Shopping Barang Adam & Baby - Part I

Assalamualaikum mommies.

Untuk pengetahuan korang listing tu tak bergerak-gerak langsung sebab aku belum start shopping lagi. Tapi minggu ni aku dah nekad nak start shopping barang baby. Catalystnya ialah.............


SHAYE!!! BUDAK TERCHOMEY SEANTERO DUNIA.

Barang-barang daily usage Adam banyak yang hampir habis. Baby bath, shampoo, bedak, liquid cleanser. Ada yang dah habis dah pun. Dulu-dulu tak payah beli pun. Ingat Koleksi Pureen Adam? Pakai je apa yang orang kasi hadiah masa newborn dulu. Sekarang dah habis semua. Teats pulak, memang tiap-tiap bulan kena beli baru. Asyik berkerak aje.


The problem with Tommee Tippee punya teats ni is that bila aku sental kuat-kuat, valve dia akan rosak/bocor. Valve dia sangat extra extra sensitive. Nanti bila anak menyusu, susu akan keluar mencurah-curah dari valve tu instead of dari lubang teats. Kalau tak sental bersih-bersih pulak, kerak susu akan start terbentuk dekat area valve tu dan merebak ke seluruh teats. Bila dah seluruh puting berkerak, alamatnya buang jelah. Tommee Tippee teats mahal woo. RM 26/2 pcs. Sampai hari ni tak berani nak suruh B belikan sebab takut dia kena heart attack tengok harga puting anak. 
Dilema betul.

Back to our story. Dah alang-alang nak membeli barang-barang keperluan Adam ni, bolehlah selit-selitkan barang baby sekali. Sekarang pun dah masuk 25 minggu. Bila perut makin besar, berat dah macam anak gajah, kaki semakin lenguh nanti dah susah nak shopping.

Biasanya, barang-barang Adam kalau tak beli dekat Pasaraya Samamaju (sebab dekat), kami akan beli dekat Manjaku Baby Store. Senang. Semua barang kelengkapan baby, toddler, mak baby dah complete. Tinggal kutip-kutip, bayar aje. Tadi kami pergi Manjaku (malam kelmari dah shopping kat pasaraya), aku terus buat kad diskaun Manjaku. Kad ni cuma ibu hamil je boleh buat. Sebab dekat belakang kad tu kita kena letak due date bersalin. Nak tipu pun tak boleh sebab nanti pekerja dia perasan perut tak boyot. Huhu.

Ini hasil usaha gigih aku selama beberapa hari ni:-

BOTTLE BRUSH

Sebelum ni dah ada Tommee Tippee punya masa aku beli Complete Starter dulu. Tapi yang tu aku letak rumah mama sebab mama pun hari-hari kena cuci botol Adam. So mine, kena beli baru. Aku survey jugak brand lain. Macam-macam jenis, macam-macam kaler ado. Tapi aku nak yang ada sekali teats cleaner pastu tak nak asing-asing, takut nanti letak merata. Lepas tu teats cleaner tu kalau boleh tak naklah terdedah camtu. Tak hygienic. Lagi satu yang ni best sebab kat hujungnya ada span. Rasa konfiden sikit botol tu bersih.
So I bought, Munchkin Bottle Brush. (Sebenarnya nak review pasal berus botol ni tapi nanti korang cakap aku poyo pulak pasal berus botol pun nak publish satu entri, kui kui kui).

Tommee Tippee pun kaler hijau. Yang ni pun aku pilih kaler hijau.

BABY HAIR & BODY WASH, LIQUID CLEANSER & BABY POWDER

Pada yang sedia maklum, aku memang peminat tegar barangan Pureen so bedak dengan liquid cleanser tu beli Pureen punya. Hair & Body Wash pulak sengaja beli Carrie Junior sebab nak try. Wangi......
Lepas ni tak nak beli baby bath + shampoo asing-asing lagi dah. Nak beli yang stail full body covered camni, senang. Tak renyah. Lagi satu, mudah kalau beli yang dalam bottle dispenser camni. Kita dah la pegang baby sebelah tangan, masa nak bukak tutup botol tu guna sebelah tangan je mesti luka dekat knuckle ni. Akit!! Akit!! Kalau beli yang dalam bottle dispenser cam kat bawah ni, problem dissapear =)


 HAND DISH WASH by SHAKLEE

Benda alah ni pencuci pinggan sebenarnya. Ada banyak sangat review pasal benda ni dekat FB cakap boleh hilangkan kerak puting. So, ini usaha aku untuk resolve masalah puting berkarat di atas. Huhuhihuhi. Price: RM16/bottle. Harga puting 1 = RM 13. Banyak mana dah boleh jimat tuh? Beli dengan wife kawan B, FB dia Atieatia Aziz dan dia distributor  sah produk Shaklee nih. 
"Atie, aku promo ko kat blog ni tak dapat diskaun ke wei?" 
Sebab kesian hubby dia datang COD sendiri benda ni dan support bisnes kawan punya hal, aku belilah 2 botol.
Kalau nak jimat, masa basuh botol pakai liquid cleanser Pureen je. HAND DISH WASH ni aku guna masa nak sental puting aje. Sikit-sikit guna takut habis. Tapi berkesan tau. Mudah je nak tanggalkan kerak puting tu. Ini satu-satunya produk Shaklee yang aku guna. Yang jenis consume tu semua aku tak prefer sangat.

Kebaikan product ni:-
1) Hilangkan kerak puting
2) Jimat sebab sangat concentrated. Pakai setitik dah cukup.
SIMPLE DIMPLE SHIELD BAG

Bila anak dah nak masuk dua ni, memang penting sangat kena ada diapers bag yang stail backpack cenggini. Bila tengok along pakai rasa macam lagi convenient. Kalau tak, mana lagi nak dukung baby, nak bawak bag. So better galas je bag tu and your hands will be free =)

Rasa menyesal pulak beli size kecil. Nampak comel tapi better yang besar rasanya. Muat lagi banyak.
Sekarang ni, untuk abang Adam sorang macam ok lagi.
Yang paling aku excited ialah the fact that, banyak benda yang aku beli nanti especially barang daily usage yang dua-dua anak boleh pakai. Kira sekali beli, untuk dua-dua orang sekaligus. Abang dengan adik boleh share share pakai. Jimat-jimat.

TOMMEE TIPPEE VARI FLOW TEATS

Bila dah semakin besar ni, abang Adam dah makin kuat menyusu. Saje-saje try tukat teats ni pulak. Nak tengok ok tak. Vari flow ni, kalau budak punya suckling kuat, banyaklah susu keluar. Kalau perlahan, sikitlah. Secara teorinya.



Tak lupa jugak, untuk abang Adam, mama nak try bagi biskut HEINZ Farley's rusks ni. Tak tau lah dia suka ke idak.


Cuba bagi dia sekeping.





Dia ok je nampaknya. Abang Adam ni bagi apa pun dia telan aje. Chup, chup, bila scroll ke atas balik nampak macam semua barang abang Adam je. Barang adiknye mana? Opps!!

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol