Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Rezeki Itu Hak Allah

          Pelik betul life ni kan. Bila aku expect nak dapat bonus banyak-banyak (sebab sales tinggi), dah penat buat kerja sepanjang tahun, nak shopping macam-macam untuk baby, tiba-tiba dapat ciput aje (sebenarnya dah banyak, tapi compare dengan orang lain kira sikitlah). Sabar ye baby =(

          Bila aku expect gaji aku akan naik sikit ajek, sebab selalu cari pasal dengan bos, lawan cakap bos, banyak isu, silap situ-sini, tak pandai 'kipas-kipas', 'aircond-aircond', tak buat-buat rajin depan bos, tiba-tiba dapat naik banyak pulak. Jadi, kira 'on' balik lah ye planning kita ye baby =)

          Allah S.W.T sedang mengajar aku sebenarnya. Betapa rezeki itu hak dia untuk tentukan. Bukan urusan kita untuk sesuka hati kita nak campur. Jadi kita sebagai manusia, tak kiralah betapa bagusnya kita merancang, tetap kesudahannya ditentukan oleh Dia. Tanggungjawab kita, SYUKUR sahaja dengan apa yang Dia bagi. Sedikit atau banyak.

          Sebab yang sedikit itu mungkin jauh lebih besar keberkatannya. Yang banyak itu mungkin datang sebagai ujian pula.

          Kalau dah memang takdir rezeki itu untuk kita, tak kira betapa banyak tangan-tangan zalim di sekeliling kita, betapa besar fitnah dihambur untuk menjatuhkan kita, betapa banyak cubaan keji nak menjatuhkan semangat kita, betapa banyak drama-drama murahan dan cereka yang direka-reka, ia tetap milik kita.

          Kalau rezeki itu memang bukan untuk kita, tak kira betapa banyak kita usaha, merancang, kerja sampai gelap tanah, berperit-jerih, tikam orang tu fitnah orang ni (amaran keras: sila jangan buat perangai binawe cenggini!!), jatuh bangun, ia tetap bukan milik kita. Orang tua-tua cakap, dah masuk ke mulut pun boleh terluah semula.

          Bukan maksud aku tak perlu berusaha, tapi kena selalu beriktikad yang apa kita dapat bukan kerana usaha kita, tapi dek kerana Rahman nya Allah S.W.T.

          Apapun baby, terima kasih kerana wujud dalam rahim ibu. Mungkin sebab kamu, rezeki ibu murah tahun ni. Abah belikan ibu rumah baru, bos bagi ibu gaji banyak-banyak.
Baby, jom shopping!!

 

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol