Assalamualaikum Nini,
Hari Sabtu lepas, 9 Syawal abah telah pergi tinggalkan saya selamanya. Kalau Nini perasan, ada banyak entri-entri saya sebelum ni yang saya labelkan 'abah' kerana insan ini sangat istimewa dalam hidup saya. Saya tak pernah rasa kurang rapat dengannya walau sesudah kahwin, saya tak pernah segan untuk bermanja dan bergurau dengannya walau sudah anak dua.
Nini,
Semua terjadi sangat pantas. Petang Jumaat lepas ketika saya di ofis seperti hari ini, berkerja seperti biasa, saya dapat panggilan telefon yang abah diserang sakit jantung. Hati rasa bimbang, tapi saya pujuk diri sendiri "ah, abah akan survive seperti sebelum-sebelum ni. Abah kuat. Abah belum mahu tinggalkan kami." Sampai di rumah adik saya, saya lihat abah sangat resah, berjuang menahan sakit. Berkali-kali abah beritahu kami 'tunggu masa', tapi hati saya tetap berharap. Itulah perjuangan selama 14 jam yang paling hebat pernah kami saksikan seumur hidup kami. Dan untuk perjuangan yang sekali ini, abah tewas juga. Ajal telah datang menjemput. JanjiNya telah tiba.
Malam itu kami dipaksa saudara-mara untuk hantar abah ke hospital. Kami pegang pada janji. Abah nak menghembuskan nafas di pangkuan kami. Dia nak dengar anak-anaknya bacakan Surah Yasin. Abah selalu cakap hospital bukan tempat sambung nyawa. Pagi Sabtu itu bila abah koma, kami hantar juga abah ke hospital. Doktor cakap jantung abah sudah berhenti berdegup. Nadi juga tiada. Sudah agak lama oksigen tak sampai ke otak. Doktor sahkan abah habis umur waktu di rumah lagi, bersama kami. Seperti yang abah selalu mahu.
Alhamdulillah Nini, abah diisytihar meninggal pada 8.48 pagi Sabtu itu. Pukul 12.30 tengahari kami semua sudah dalam perjalanan ke kubur. Sangat singkat masanya dan dipermudahkan segala urusannya. Kami sangat bersyukur. Suami, abang ipar dan adik ipar saya sendiri yang memandikan dan mengkafankan jenazah abah. Kata mereka tubuh abah bersih, tak ada najis. Mungkin sebab abah sendiri dalam keadaan sakit malam sebelumnya sempat dipapah ke bilik air, mandi dan buang air sampai 2 kali. Betapa abah tak mau menyusahkan orang ketika menguruskan jenazahnya. Semuanya terlalu pantas sampaikan kami terpinga-pinga. Petang tu saya masih berfikir sendiri, Ya Allah, aku kebumikan abah hari ni. Aku tengok suami aku letakkan abah ke dalam liang lahad. Ya Allah, aku tak dapat tatap wajah dan dengar suaranya lagi selepas ni. Allah....

Saya sangat cintakan lelaki ini. Lebih dari dunia ini dan segala isinya. Saya pasti Allah lebih cintakannya. Abah selalu bercerita, dalam perjalanan menuju Allah, kita akan melalui tiga keadaan. Sunyi, hening dan rindu. Abah selalu rindukan Dia. Maka dalam perit, saya lepaskan dia untuk bersama Dia yang dirindui. Walaupun kini, saya pula yang tepaksa perit menanggung rindu. Saya buka kembali blog ini, banyak sungguh kenangan manis kami. Malah, sehari sebelum abah sakit saya sempat menulis entri ini. Entah kenapa kebelakangan ini, perbualan-perbualan kami 2, 3 tahun lalu asyik menerpa fikiran. Mungkin petanda abah akan tinggalkan saya.
Nini,
Armand dah pergi tinggalkan Nini. Abah pula tinggalkan saya. Saya pernah bagitau Nini, abah cakap banyak bezanya untuk syukur ketika ada, dan syukur ketika ada dan tiada. Saya syukur Nini. Syukur dipinjamkan abah pada saya selama 28 tahun ini. Syukur mengenali insan sehebat dia. Syukur pernah ditatang dan disayanginya. Dan bila saya punya suami dan anak-anak, abah curahkan pula kasih sayangnya pada orang-orang yang saya sayang.
Abah selalu kata kuburkan abah dalam hati. Jangan kuburkan di pusara. Semadikan jasad abah di tanah perkuburan, tapi semadikan kenangan di hati. Sungguh saya sangat rindukan dia Nini. Rindu nak lihat wajahnya, rindu lihat dia bermain dengan Adam, rindu dengar bebelannya. Rindu nak memeluk dia sekali lagi. Rindu ini akan saya tanggung sampai akhir hayat saya di dunia ini. Sekarang saya faham perasaan Nini. Perasaan ingin menjadi lebih baik, lebih solehah. Saya berdoa Allah S.W.T tidak memberatkan cinta hati saya ini dengan dosa dan khilaf saya. Saya mahu berusaha menggapai syurga sebab saya mahu berjumpa abah lagi di sana. Tapi,, untuk sementara waktu ini, damailah abah. Tenanglah di sana. Kami kirim doa dan bacaan ayat suci setiap hari hingga sampai satu ketika, kita akan ketemu lagi.
(18/07/1958 ~ 25/07/2015)
Al-Fatihah Abah.

No comments:
Post a Comment