Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

From Kuala Krai, With Love - Penang, Here I Come!


Haa, ni lah kerja gila aku dengan B. Lepas Adam discharge, kami gegas balik ke Kemaman unpack barang-barang kami pastu terus shoot ke Kuala Krai. Sampai sana lebih kurang pukul 9 malam (berbuka kat Petronas Jertih rasanya), pukul 12 malam terus gerak pergi Penang pulak. Alahai, penat tak usah cakaplah.

Kami berhenti sahur kat Grik lebih kurang kol 3 pagi. Pengalaman first time sampai kat Gerik sama macam first time aku sampai kat Besut. Heran aku, kenapa aku kat Perak tapi semua orang sana cakap Kelantan? Masa aku sampai Besut dulu pun semua orang sana 'kecek Kelate'. Konpius mak. Huhu. Apapun nasi bubur (kat Terengganu orang panggil nasi air) Gerik memang terbaik. Ramuan dia cam biasa jek tapi sup dia guna sup yang sama untuk mee celup.

Kami sampai Penang lebih kurang 6 pagi. Semua dah terbongkang keletihan sampaikan pagi tu ma dengan abah aje yang teman Alif pergi daftar. By the way, dekat Penang kami singgah dekat rumah sewa yang bakal Alif (adik B) tinggal sepanjang pengajian dia. Rumah teres 2 tingkat yang tak besar mana pun, tapi kena duduk 8 orang. Haih, teringat zaman study dulu, walaupun tak pernah duk umah sewa.

"Hai, saya Adam. Lepak-lepak kat rumah Pak Su ni. First time sampai Penang."

Adam dengan Pak Su Alif.

Lebih kurang 12 tengahari kami gerak ke Kulim, Kedah pulak nak melawat sorang lagi adik B yang belajar kat Politeknik kat sana. Terharu tengok banyak dia belikan coklat untuk adik-adik dia masa pergi Langkawi sebelum ni. Patutlah beria suruh abah singgah. ada buah tangan untuk adik-adik rupanya. Kami singgah sekejap aje. Pukul 2 lebih kurang, kami gerak balik.

Walaupun penat + stress dan sakit badan berjalan jauh dengan Adam lagi yang aku riba pergi balik (tak boleh tido), puasa lagi, pastu nak make sure air-cond tak terlalu sejuk sebab Adam baru baik demam kan tapi banyak tempat cantik yang aku lalu sepanjang jalan balik dari Kulim ke Kuala Krai. First time tengok indahnya Pulau Banding, pulau buatan terbesar yang terletak dekat di tengah-tengah Tasik Temenggor di Royal Belum Rainforest, Gerik.

 Pesal lah aku tak pernah tau pasal tempat ni. Terhad betul pengetahuan Geografi aku nih. One sweet day, aku nak jugak ajak B datang holiday kat sini =)

Ni jelah yang aku dapat snap. Tapi pemandangan sebenar dia cantik woo.

Sumber gambar : aku carik jugak gambar ni kat internet dan tempek kat sini untuk tatapan korang.

Tengok tu, title pergi Penang, tapi tempek gambar kat Perak. Huhu. Blogger amatur. Dipendekkan cerita, kami singgah kat bazaar Ramadhan (maaf, tempat dia aku lupa) dan beli kuih-muih untuk berbuka dalam van aje. Sampai rumah pukul 9 malam tu baru ma masak nasik dan makan dengan lauk-pauk yang kami beli kat bazaar tadi.

Esok pagi, lepak-lepak dekat rumah ma kejap, B ajak teman dia panjat pokok manggis, singgah rumah nenek B kutip durian, pastu gerak balik Kemaman. Peh, padat giler aktiviti weekend kali ni. Adam paling kesian, tak lena tidur malam sakit badan agaknya kecik-kecik lagi berjalan jauh. Mama so sorry sayang =(

Gerak balik Kemaman.

Kami gerak dalam pukul 2 petang. Alhamdulillah, sempat sampai rumah sebeum berbuka. Tahin ni, inilah first time kami berbuka di rumah.
Conclusion untuk weekend kali ni:-

Kemaman --> Kuantan --> Kemaman --> Kuala Krai --> Pulau Pinang --> Kulim --> Kuala Krai --> Kemaman

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol