Assalamualaikum mommies.
Jumaat lepas lagi sebenarnya my baby dah masuk 21 minggu. Kan minggu lepas ada bagitau yang my little one dah start gerak-gerak. Opps, don't get me wrong. Aku tak bercadang pun nak update perkembangan baby tiap-tiap minggu kat sini (walaupun dah 3 minggu wat camtu, hihi). Cuma memang tiap-tiap Jumaat aku akan review progress baby dekat page BabyCentre & BabyGaga sebab nak tau baby aku ni dah besar mana, dah boleh buat apa.
Yelah, dia duduk dalam badan aku tapi kita tak nampak dia cuma boleh rasa dia gerak-gerak. Kot kalau nak pergi scan tiap-tiap minggu cam melampau pulak. Orang lain pun preggy dan beranak jugak tapi takdela excited macam ko. Heheh.
Tengok my baby. Dah besar dia. Boleh letak jari dalam mulut. Sebenarnya minggu ni aku rasa dia punya growth sangat rapid. Sebab apa? Sebab aku rasa minggu ni perut aku macam membesar tiba-tiba. Sebelum ni kalau orang tanya aku preggy berapa bulan, aku jawab "5 bulan". Hah, tak nampak macam mengandung pun! Dengan mata bulat, dengan muka terkejut. Dah korang kenapa? Kot iye pun tak payahlah over sangat. Ye, perut aku memang kecik, aku pun kecik. Memang standard aku kalau mengandung 5, 6 bulan berat aku 46-47kg camtu je. Adam dulu pun cuma 2.8kg masa dia lahir. Manalah nak nampak.
Minggu ni aku rasa macam perut aku tiba-tiba besar, pastu baby kat dalam asyik menendang jek. Aktif bebenor. Sebelum ni, perut aku dahlah kecik, aku pun tak rasa baby tu gerak (not until week 20th), aku masih pakai baju yang sama masa aku tak preggy, seluar yang sama, sampai aku pun kadang-kadang lupa aku tengah mengandung.
Pic source |
Jom tengok kenapa baby cepat sangat besar minggu ni. Owh, baby dah nak gain fat. Kelopak mata dengan kening pun dah fully developed. Lagi satu, baby dah start dreaming sekarang. Ok, sweet dream baby. Mimpi mama takpe sayang, jangan mimpi Neelofa ke, Fazura ke. Lempang sekali nak?
No comments:
Post a Comment