Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Ramadhan 1, 1437H - Cara Khatam Quran

Pic Source
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum. Entri pertama di hari pertama berpuasa ni. Macam yang dijanjikan semalam, 1 hari 1 entri. Dan entri hari pertama ni adalah paling signifikan. Sebab apa aku kata paling signifikan? Sebab kita kena bermula hari ni. 
Pic Source
Haa, panduan khatam Quran di bulan Ramadhan ni. Ramadhan ada 30 hari. Secara ringkasnya, kiraan dia macam ni:-
Al-Quran ada lebih kurang 600 mukasurat.
Dibahagi 30 hari, sehari perlu baca 20 mukasurat.
Dibahagi 5 waktu solat, 1 waktu baca 4 mukasurat @ 2 helai.
Ini kiraan untuk khatam sekali, kalau nak double maka doublekanlah bilangan mukasurat ye. Lagi satu orang pompuan nanti akan sampai hari yang tak boleh solat, maka kena baca lebihlah untuk coverkan hari-hari yang tak boleh tu. Secara logiknya la kan.
Ok lah, setakat tu nak share hari ni. Selamat menjalani ibadah puasa =)

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol