Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Hati.

Assalamualaikum.

Beberapa tahun dulu ada sembang dengan abah. Tetiba abah ada sebut sesuatu yang buat diri ini tacing. Hari ni tetiba teringat. Sebelum lupa, tulis dulu kat sini. Coretan kenangan sepanjang hayat. Nak tau apa abah cakap? Abah cakap
Hati. Jangan sampai jadi istana syaitan.
Simple jek. Tapi menususk kalbu. Macam mana ek keadaaannye hati yang dah jadi tempat syaitan bersemayam ni? Abah pernah cakap, seorang insan walau sejahat mana pun dia, selagi dia tahu mana yang betul dan mana yang salah selagi itulah masih ada sinar iman dalam dirinya.
Maksudnya, bukannya orang beriman ni langsung tak buat salah. Tapi orang yang tinggi level imannya akan sedaya-upaya avoid dari buat benda yang salah dan berdosa kerana dia tau perkara itu salah. Dan orang yang rendah imannya pulak, meskipun dah tau perkara tu salah masih akan tetap buat perkara tersebut.
Bagi aku, kita tetap buat salah walaupun kita tahu perkara tu salah adalah kerana banyak faktor. Buat benda-benda yang salah ni amatlah seronok sebenarnya. Sebab itulah dikatakan dunia ini penjara bagi orang beriman. Sebab orang yang cintakan Ilahi, cintakan diri sendiri, takkan mampu biarkan diri mereka berbuat sesuatu yang konfem-konfem mereka tau salah, dengan sengaja. Suka-suka. Sebaliknya orang yang rendah tahap imannya seperti kita-kita ini, tiadalah daya kita mengekang nafsu dari berbuat perkara yang salah. (Please keep in mind, kita berbuat kesalahan dalam keadaan sedar bahawa perkara tersebuat adalah salah). Sebab lain kenapa kita keep berbuat salah walaupun kita tahu ianya salah adalah kerana kita rasa, kalau hidup ini asyik dikekang dengan apa yang betul dan apa yang salah, akhirnya kita takkan dapat mengecap apa yang kita hajatkan. Apa yang kita nak, kita takkan dapat. Sebab selalunya, kita selalu berkeinginan pada perkara yang salah. Pengalaman sendiri. Nikmat dunia ni kan terlampau luas. Terlalu indah. 

Itu kisah iman. Hati yang kelam tanpa iman pulak, kau buat salah tapi kau dah tak sedar langsung apa yang kau buat tu salah . Exclude orang yang buat salah kerana jahil ye. Tak tahu kerana masih belum belajar. Ini totally different case. Asalnya kita tau benda tu salah. Tapi ignore. Buat lagi, buat lagi dan terus buat. Sehingga rasa selesa. Sehingga yang salah jadi tidak salah lagi. Akhirnya yang salah itu jadi benar. Mulanya kita menipu diri sendiri, akhirnya kita mula percaya pada bohong yang kita reka. Salah jadi benar. Haram jadi harus. Sebab tu abah cakap, seburuk-buruk orang ni angah, andai dia masih sedar apa yang dia buat itu salah In Shaa Allah ada sinar untuk kembali ke pangkal jalan. Tapi kalau sampai tahap buat salah dan sampai tak sedar lagi apa yang kita buat tu salah, nauzubillah.

Hati. Jangan sampai jadi istana syaitan.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol