Kalau tak kerana MH17 terhempas malam semalam, actually it's quite a positive day. Masa aku balik rumah tengahari tu, memang rasa down giler bila mama bagitau Adam dah tak mau hisap botol langsung.
Rasa gelap kejap dunia aku. Sampai nangis-nangis depan mama bila fikir tak boleh dah nak susukan Adam. Mesti rindu.
Sepanjang hari di ofis rasa camtu. Balik kerja petang tu B ajak pergi baazar Ramadhan. Nak bawak adam sekali tapi dia tidur dah.
........Tidur dengan botol susu kat sebelah dan mata bengkak. Haih........
Keluar dengan B petang semalam berjaya menceriakan balik hari aku. Power tak penangan laki aku? Jalan-jalan beli kuih kat baazar je pun. Tapi seronok. After manage to pull myself together, aku kuatkan semangat dan try fikir positif. Takpe, Adam bukan tak dapat minum susu badan lagi, just pump/perah je lah buat stok.
Yezzaa, stok!
Sesi pertama aku: pukul 7.50, after berbuka. Dapat 5 oz.
Sesi kedua: pukul 1.00 pagi, b4 tido. Dapat 4 oz.
Sesi last: pukul 5.00 pagi, lepas sahur. Dapat 3 oz.
Botol TT paling kanan tu yang mula-mula, pastu botol TT yang tengah. Botol Autumnz pulak aku perah lepas sahur tadi. |
Jadilah. Hasil usaha aku di hari pertama. Harap cukup untuk hari ni so Adam tak payah minum FM at all. Aku pernah baca dari satu blog ni, dia kata mula-mula aim untuk sehari punya stok, lepas tu seminggu, sebulan, dua bulan, seterusnya. Semangat. Semangat.
Aku dapat sebanyak ni pun setelah Adam tak menyusu dari aku whole day (sikit je kan susu aku, patutlah Adam macam asyik tak kenyang (-_-) pastu aku minum banyak air lah. ESP Shaklee pun aku ambil jugak. Tapi kalau dah semalam baru ambil, takkanlah semalam terus nampak hasilnya.
Aku rasa aku selesa dengan schedule memerah macam semalam tu, especially untuk di'apply'sepanjang Ramadhan ni. Aku harap dapat terus istiqomah memerah untuk Adam. Harap hari ni boleh dapat lagi banyak sebab semalam dan masa sahur tadi dah ambil ESP.
Penambahbaikan untuk hari ni pulak ialah: aku plan nak minum segelas air tiap-tiap sejam.
Kita tengok hari ni pulak macam mana hasilnya.
#Pray 4 GAZA #Pray 4 MH370 #Pray 4 MH17
#Pray 4 GAZA #Pray 4 MH370 #Pray 4 MH17
No comments:
Post a Comment