Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Langkah pertama (Aisya Sudah Bertatih)

Assalamualaikum mommies.
Pagi tadi sedang siap-siap pergi kerja tiba-tiba tengok Aisya dah bertatih. Tapi dengan uminya. Excited sangat tengok. Dah agak dah Si Aisya ni macam dah nak berjalan sebab dia selalu bangun, meniti pegang kerusi meja, panjat sana panjat sini. Agak cepat sebenarnya compare to Adam. 13 bulan. Adam dulu 15 bulan baru boleh jalan. Sempatlah arwah aki tengok Adam bertatih 2, 3 langkah, jatuh. Bangun dan jatuh lagi. Tambah pulak dengan badan yang boleh tahan chubbynya. Memang nampak macam berat bontot sangat nak jalan. Hihi.
Orang tua-tua cakap budak kalau cepat bercakap, lambat jalannya. Aisya memang romeh mulut, banyak cakapnya. Tapi Alhamdulillah agak cepat jugak pandai jalan (sebenarnya lambat jugak, cuma lebih cepat compared to abangnya). As expected, mesti Aisya lagi cepat pandai jalan sebab Aisya merangkak masa umur 6 bulan, Adam pulak 9 bulan. Suka diingatkan di sini, progress anak-anak adalah perkara yang sangat bermakna bagi setiap ibu. Kerana kita sangat excited bila anak kita pandai merangkak, bertatih then berjalan. Sebab tu kita ingat every fact in detail ye. Kita ingat berapa bulan umur diorang masa mula-mula senyum, merangkak, berjalan, berlari. Bukan sebab nak sengaja nak compare anak yang ini cepat, anak yang ini lambat. Sebab setiap anak tu adalah berlainan fasa perkembangan mereka (wah, cakap macam pakar).
Back to our story, Aisya lagi senang disuruh berjalan dengan uminya. Kalau dengan aku, dia jalan macam nak berlari je lepas tu jatuh. Takpun, dia rendahkan badan pastu merangkak. Mudah, lagi cepat sampai agaknya. Pagi ni Aisya dapat 6 langkah. Quite an achievement. Tapi tak sempat nak ambik gambar. Mana nak pegang phone, nak galakkan dia jalan lagi, nak sambut dia lag. At last, tak snap gmabar pun. Malam baru dapat amik.
Hah, yang ni je ada. Seksi sikit sebab nak mandi. Kira bolehlah.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol