Hamboih, tajuk entri kemain.
Hubby aku seorang planner yang bagus. Nape aku cakap camtu? Sebab walaupun dia nampak macam tak pandai jimat-cermat, boros, belanja ikut suka hati, tapi dia tetap ada saving. Padahal komitmen dia bukan kecik. Famili dia lagi, duit minyak bulan-bulan (tempat kerja dia jauh woo), makan-minum, aku yang kerja 8 minit dari rumah pun sakit kepala dengan fuel cost, PTPTN, mana nak tanggung aku lagi. Aku nampak je macam kecik, tapi kuat makan. Hehe.
Despite of all of his commitment, end of month gaji dia masih berbaki. Aku heran macam mana dia tetap ada savings. Kalau aku, hampeh. Tapi lepas ni akan jadi lebih mencabar. Dengan loan rumah, baby baru nanti.
Aku pernah tanya B, macam mana dia save duit. Aku dah kerja 4 tahun lebih kot, takde saving pon. Senang je jawab B, DISIPLIN. Simpan dulu baru belanja. Bukan belanja dulu baru simpan. Kalau kami keluar malam-malam, jalan-jalan cari makan, B makan macam raja. Rasa nak makan western, kami makan. Teringat seafood kami makan. BBQ pun bantai. Alakad tak payah cerita la. Aku rasa kalau aku nak makan kepala gajah pun dia belikan. Tapi B cakap kat tempat kerja dia makan biasa-biasa aje. Tak perlu mahal-mahal, sedap-sedap. Asal kenyang dah boleh. Tak memilih.
Bagusnya ada suami yang pandai merancang kewangan ni, isteri akan rasa financially secure. Kita tahu kalau kita sesak ujung-ujung bulan, kita boleh mengadu kat suami kita. Aku rasalah kan, suami-suami ni dia macam ada satu mind setting yang diorang kena sentiasa ready if something bad happen. Yelah langit tak selalunya cerah. So, savings tu sangat-sangat penting. Kena selalu ada Plan B. Muda-muda ni tak boleh boros-boros sangat.
Waa, panjangnya intro aku. Ni baru nak masuk cerita ni. Baru-baru ni, B ada satu perangai pelik. Dia suka paksa-paksa aku habiskan bedak dia. Yelah, aku kan dah ada bedak aku sendiri. Ape hal yang nak kena pakai bedak dia pulak. Tapi dia tak kira, bila aku siap mandi je dia hulur botol bedak dia pastu suruh aku tuang banyak-banyak bagi cepat habis. Hape ke pelik sangat laki aku nih?
Pada suatu hari yang damai, botol bedak Enchanteur kaler pink itu akhirnya kosong jua. Itupun setelah kami berusaha bermati-matian untuk menghabiskannya. Sampai tahap aku nak pegi mengajar malam-malam, aku tak pakai bedak padat, aku tempek je bedak wangi tu kat muka aku. Mujur tak kua jerawat.
Enchanteur kaler pink B |
Bila dah kosong, aku tanya B nak buat apa sebenarnya dengan botol kosong ni? Curious aku. B pun, keluarkan pisau lipat dan tebuk lubang kat leher botol tu. Laaaa, nak buat tabung rupanya!! Ceh! Ingatkan ape benda lah. Next, B kuarkan leather teddy bear coin case yang penuh dengan syiling 50sen. Berat seh.
Tebuk cantik-cantik dan pastikan muat nak masukkan syiling 50sen. |
Teddy Bear coin case ni belikan untuk B masa pegi Melaka dulu. |
Wah, magic tul la. Semua syiling dalam coin case tu muat cukup-cukup dalam botol bedak tu. Takde lebih sekeping pun. Aku pun apa lagi, merengek-rengek mintak dibuatkan tabung jugak. Mengada-ngada. B cakap "sayang kosongkanlah botol bedak sayang tu, nanti dah habis abang tolong tebukkan".
But I have better idea. Nak tunggu bedak habis, lambat lagi. Nak dicurah-curahkan bedak itu rasa membazir. So, tadaaaa!!!!!! Aku nak B tebukkan botol air 100 PLUS ni buat tabung. Besar sikit.
**Sekarang aku macam agak sedar akan keterlanjuran nafsu ini. Besar tu punya tabung, berapa tahun baru penuh daa...Ni pun dah berapa hari baru ada berapa keping aje =(
Tadaa!! Kreatif tak? Kreatif tak? |
Tengokla hasil tebukan B yang tak berapa lawa ni. Sabotaj tol!! |
Sekarang ni, B dah ada 2nd mission nak penuhkan tabung baru dia. Eksyen pulak dia mentang-mentangla tabung dia dah penuh. Ceit!
Sebenarnya, sebelum ni aku ada je tabung. Comel pulak tu. Tapi buat hiasan aje, tak tau kenapa sebelum ni tak simpan duit dalam tu (ecece. buat-buat tanya pulak).
Botol bedak aku jugak dirembatnya buat tabung. |
Nampak tak? 50sen je boleh masuk. Syiling lain tamao. |
Sebenarnya, sebelum ni aku ada je tabung. Comel pulak tu. Tapi buat hiasan aje, tak tau kenapa sebelum ni tak simpan duit dalam tu (ecece. buat-buat tanya pulak).
Besar ni punya tabung pun liat nak penuhkan. |
Disebabkan aku ada mission baru, iaitu memenuhkan tabungan aku dengan syiling 50sen, semua orang dalam rumah kena beware dan jangan letak syiling 50sen merata-rata. Aku jumpa, aku rembat. Hahahhahahah, ada aku kesah?? Korang pun, kalau dah tua-tua macam ni still takde niat nak menabung atau nak start ada saving, sila malu dekat anak sedara gue ya. Dia kecik-kecik lagi dah pandai menabung. Wekk.
Daddy! Daddy! Nak syiling! |
Tengok Faris letak dalam tabung bear bear ni. |
Faris dengan tabungnya size lebih kuarang aje. |
Last but not least, ni comparison saiz tabung aku dengan tabung B. Ye, aku tamak. Aku tau.
P/s: Yes, aku memang bajet kreatif amek gambar berlatar-belakangkan cadar kawen kami hadiah pemberian kak long. yiiha.
No comments:
Post a Comment