Assalamualaikum mommies =)
Lamanya tak bercerita kan. Just get back from long maternity leave. 3 bulan tu. Kalau 3 bulan tu tak diguna buat apa-apa, jawabnya bekulah otak.
Kalau 3 bulan tu diguna buat membaca, agaknya dah berapa buah buku khatam.
Kalau 3 bulan tu diguna buat mula berniaga, agaknya dah mula nampak hasil.
Kalau 3 bulan tu diguna buat belajar foreign language, agaknya dah boleh bertutur sikit-sikit.
Tapi 3 bulan aku bukan diguna buat semua ni. 3 bulan ni aku cuba pulihkan badan (selepas melahirkan), get back in shape (tapi dah makin skinny bila beranak 2 ni, penat weh), luangkan sepenuh masa layan anak-anak syurga aku, dan paling penting........belajar jadi suri kepada rumah dan tangga En. Hafizuddin (walaupun realitinya rumah kami tak bertangga).
Tapi hari ni, tutup buku cerita masa, basuh baju, mengemas semua. Hari ni dah back to work. Selepas sekian lama, with all this GST things.
AKU BLUR.
No comments:
Post a Comment