Jaga lembu/kerbau sekandang lagi senang dari jaga anak dara sorang
Confirm pencipta phrase di atas ni tak pernah jaga lembu atau kerbau. Kalau tak, aku tak fikir dia mampu/sanggup cakap macam tu. Wuuu~~~
Sebab apa aku cakap camtu? Sebab abah cakap pernah bela lebih 60 ekor kerbau di zaman remajanya, dan ada bela seekor anak kerbau yang umur dia lebih kurang dua tahun sekarang. Baby Weq namanya.
Dan, inilah cerita kami.....
|
Kami ada sekor anak kerbau. Nama dia Baby. |
Masa kecik baby ni memang comel giler. Dia takde mak. Mak dia mati kena tembak. Disebabkan abah tak sampai hati tengok baby mati camtu jek, abah pun decide nak tolong bela bayi terbiar nih. Siryes weh, masa mula-mula bela dulu aku tak boleh beza pun anak lembu dengan anak kerbau. Mana taknye, setau aku kerbau warna hitam. Yang ni coklat pulak apedehal? Takkan 'blonde' pulak ye tak?
|
Baby VS Baby. Dah yang korang wrestling kat tengah laman tu, nape? Kata abah aku. Hukhuk. |
Bila dah sekian lama bela, makin ngengada pulak aku tengok perangai baby nih. Abah tu memang dia conquer sekor-sekor jek. Tamao share. Orang lain jangan dekat dengan abah. Abah tu baby punya. Nak minum susu pun nak abah je suapkan. Malam-malam kalau ribut, merengek-rengek panggil abah. Bila abah duk luar teman dia, dia diam. Tido, mesti nak bantal. Unggun api tu wajib. Kalau ada nyamuk, buat bising sampai satu rumah tak boleh tido.
Ada sekali tu, dari belakang rumah tiba-tiba Baby berlari balik cari abah. Pastu tonggeng-tonggeng montot, angkat-angkat kaki tunjuk kat abah. Ingatkan ape benda. Bila abah check tengok, rupanya lintah sekor melekat kat kaki dia. Hadoi, kau boleh tak sedar kau tu kerbau ek? Lintah dan kerbau ni ibarat adik-beradik lain mak lain bapak tau tak?
|
Takde bantal, baby tamao tido. |
|
Macam ni barulah selesa. |
|
Tambah-tambah lagi kalau ada orang dodoikan. Lagi syiokkk!!! |
|
"Mantok ye anak abah." Tu lah agaknya abah cakap kat adik bongsu aku nih. |
Sebelum aku lupa, selain abah orang feveret baby ialah
abang ngah a.k.a
B a.k.a
hubby aku. Sekarang ni, kalau pagi-pagi aku cium tangan B sebelum dia pegi keje, cium B, Baby pandang kitorang dengan muka tak puas hati jek. Hahah. Ada aku kesah?
|
Mana tak sayang, hari-hari abang ngah belikan baby roti coklat. Dulu 3 ketul sehari, sekarang bagi satu lori pun tak cukup der. |
|
Oopps, ter'upload' gambar kurang sopan En. Bobo. |
Bukan takat tu aje, bila sakit Baby perlukan rawatan rapi. Atehlah jadi mangsa ulang-alik pegi klinik haiwan, consult Dr. Meon bila Baby demam ke, hape ke. Beli susu (buat pengetahuan korang, anak kerbau ni ada susu khas untuk dia), ubat cacing, ubat luka. Macam-macam ubatlah. Dr. Meon malas datang umah tengok Baby, so kitorang beli picagari, abah je tolong suntik baby kalau dia sakit.
|
Tadaa!!!! Doktor Abah. |
|
Sebelum masuk rumah, make sure unggun api dah siap, check kot-kot ada luka ke, hape ke. |
|
Ni salah satu sesi rawatan untuk baby. |
Bukan tu je, tiap-tiap kali musim banjir, bukan keselamatan diri kitorang je yang nak kena bimbangkan, keselamatan Baby pun satu hal jugak. Tu belum masuk ayam dengan kucing-kucing lagi. Besar tanggungjawab kalau ada ramai anak neh.
|
"Assalamualaikum. Boleh masuk tak? Sejuk nii!!" |
|
Petang-petang, B main badminton, baby pun masuk 'court' skali. |
|
"tulun, tulun, raket Baby hilang!!" |
Aktiviti wajib Baby dengan abah tiap-tiap hari lepas baby balik berendam dalam paya belakang rumah, ialah aktiviti dia paling suka. MANDI. Memanglah suka, dah abah yang mandikan. Sembur air kat satu badan. Berus sampai bersih. Siap guna sabun Daia lagi uollss.
|
Abah, apa kata hari ni kita skip aktiviti mandi-mandi nih? Bolehlah bah, bolehlah. |
|
"Hape tengok, tengok? Tak pernah tengok anak kerbau mandi ke?" |
|
Dah mandi, dah wangi, baru boleh peluk abah. |
|
Manja-manja dengan abah. |
|
"Abah, kasi cium satu kali." |
|
"Pastu jilat-jilat dagu sikit lambang kasih sayang yang berpanjangan. Thihihi~~" |
|
Hah, korang nak sangat amek gambo Baby kan. Nah, hamek! Hamek! |
|
Amacam, manis tak senyuman Baby? |
|
Baby and Me a.k.a Angah |
|
"Cuba cakap betul-betul, Baby sayang angah tak? Sayang? Angah sayang Baby jugak." |
Tu semua cerita dulu la. Baby kecik lagi time tu. Tanduk pun pendek lagi. Sekarang baby dah besar, kuat. Kuat melawan pun iye. Abah dengan B dah tak kasi aku dekat-dekat dengan Baby langsung. Especially since dapat tau aku pregnant. Bahaya. Dia kuat sangat, abah takut dia sondol-sondol perut aku. Sekarang ni aku tengok baby dari jauh aje. Kadang-kadang, rindu sangat nak peluk cium dia.
Ok lah, nanti ada masa aku upload gambo Baby yang latest k. Sebelum undur diri (ayat mesti nak gedik jugak-jugak), enjoyce gamba buah hati aku dua orang ni.
|
Apa ni mommy? Faris bukan anak kerbau la, Faris ni harimau belang!! |
|
Hah, yang ni pulak tok ki rimau, hehe. Jangan marah abah, gurau-gurau je. |
No comments:
Post a Comment