Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Marhaban Ya Rasulullah

Selamat Hari Lahir Ya Rasulullah...
Semoga kami mendapat tempias walau sedikit dari rasa cintamu...
Terima kasih Ya Rasulullah...
Kerana sentiasa mencintai kami walau tika kami melupakanmu...


Aku kini hampir melahirkan.
Hampir-hampir benar secara rasmi menjadi ibu.
Perkara-perkara kasih sayang begini buat aku jadi extra sensitif.
Air mata jadi murah.
Fitrah seorang ibu barangkali.

Pernah tengok movie sampai menangis?
Selalu?
Pernah baca buku sampai menangis?
Biar aku kongsi dengan kamu kisah pertama yang aku baca sampai menangis. Sampai teresak-esak. Sampai terbawa-bawa dalam tidur aku.
Sampai kini masih sebak kalau teringat kisah yang aku pernah baca dulu.
Waktu itu, aku 16 tahun.

 

SESUDAH KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W
Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Bilal tidak dapat melaungkan azan lagi kerana hatinya akan menjadi begitu sebak. Kasih sayang Bilal kepada Rasulullah S.A.W begitu tinggi dan melebihi kasih sayang terhadap manusia lain.
Lalu Bilal datang bertemu Abu Bakar r.a. dan berkata: “Wahai Khalifah (pengganti) Rasulullah, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Amalan seseorang mukmin yang paling afdhal ialah berjihad di jalan Allah.” Abu Bakar bertanya: “Lantas, apa yang engkau mahu wahai Bilal?” Bilal menjawab: “Aku hendak bermurabatoh (berada di medan jihad) di jalan Allah sehingga aku mati!”

Abu Bakar bertanya: “Kalau begitu, siapa yang akan azan untuk kami?” Bilal menjawab, sedang air mata bergenang di kelopak matanya: “Sesungguhnya aku tidak akan menjadi muazin kepada sesiapapun selepas Rasulullah s.a.w.!”

Abu Bakar memujuk dengan berkata:

“Tinggallah di sini dan azanlah untuk kami wahai Bilal!”

Bilal membalas: “Sekiranya engkau telah merdekakan aku dahulu supaya aku tunduk kepadamu, maka letakkanlah aku sebagaimana yang engkau mahu. Tetapi sekiranya engkau merdekakan aku dulu kerana Allah, maka biarkanlah aku untuk apa yang engkau merdekakan aku.” Abu Bakar menjawab: “Bahkan aku merdekakan engkau untuk Allah wahai Bilal!” Maka Abu Bakar r.a. tiada pilihan kecuali membenarkan Bilal memilih jalannya untuk berjihad dan sentiasa berada di medan juang.

Bilal berhijrah ke Sham. Di situlah beliau mengabdikan diri di medan jihad… Salami isi hati yang dicurahkannya sendiri:

“Aku tidak tertanggung tinggal di Madinah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. “

Setiap kali dia cuba mengalunkan azan, apabila tiba pada “asyhadu anna Muhammadar-Rasulullah” kerongkongnya tercekik lalu dia akan menangis.

Maka dia berangkat ke Sham bersama para mujahidin. Selepas beberapa tahun berada di Sham, beliau berjumpa Rasulullah s.a.w. di dalam mimpinya. Baginda berkata kepada Bilal, “Kenapa begitu lama kamu menyepikan diri wahai Bilal? Bilakah masanya kamu akan menziarahi kami lagi?” Bilal terjaga dari tidurnya. Hatinya sungguh hiba.
Beliau segera berangkat ke Madinah. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para sahabat. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab lantas menyuruh Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihujani suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. Setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.

(ada satu sumber menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk laungkan azan Bilal tak pernah lupa untuk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. Sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.)
Seterusnya, Bilal menuju ke makam Rasulullah s.a.w. Bilal menangis dan berguling-guling di situ sehingga datang dua orang cucu kesayangan Rasulullah S.A.W. iaitu Hasan dan Husin. Mereka berlari-lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya pandangan hingga Bilal memeluk permata kesayangan Rasulullah itu erat-erat. Hasan dan Husin naik ke ribaannya. Diciumnya mereka sepertimana beliau pernah mencium Rasulullah ketika hidup. Kedua-duanya berkata kepada Bilal:

“Wahai pakcik, kami rindu untuk mendengar azanmu pada waktu dinihari sepertimana pernah kau laungkan semasa datuk kami masih ada.”

Bilal tidak sampai hati menolak permintaan kedua-dua manusia kecil yang amat dicintai Rasulullah itu. Perlahan-lahan Bilal naik ke atas sutuh (bahagian atas) masjid dan mula mengalunkan azan. Bilal azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasullullah S.A.W di Madinah. Sebaik sahaja azan dilaungkan, seluruh penduduk Madinah terkejut. Mereka mengigil dan terus keluar dari rumah masing-masing sambil bertanya sesama mereka 
"adakah Rasulullah telah hidup kembali?".

Kaum wanita mula mengucapkan 'Marhaban Ya Rasulullah' sambil berarak di jalanan kerana menyangka Rasulullah telah dihidupkan semuala.  

Apabila Bilal bin Rabah menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat. Mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .
Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka terus menangis kerana perasan rindu yang teramat sangat terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu.
Diriwayatkan bahawa itulah peristiwa tangisan yang paling akbar dalam sejarah Islam.

Beberapa tahun kemudian...

Ketika Amirul-Mukminin Umar bin al-Khattab melawat Sham, kaum muslimin memintanya agar memujuk Bilal supaya azan untuk mereka untuk satu solat sahajapun cukuplah. Umar memanggil Bilal dan menyampaikan hasrat penduduk Sham. Tiba waktu solat, Bilal menaiki tempat azan lalu mengalunkannya. Maka menangislah para sahabat yang sempat bersama Rasulullah s.a.w. ketika Bilal menjadi muazzinnya. Mereka menangis seolah-olah mereka tidak pernah menangis sebelum ini dan selama-lamanya. Dan Umar r.a. adalah orang yang paling kuat menangis dalam kalangan mereka.

P/s: Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah S.A.W. 


No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol