Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Is He Ready For Solid Food?



Assalamualaikum. 
Dah baca pasal baby monster yang aku post semalam? Itulah Adam. Grab tangan siapa saja, cuba masukkan dalam mulut. When I said tangan, I mean it. Sebab Adam bukan hisap jari dia atau orang lain aje. Ada sekali tu we both at the back seat of my car, B's driving, Adam hisap lengan aku sebab he couldn't reach my fingers.

Sebelum ni aku sangat rigid nak bagi Adam makan masa umur dia masuk 6 bulan. Aku pernah terbaca satu kes, ibu ni bagi anak dia makan masa umur 4 bulan. Anak dia koma 10 hari sebab jangkitan usus. Mujurlah doktor berjaya selamatkan baby dia, 10cm usus baby tu dipotong. Dia cakap boleh nampak dalam usus yang dibuang tu makanan stay kat situ je. Usus baby tak mampu nak hadamkan. Kesian kan.

Benda tu jadi pengajaran pada aku. Lantaklah orang nak push aku kiri kanan suruh suapkan Adam nestum (sebab dia nampak lahap giler minum susu, hehe) aku tetap nak tunggu dia umur 6 bulan. Tapi lately aku perasan perangai dia lain macam. 

Jari sepanjang masa dalam mulut. Standard la. Dah lama sebenarnya. Sebelum Adam masuk spital lagi. Tapi sekarang lagi kronik sebab bila kita tarik tangan dia, dia nangis. Bila abah dia tunjuk gambar biskut kat tin biskut atas fridge, dia buat mulut muncung. Siap hulur tangan nak capai lagi. Kalau aku berbuka puasa sambil riba dia, dia tunduk sampai kepala nak masuk dalam pinggan aku.

Mungkin betul orang cakap kut. Adam nak makan. Tapi aku nak tunggu dia umur 6 bulan. Sekarang baru 4 bulan setengah. Lambat lagi tu. Sebelum aku decide nak bagi Adam makan aku buat banyak research pasal benda ni. Baca buku PA&MA, tanya orang, bukak blog, cari pasal baby's first solid food and at last I've come out with a conclusion.
YES, ADAM IS READY FOR HIS SOLID FOOD.

Macam mana aku tau? Check out this 5 SIGN YOUR BABY IS READY FOR SOLID FOOD. Wah, wah, rasa cam baby expert plak. Hehe.

1) Boleh tegakkan kepala - Macam Adam, masuk umur 3 bulan tu kepala dia dah stabil dah. Nak dukung pun tak bimbang.

Bukan takat tegak je, saya dah bley angkat kepala sendiri. Tengok! Tengok! 

2) Lidah tak tolak makanan - Ini dipanggil 'tounge-thrust reflex'. Baby secara semulajadi akan luah semula semua benda yang masuk ke mulut. Maha Suci Allah yang kurniakan kebolehan ini pada baby. Tujuannya nak elak benda asing dari masuk mulut baby. Once the baby outgrown this, means dia dah ready untuk makan. 

Tak, saya bukan push makanan, saya memang nak jelir kat awak, buwekk!!

3) Berat badan sesuai - Sekurang-kurangnya 2x ganda berat baby semasa dia lahir. Masa lahir dulu berat Adam 2.80kg. Sekarang dah 7kg. 3x ganda dah, huhu.

Ye, ye, saya tahu saya gemok. Thihihi ^_^

4) Tunjuk minat - Macam Adam, dia selalu tunjuk eager eyes. Masa kita sua gelas ke mulut atau suap nasi, dia tengok sampai kepala pun ikut gerak sama. Pastu mulut akan tunjuk 'chewing motion', muncung, ketap-ketap bibir.

Abah, adik nak yang besar tu.

5) Sentiasa lapar - Adam sangat kuat menyusu sekarang. Selalunya, kalau tengah susukan dia, kena standby lagi satu botol kat sebelah. Kalau tiba-tiba dia tengah syok minum susu habis mengamuklah jawabnya. 
- Dulu kalau dah minum susu, malam dia akan tidur lena. Sekarang dia suka merengek waktu malam, even dah bagi minum susu.

SAYA NAK MAKAN BISKUT!! GRRR!!

Kalau aku, aku nak tambah satu lagi. Selain semua sign yang aku cakap kat atas ni, korang jugak boleh consider bagi anak korang makanan pejal kalau kedudukan tangan dia 24 jam camni.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol