Happy 9 months old anak mama!!
Hari ni Adam dah genap 9 bulan. Dalam entri-entri sepanjang bulan ni pun aku ada upload gambar Adam yang latest. Dah besar dak temok ni.
Entri 1. Entri 2. Entri 3.
Setakat 9 bulan ni, Adam belum boleh merangkak lagi. Masih takut-takut dan huyung-hayang lagi. Macam tak stabil. Tapi aku tak bimbang pun. Lain budak, lain fasa tumbesaran dia. Adam sihat, jarang sakit, agak tembam untuk baby sebaya dia dan kuat main. Orang tua-tua cakap, budak kalau lambat berjalan, cepat pandai cakap. Macam tulah Adam. Dah pandai membebel tapi sepatah haram kami tak faham dia cakap apa.
Semenjak dua menjak ni Adam ada posisi tidur yang pelik. Dia suka tidur menonggeng. Letak elok-elok, jap lagi dia pusing pastu bontot pun terangkat. Tinggi pulak tu. Bimbang jugak takut dia kecacingan ke ape. Tapi budak kecik, umur setahun lebih baru boleh makan ubat cacing. Lagi satu, dia mana ada pernah jalan kaki ayam atas tanah. Masa bila nak ada telur cacing tu masuk perut dia? Tapi possibility tetap ada kan. Ibu dia cakap takpe, nanti tabiat tu hilang sendiri. Umur macam ni memang satu-satu dia dapat pe'el baru yang pelik-pelik.
Entri 1. Entri 2. Entri 3.
Setakat 9 bulan ni, Adam belum boleh merangkak lagi. Masih takut-takut dan huyung-hayang lagi. Macam tak stabil. Tapi aku tak bimbang pun. Lain budak, lain fasa tumbesaran dia. Adam sihat, jarang sakit, agak tembam untuk baby sebaya dia dan kuat main. Orang tua-tua cakap, budak kalau lambat berjalan, cepat pandai cakap. Macam tulah Adam. Dah pandai membebel tapi sepatah haram kami tak faham dia cakap apa.
Nampak je macam baby, tapi kuat membebel kalah mak nenek. |
Bila masuk kedai makan mesti nak duduk atas meja. Pastu, sibuk tengok orang makan apa. |
Selain dah pandai teman abah dia tengok bola dan tolong sorak (tak tau Adam sokong team mana sebenarnya. Tapi orang jerit, dia jerit jugak), Adam pun dah pandai merajuk. Ada satu malam dia bangun pukul 3 pagi. Abah dia kerja dan kebetulan ateh lom tidur lagi. Aku bawak Adam lepak bilik ateh. Bila dia mengamuk, kitorang tak layan.
Sudahnya, tidur sendiri je.
Kadang-kadang bila checkup perut kat klinik nurse akan tanya,
"anak sulung dah berapa bulan?"
"9 bulan."
"Dia dah pandai buat apa sekarang?"
Pening betul nak jawab soalan camni. Sebab macam-macam dah budak kecik ni pandai buat. Apa lagi yang Adam pandai buat?
Dah pandai ajak orang gaduh. Dah pandai buas, tak lekat pegang. Tu belum pandai merangkak lagi tu.
Main tangkap semut dengan abah.
Baru-baru ni, Adam start refuse to eat. Dekat 2 minggu jugak. Sedih sangat daripada suka makan bubur, biskut, sekarang langsung taknak makan. Semua makanan kalau kita suap dia luahkan semula. Nasib baik susu dia nak minum lagi. Rupa-rupanya Adam demam sebab nak tumbuh gigi lagi 4 batang sebelah atas. Sebelum ni dah tumbuh 2 batang sebelah bawah.
Cepat-cepat tumbuh gigi ye sayang mama. Bila gusi dah tak sakit nanti mama belikan pisang feveret Adam lagi.
Alhamdulillah. Kesihatan aku lately bertambah baik. Aku banyak spend masa main dengan Adam. Bawak dia lepak kat luar kalau aku larat. Adam ni, mood dia elok kalau bawak dia keluar ambil angin. Suka tengok dia happy. When he smiles, he's the most beautiful baby in the world.
Kadang-kadang bila checkup perut kat klinik nurse akan tanya,
"anak sulung dah berapa bulan?"
"9 bulan."
"Dia dah pandai buat apa sekarang?"
Pening betul nak jawab soalan camni. Sebab macam-macam dah budak kecik ni pandai buat. Apa lagi yang Adam pandai buat?
Dah pandai ajak orang gaduh. Dah pandai buas, tak lekat pegang. Tu belum pandai merangkak lagi tu.
Dah pandai main Ipad.
Oh, bukan. Dia ingat Ipad tu bahan makanan.
Dah pandai memilih orang.
Aki Adam sorang je tau. |
Kalau Ummar dengan Ammar balik, jangan kacau aki Adam!! |
Tengok Adam tangkap semut dengan abah. |
Sukanya saya dapat tangkap semut. |
Ada banyak lagi ni abah. |
No comments:
Post a Comment