Hi Mommies.
Hari ni hari Ahad. Tak keje. Hujan-hujan macam ni, apa pun tak boleh buat. Duduk umah sesaje. Update pasal banjir sikit. Setakat hari ni, hujan tak ada menampakkan tanda-tanda nak berhenti lagi. Semalam kami semua kecuali abah tidur rumah ude. Lepas tengok Final AFF Suzuki Cup M'sia VS Thailand (Malaysia kalah lagi, sob, sob) terus gerak pergi rumah ude. Bimbang rumah naik air. Tapi tak ada apa-apa, pagi ni kami semua dah balik rumah semula.
Rumah abah dah almost seminggu masuk air. Jadi semua lepak umah kami (termasuk abah, mama & Izzah) cuma abah duk asyik ulang-alik balik tengok-tengokkan keadaan rumah dia. Entah apa yang ditengok pun aku tak tau. Dia bimbang orang masuk pecah rumah agaknya.
Rumah abah dah almost seminggu masuk air. Jadi semua lepak umah kami (termasuk abah, mama & Izzah) cuma abah duk asyik ulang-alik balik tengok-tengokkan keadaan rumah dia. Entah apa yang ditengok pun aku tak tau. Dia bimbang orang masuk pecah rumah agaknya.
Inilah keadaan depan rumah kami. Tak banyak berubah banding dengan HARI TU. Sebabnya, bila hujan berhenti sekejap-sekejap, paras air pun turun. Bila dah start hujan balik, paras air pun naiklah semula. Ikut pengalaman kami yang lepas-lepas, kalau hujan lebat tak bertembung dengan air sungai pasang besar biasanya takkan banjir. Sebab anytime hujan berhenti, air akan mengalir cepat ke sungai. Tapi kalau dah paras air sungai pun naik, haih.... Paham, paham jelah. Tambah pulak dengan hujan tak berhenti.
Yang budak ni bukan tau apa. Tau nak susu, pastu tido. Tapi sedap kan tido time hujan-hujan ni. |
Jadual paras air sungai sepanjang December. |
Macam aku cakap tadi, hujan tu salah satu faktor yang menyebabkan banjir. Tapi main factor ialah paras air sungai. Biasanya, air akan start masuk rumah pada hari hujan lebat serentak dengan air sungai pasang (biasanya malam). Sebab tu kena selalu alert dengan high tide schedule macam yang kat atas ni. Kalau ikut jadual kat atas ni, start hari ni sampai malam 24 hb, tiap-tiap malam air sungai akan pasang. Means, anytime start tonite kami berkemungkinan dianda banjir. Kami semua sedang dalam debaranlah ni.
Kalau bagi sesetengah orang, musim hujan macam ni sedap memerap kat rumah. Buat preparation, kemas-kemas apa yang patut, letak tempat tinggi. Tapi kalau bapak saudara aku yang sorang nih, dialah yang paling rajin keluar (kalau tak dengan motor, dengan kereta) pastu update kat semua orang dalam w/app group laporan terkini pasal banjir. Walaupun kami tak keluar rumah, kami selalu dapat latest info pasal banjir. Kira macam CNN keluarga kitorang la ni. Dialah yang provide high tide schedule kat atas tu. Gambar tepi sungai ni pun dia yang bagi. Keadaan makin teruk nampaknya.
Ya Allah, kasihanilah kami. Ampunilah dosa-dosa kami T_T
Yang ni gambar semalam. |
Yang kat bawah ni pulak baru dapat tadi. Sungai Chukai.
No comments:
Post a Comment