Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

From Mommy to Mommies


Assalamualaikum Mommies =)

Hari ni takde idea nak mengarang. Tapi Hari Jumaat tetap kena share jugak-jugak sesuatu yang berguna  untuk mommies semua. For those yang bakal menjadi ibu @ first time menjadi ibu like me, mesti kita selalu cari info-info pasal pregnancy, labour, baby, mother's health dan banyak lagilah dari sumber bacaan tak kiralah dari buku ke, fb sharing ke, blog ke. Yelah, kita kan belum ada pengalaman lagi.

Hari ni, aku nak share page yang aku selalu baca time free atau bila Adam ada apa-apa masalah. Kadang-kadang bila ada orang share kat Fb, aku baca jek walaupun belum ada masalah tu lagi. Manalah tau akan datang kan. So, listed below adalah beberapa page yang aku suka baca:-








Banyak tips dan nasihat yang korang boleh dapat daripada page diorang ni. Ada blog personal contohnya Barely Supermommy tu ialah blog Dr. Harlina, isteri angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar. Seronok baca penulisan dia yang santai sambil cerita pasal life dia dengan anak-anak dia.

Blog Perkongsian Buat Ibu-Ibu Terhebat, Sirap Limau dan Ibu Bapa Cemerlang lebih kepada tips-tips, petua dan ulasan yang memfokuskan satu-satu topik. Jadi, senang korang nak search dan baca ikut keperluan. Contohnya, 'Tips mengajar anak solat' atau 'Panduan berpuasa ketika hamil' tak pun 'Tips didik anak cara Rasulullah'. Bagus kan? Kebanyakan artikel adalah mengenai kehamilan, penyusuan, keibubapaan, motivasi, kesihatan dan kekeluargaan. 

Blog Doktor Budak dan Dr. Zubaidi pulak fokus pada perihal kesihatan. Dah nama pun doktor kan. Memang penting blog-blog camni sebab bila kita ada anak kecil, diorang pulak senang sakit kan. Jadi memang pentinglah mempersiapkan diri dengan sedikit sebanyak ilmu pasal penyakit, pencegahan dan cara mengubat ni. Sedikit info pasal Doktor Budak:-

Bagus kan. Nak dengar nasihat siapa lagi kalau bukan doktor. Ye dak?
Last sekali blog Ibu Rose yang mengulas sesuatu topik berdasarkan pengalaman sebagai seorang ibu, pengetahuan sebagai seorang doktor dan refer Al-Quran & Hadith. Memang berilmiah sangat tulisan Ibu Rose. Seronok baca.

Ni ajelah yang aku dapat kongsi. Aku harap page ni dapat membantu korang sepertimana ia telah banyak membantu dan mengajar aku. Salam Jumaat ^_^

#Pray 4 GAZA

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol