagi kita, tidak saling mengenali, tidak ada pertalian darah. Kemudian Ijab dan Kabul dilafaz. Dia mula mengambil alih tanggung jawab yang sebelumnya milik sang ayah. Dia yang mengerah keringat demi makan dan minum si isteri. Kadangkala ia terpaksa mengenepikan kepentingan diri demi memenuhi kemahuan si isteri. Dengan asbab menjadi isterinya, kita memiliki zuriat. Malah, dia mungkin diheret ke neraka kerana dosa-dosa kita. Maka tidak cukup alasankah untuk kita bertolak ansur sedikit dengan lelaki yang seorang ini? 
Gambar saya dan B yang paling feveret sekali. Adam belum lahir lagi masa ni.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol