Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Happy Birthday B, Happy Mother's Day To Me!

8th May, selamat hari lahir abang yang ke-29. Marks the end of your 20 series. Hihi. So, tahun ni last la boleh main-main dan berlagak muda lagi. Tahun depan kena berkelakuan macam orang 30-an pulak ye.
Saya bersyukur pada Allah setiap hari, dikurniakan awak sebagai teman hidup. Walaupun di awal perkenalan tak pernah menyangka awaklah yang Allah takdirkan untuk saya. Sayang doakan kita terus permimpinan tangan hingga ke Jannah. Sungguh, syurga Allah tidak murah. Maka tabahlah abang menghadapi segala dugaan hidup yang mendatang. Teruskanlah bersabar dengan karenah sayang dan anak-anak. Sesungguhnya, kami tidak sempurna.
Mama, Adam & Aisya sayang abah <3 <3 <3 
Pandang saya saje ye B. Sampai bila-bila. Jangan pandang pompuan lain. Hakhak.
Di kesempatan ni juga, nak ucapkan Selamat Hari Ibu pada mama dan ma. Angah doa kalau tidak sepenuhnya pun, kalau dapat mewarisi 70% dari ketabahan dan kesabaran mama dan ma angah dah rasa cukup hebat. Mama dan ma sumber inspirasi angah untuk terus memberi dan memberi untuk keluarga. Meletakkan keluarga sebagai keutamaan berbanding diri sendiri. Sesungguhnya, kamu berdua ibu yang hebat. Tiada kata-kata atau hadiah yang setimpal untuk menggambarkan kamu.
Ini wanita yang paling saya cintai di dunia ini.
Ibu Mertua yang sangat saya kasihi. Betui ni, bukan bodek. =) First love suami saya.


Al-fatihah Abah T_T

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol