Salam Ramadhan mommies.
Saat ini, tika ini perkara yang paling mencabar pernah aku hadapi sepanjang bergelar seorang ibu (dah dua tahun lebih jadi ibu, Alhamdulillah) adalah nak hadap karenah Adam yang obses bersaing dengan adiknya untuk raih perhatian aku atau lagi mudah disebut 'siblings rivalry'.
Pehh, memang pening kepala dibuatnya. All happen so sudden. Dari seorang budak yang manis, tetiba Adam jadi ganas. Tapi awal-awal sindrom ni jadi, dia cuma buat-buat tepis adik, hayun-hayun tangan kononnya tak sengaja terkena adik, pastu ketuk kepala adik dengan apa-apa barang mainan yang ada kat tangan. Dan yang bertambah pelik, sikap ganas tu cuma dengan Aisya seorang je. Dengan orang lain masih maintain malu-malu dan soft.
Lately, macam makin menjadi-jadi. Kalau adik berdiri depan tv, halang pandangan dia, dia akan cengkam leher adik dari belakang, tarik sampai terlentang. Adik pun menangis. Suka tendang-tendang adik. Baling barang-barang yang berat pastu aim kat kepala adik. Baru ni baling botol susu yang penuh, botol bedak pun pernah. Dahlah bedak tu baru je beli, berat lagi. Nasib baik tak kena. Tapi masa tu aku rasa darah semua dah naik ke muka, jantung rasa macam nak meletup bila nampak dia baling botol bedak tu.
Aku tak tahu apa yang tak kenanya dengan Adam lately. Larang tak dengar, marah tak jalan, pernah jugak kena babab pun tak jadi apa. Nak nasihat, almaklum jelah baru 2 tahun 3 bulan. Bukannya dia faham pun. Bayangkanlah hati seorang ibu. Bila tengok adik kena pukul teruk-teruk, menangis sebab sakit, memang sakit sangat hati ni. Tapi yang tukang buatnye pun buah hati kita jugak. Bila kita takde choice, kita marah. Bila tak dengar, kita pukul. Babab sikit kat tangan yang nakal buat adik tu. Abangnye pun meraung. Dan bila dia tidur. Allahurabbi, azabnya perasaan ni. Anak dah calm, dah lena, mak dia pulak take turn meraung. Meraung dalam hati sebab nyesal sakitkan anak.
I think there's something wrong with Adam. Mesti ada sebab kenapa dia sangat tak puas hati dengan Aisya. Sebab bila dengan Arissa dia lain sangat, soft sangat. Suka peluk cium Arissa. Main dengan Arissa, buat muka. Dengan Aisya je Adam suka buli. Mujurlah Adam tak turut belasah Arissa jugak. Kalau tak mesti segan dengan abah dan uminya. Penatnya hari-hari nak kena mintak maaf dengan mak orang sebab anak kita buat anak orang kan.
Aku pun masih belajar, masih terlalu banyak yang perlu belajar tentang parenting. Aku pun Google
Abang suka pukul adik
Aku pun terjumpa perkongsian tentang perkara serupa di blog ini. [LINK] Ya Allah, kalau betullah Adam rasa kurang perhatian, maka kamilah orang yang perlu disalahkan. Abah kerja 12 jam/shift. Mama kerja 8 jam sehari. Bila mama dan abah balik rumah, terpaksa bahagikan masa dengan housechores, dan berbagi kasih dengan Aisya pulak. Memang tak cukup masa. Kadang-kadang kita rasa tanggungjawab kita dengan anak-anak kat rumah ialah make sure dia mandi, pakai baju tidur yang bersih, suap makan dan minum susu. Bila anak dah tidur, kita pun rasa lega dah boleh berehat sedangkan anak-anak rasa tak puas nak bermanja dengan kita. Jumpa mama dan abah 3-4 jam lepas tu dah sampai masa tidur.
2. CUBA ELAK - Kita nak explain lebih-lebih yang tak baik pukul adik, dia pun bukannya faham sangat. Jadi aku dan B cuba pantau aktiviti mereka berdua. Kalau dua-dua duduk dekat kawasan yang sama, tengok tv sama-sama kena ada orang dewasa duduk dekat-dekat dan pantau keadaan. Kami tak biarkan diorang duduk berdua je dalam bilik tanpa pemantauan orang dewasa. Untuk keselamatan Aisya.
3. LUANGKAN MASA - Dah cakap budak-budak ni dambakan lebih perhatian. Maka aku layankan aje. Lebihkan masa bersama. Bila anak ajak main, ajak teman tengok tv, kalau perlu tinggalkan kerja yang sedang buat masa tu, aku tinggalkan. Time mandi bagi diorang main air sampai puas. Kerja rumah boleh tunggu, anak takkan tunggu kita. Sekejap aje mereka dah besar. Bila anak-anak tidur baru sudahkan kerja yang tergendala tadi. Penat memang penat, tapi itulah pengorbanan namanya.
I must do something! Macam saranan dalam link yang aku bagi tadi, first thing first aku tune kepala aku sendiri dan tell myself "mereka ialah anak-anak aku. Aku yang kawal mereka, bukan mereka yang kawal aku." So, pada sesiapa yang turut menghadapi masalah 'siblings rivalry' ini cara aku menghadapi perkara ini. Aku tak cakap cara ni terbukti 100% berkesan, cuma ini ialah ikhtiar aku, my 1st step.
1. KAWAL EMOSI - mula-mula sekali bila Adam buat adik, aku cuba untuk tidak marah. Istighfar dulu. Tak tengking, tak pukul tangan, tak jerit. Aku tenangkan diri dulu. Lepas tu baru tarik Adam, hug dia rapat-rapat, lepas tu tanya dia baik-baik "Adam kenapa buat adik? Tengok, kesian adik nangis."2. CUBA ELAK - Kita nak explain lebih-lebih yang tak baik pukul adik, dia pun bukannya faham sangat. Jadi aku dan B cuba pantau aktiviti mereka berdua. Kalau dua-dua duduk dekat kawasan yang sama, tengok tv sama-sama kena ada orang dewasa duduk dekat-dekat dan pantau keadaan. Kami tak biarkan diorang duduk berdua je dalam bilik tanpa pemantauan orang dewasa. Untuk keselamatan Aisya.
3. LUANGKAN MASA - Dah cakap budak-budak ni dambakan lebih perhatian. Maka aku layankan aje. Lebihkan masa bersama. Bila anak ajak main, ajak teman tengok tv, kalau perlu tinggalkan kerja yang sedang buat masa tu, aku tinggalkan. Time mandi bagi diorang main air sampai puas. Kerja rumah boleh tunggu, anak takkan tunggu kita. Sekejap aje mereka dah besar. Bila anak-anak tidur baru sudahkan kerja yang tergendala tadi. Penat memang penat, tapi itulah pengorbanan namanya.
4. DOA - Aku tau fasa perangai pelik-pelik ni sementara aje. Dan seperti tantrum Adam yang lain-lain sebelum ni, fasa ini akan berlalu jugak. Cuma aku berdoa semoga aku diberi ketabahan menghadapi pe'el comel dia ni dan semoga fasa ini tidak lama. Kesian jugak kat Aisya asyik kena belasah aje. Hihi. Aku pun mintak bulan-bulan puasa ni semoga Allah makbulkan doa aku. Aku harap Adam dapat faham dan rasa kasih sayang aku melimpah ruah untuk dia sehingga tak ada ruang untuk dia rasa cemburu pada adik atau rasa kekurangan perhatian.
Anak-anak adalah amanah Allah. Kita kena selalu ingatkan diri tentang ini. Sebab kadang-kadang tanpa sedar kita mengkhianati amanah ini. Penat kerja marah anak, anak gaduh marah anak, takde duit marah anak, marahkan suami pun marah anak. Tapi seorang ibu juga manusia biasa. Ada khilaf. Bila kita sedar, kita perbaiki dan cuba improve diri. Kita cubalah semampunya. Mommies semua doakan saya ye.
No comments:
Post a Comment