Assalamualaikum mommies =)
Sekarang ni, rutin aku pagi-pagi sampai je office aku bukak web MSN Malaysia dulu. Briefly tengok apa cerita menarik berlaku dalam negara dewasa ini (perlu ke ayat cenni?). It takes 5 minutes only untuk aku dapat idea sikit apa yang sedang berlaku di luar dunia kecil aku.
My small world = suami, anak-anak dan keluarga aku.Seronok web ni. Complete dengan entertainment world, food, healthy lifestyle semua dia update. Seolah-olah macam pagi-pagi tu ambil masa 5 minit untuk baca paper kejap. Kerana jujurnya, aku tak ada masa untuk lepak baca paper sambil minum kopi, malah tak ada masa nak singgah kedai beli paper pun. Kadang-kadang nak breakfast pun tak sempat.
Pagi tadi terjah-terjah je website ni terjumpa satu artikel ni. [LINK]. Artikel ni cakap USIA PALING SIBUK DALAM KEHIDUPAN ADALAH 29 TAHUN. Lebih kurang camtu bunyi translate dia. Kebetulan pulak dengan aku yang lagi beberapa hari jek lagi nak cukup 29 tahun, terasa macam kena je artikel ni dengan diri ini. Cewah.
Sedikit quote dari artikel ni:-
People are at the busiest time of their lives at the very end of their twenties because of more personal commitments, growing "life admin" and ever-demanding social media, according to a survey.
Twenty-nine has been identified in a study as the most hectic time for adults, challenging the assumption that the middle-aged are the most harassed and time-pressed age group.
Secara generalnya, age gap yang dikatakan paling busy adalah antara 25-34 tahun. Tak dapat dinafikan oleh aku sendiri, inilah usianya ketika kita sedang membina keluarga, memulakan berbagai komitmen (rumah, kereta, hutang, etc, etc) dan mula bertapak dalam karier. Ini semua adalah kritikal dan memerlukan fokus yang tinggi. Ramai yang merasakan berjaya atau tidak seseorang itu pada fasa usia ini, akan menentukan berjaya atau tidaknya beliau sepanjang hidup yang akan datang.
Ini waktunya yang kita semua sentiasa sibuk mengejar sesuatu. Mengejar masa, mengejar deadline di office, mengejar temu janji dengan pelanggan, mengejar kedudukan yang lebih selesa dalam kerjaya, mengejar gaji yang lebih tinggi, belum termasuk janji dengan suami/isteri dan anak-anak. Ini semua menuntut masa dan tenaga.
Secara peribadi, fasa paling sibuk dalam hidup aku ialah 23-26 tahun. masa ni aku kerja siang malam kumpul duit. Di usia 24 tahun aku sudah punya sebuah pusat tuisyen. Kesibukan berkerja menuntut satu perkara yang sangat berharga dari aku. Kesihatan. Masuk 26 tahun aku melangkah ke alam rumahtangga. Sibuklah aku belajar menguruskan suami dan rumahtangga pulak. Sejak 2014 hingga sekarang sibuk aku masih tak habis-habis lagi. Sibuk menguruskan anak-anak pulak.
Ini waktunya yang kita semua sentiasa sibuk mengejar sesuatu. Mengejar masa, mengejar deadline di office, mengejar temu janji dengan pelanggan, mengejar kedudukan yang lebih selesa dalam kerjaya, mengejar gaji yang lebih tinggi, belum termasuk janji dengan suami/isteri dan anak-anak. Ini semua menuntut masa dan tenaga.
Secara peribadi, fasa paling sibuk dalam hidup aku ialah 23-26 tahun. masa ni aku kerja siang malam kumpul duit. Di usia 24 tahun aku sudah punya sebuah pusat tuisyen. Kesibukan berkerja menuntut satu perkara yang sangat berharga dari aku. Kesihatan. Masuk 26 tahun aku melangkah ke alam rumahtangga. Sibuklah aku belajar menguruskan suami dan rumahtangga pulak. Sejak 2014 hingga sekarang sibuk aku masih tak habis-habis lagi. Sibuk menguruskan anak-anak pulak.
Kadang-kadang, dalam kesibukan 'mengejar' semua perkara yang sedang dikejar kita hampir terlupa pada sesetengah perkara. Perkara-perkara yang lebih bermakna dalam sisi kehidupan kita. Aku tak point dekat sesiapa, contoh terbaik adalah diri aku sendiri. 2 3 hari kebelakangan ni ada banyak tragedi yang berlaku dekat-dekat kawasan aku tapi aku tak tau pun.
Semalam, ada anak gadis mati didera keluarga sendiri [LINK]. Ini kawasan perumahan colleague aku. Tak ada siapa pun di kawasan perumahan tu yang sedar budak ni dah bertahun-tahun didera. Betapa sibuknya kita semua.
Hari ni, seorang mak cik meninggal lepas dipukul penyamun beberapa hari lepas [LINK]. Taman Baiduri ni cuma selang satu perumahan dengan kawasan perumahan aku. Sedih.
Bila datang office pagi ni, kawan-kawan sibuk bercerita barulah aku tahu hujung pangkal. Kalau tak, sibuk dalam dunia sendiri sahaja. Betapa sibuknya kita sampai tiada masa nak ambil tahu hal jiran tetangga. Jangan-jangan, jiran rumah sebelah pun tak kenal. Woopps!
Lagi satu hasil kajian, social media pun terlalu banyak menuntut masa kita orang muda. Telefon 24/7 di tangan. FB, Twitter, Ig perlu diupdate setiap masa. Berpada-padalah kita dalam bersosial di alam maya ni kawan. Ada seorang kenalan aku ni, saudara dia cakap kalau pampers anak londeh ke, botol susu anak tertinggal kat mana-mana ke memang dia kurang nak peduli. Adik aku pun pernah ternampak dia ni suruh suaminya isikan makanan untuk mak dan nenek dia masa kenduri. Bukan mak si suami ye. Mak dia. Mertua dia pun selalu komplen dia ni asyik duk main telefon jek. Tapi sebab aku kenal dia ni dan memang friend FB aku jugak, hampir setiap hari jugaklah gambar selfie dia menerjah wall aku. Huhuhu. Ngeri kalau jadi obses camtu. Tapi diri sendiri pun pernah jugak tengah-tengah duk ralit mengulit phone, tetiba mak tegur
Angah, pampers anak dah londeh!
Ouch!
No comments:
Post a Comment