Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

First Time Adam Berdiri

Salam mommies. 

Hari ni hari yang best. Hari pertama kami nampak matahari lepas 2 minggu. Semoga hari baru membuka lembaran baru untuk kita semua. Esok pun dah nak masuk 2015. Kita tutup cerita suka duka 2014 (2014 tahun yang tragik. Flight hilang, crashed, Palestin diserang, banjir besar)  dan mendoakan yang baik-baik untuk 2015.

Today, Adam is 9 months and 21 days. He stands by his own for the very first time. I guess karpet hitam putih tu banyak betul influence Adam punya development. Sejak ada karpet bulu-bulu tu, Adam suka belajar merangkak (tak sakit lutut agaknya) dan rajin cuba-cuba berdiri. Kita pun takdelah bimbang sangat, kalau jatuh pun tak sakit sangat bila ada alas.

Tadi, Adam cuba-cuba berpaut pada meja jepun tu. Nak ambil gelas plastik hijau. Then, dia bangun. Lama jugak, about 15s sebelum jatuh terduduk atas tilam kat belakang tu. 

Sempat jugak capture that precious moment. Niatnya, nak tunjuk kat babah dia je. Tapi alang-alang, letak kat sini jadi kenang-kenangan. 





P/s: Next, tak sabar tunggu Adam bertatih pulak =)

5 Waktu

Salam mommies. 

2014 makin tiba ke penghujung. 2015 makin bertambah usia kita. Makin dekat jugak masa kita nak kembali pada Yang Maha Pencipta kan. Sila jangan perasan muda ya. Semalam along aku share dekat family W/app group pasal masalah-masalah yang akan dihadapi kalau tinggal solat 5 waktu. Dia relate dengan perubahan warna alam pada 5 waktu solat tersebut.

Aku rasa menarik, jadi aku nak share.





2014 Banjir Updates - All About Banjir (Part III)

Hari ke-4. Aku ajak jugak-jugak B keluar dan bawak Adam sekali. Tak tahan sangat dah terperuk di rumah beberapa hari.  Bukan tak bersyukur (ramai lagi yang masih tak tahu macam mana nasib diorang sekarang, especially di Kelantan), but I really need fresh air right now. Plus, teringin sangat nak makan Kit Kat (mengidam nak makan coklat sebenarnya, tapi tak sampai hati nak makan Cadbury, hihi).

Dah dapat yang diidam-idamkan tu, B bawak aku dengan Adam pergi Monica Bay. "Terima kasih B, tak pernah tolak permintaan saya........"













Nampak tak? Mula-mula ceria bukan main. Lepas tu dah mengantuk, muka pun dah tak manis =)

Hari ni kami dah balik rumah, Alhamdulillah. Kalau boleh tak nak menyusahkan ude dan umie lama-lama. Kesian umie nak kena masak untuk ramai orang. Semalam lagi abah dah balik kemas rumah dia sekali dengan rumah kami sekali. Haih. Rajin betul abah ni.




My ulat beluncas.
Adam with abah and abah teh. He's the happiest person to be back home.

2014 Banjir Updates - All About Banjir (Part II)

25 December
First day ramai-ramai tumpang rumah ude. Senyap-senyap ajak B keluar tengok camne keadaan latest. Asik duduk dalam rumah, otak jadi beku ooo.

Pintu gerbang Selamat Datang ke Negeri Terengganu. 
Jalan jammed teruk dek kereta yang berpusu-pusu, tak tau diorang ramai-ramai nak pergi mana.
Tengok air macam aku jugak kot.


Jalan Kemaman-Kuantan

Jalan Kemaman-Kuantan

Jalan Kemaman-Kuantan
 
Jalan masuk ke kampung aku. Lori je boleh masuk.

Another jalan masuk ke kampung aku. Dah penuh air.

Ada juga yang nekad masuk nak balik ke rumah.

Air laut pun kuning semacam je musim-musim hujan ni. Pantai Kuala Kemaman.
 Itu kisah kat luar rumah. Di rumah ude pulak, budak-budak seronok berkumpul ramai-ramai. Main sama-sama. Adam, Ammar, Ummar, Izzah, Syahmi, Khaleesa & Khairin.

"Saya makan ayam goreng"
"Ok, saya nak makan tembikai"
"Ok, kalau awak makan tembikai, saya makan pisang!!!"
With abah teh




"Tak nak main dah. Penat....."

Update: Penduduk Manek Urai dah mula berpindah naik ke atas bukit. Semua bangunan dah ditenggelami air.

26 December
2nd day di rumah ude. Aku tak bergerak ke mana-mana. Adam pun mama jagakan. I've had severe heart burn. Tidur aje. So, korang layankan ajelah gambar-gambar Adam ni.




27 December
Amaran gelombang ke-3. Keadaan di Kelantan semakin teruk dan sekarang Pahang pulak start dinaiki air. Those yang nak balik KL, ramai yang stuck dekat atas highway sebab highway pun banjir. Kereta semua tak lepas lalu. Kami masih di rumah ude. Keadaan di Kemaman makin ok.

Highway Temerloh
Sementara itu, di rumah kami........





Permata hati kami yang membuat kami tak pernah mengeluh walau seperit mana kami diuji.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol