Assalamualaikum mommies.
Masih ingat lagi dulu aku pernah cerita pasal mak saudara / ibu susuan aku yang meninggal masa operate jantung? Al-Fatihah untuk mak aku. Ni [LINK] dia. Petang tadi anak arwah bertunang. Sebagai sepupu yang rapat mestilah kena balik kan. Lagipun memang on weekend. Tapi aku dan mama terpaksa tumpang ateh & abang teh sebab B kerja. Pagi-pagi lagi kami dah gerak pergi Tanjung Lumpur, singgah rumah mama abang teh dulu untuk bersiap. Lagipun dah dekat dah dengan rumah cekde aku, dalam 15 minit.
Tengah rancak bersiap, make up, tiba-tiba kecoh kat luar rumah. Rupanya bang Adam dah masuk dalam sangkar kucing kat luar. Dia buat selambe je bila kau pergi tengok. Siap tutup pintu dari dalam tu. Dia ingat khemah agaknya. Aku ambil dia bawak keluar, jap lagi dia masuk balik. Camtulah beberapa kali. Hadoi, mama suruh jadi orang berguna kepada agama, bangsa dan negara kau nak jadi kucing pulak ye anak.
Buat muka tak bersalah aje. |
Setibanya di rumah cousin aku, suasana agak sayu sikit. Sebab orang yang dirai dah tak ada ibu kan. Sepatutnya, momen-momen macam ni ibulah orang yang akan paling gembira untuk kita. Tapi, yelah nak buat macam mana. Yang pergi tetaplah pergi. Kita yang tertinggal ni kenalah teruskan kehidupan dengan sebaik mungkin walaupun perit. Apapun, aku tumpang happy untuk Kak Sumaiyah, sebab dah jumpa calon pasangan hidup. Nanti, ada orang tolong tengok-tengokkan dan jagakan. Fitrahnya kita wanita, kalau tak ada apa-apa aral seharusnyalah bersuami supaya ada yang membimbing dan menyayangi kita selepas ibu bapa kita kan. Aku doakan semoga mereka berjodoh dan jodohnya kekal sampai syurga hendaknya.
Hah, ni je gambar yang aku sempat amik sepanjang majlis. Masa mula2 sampai ok lagi. Elok je start majlis, Aisya pun start melalak. Aku rasa dia panas dan terkejut tengok crowd. Yelah, budak2 kan anti tempat2 crowded ni. Even lepas mandikan, masih menangis lagi.
Aku tak boleh join langsung the whole event. Yang herannya, tadi Adam pulak yang behave. Main, makan karipap, siap senyum bila orang tegur. Terbalik.
Overall, majlis berjalan lancar. Alhamdulillah. Untuk pengetahuan korang, ini kali pertama cousin aku jumpa tunang dia. Sweet kan? Dan ini beberapa keping gambar yang aku cilok dari FB cousin aku dan adik-adik dia. Cekidaut.
No comments:
Post a Comment